Selepas Intan dan mak Lela sembahyang maghrib, barulah Shah reti nak balik. Puas mereka berdua menunggu Shah untuk sembahyang berjemaah bersama tetapi tidaklah muncul-muncul juga hinggalah sekarang.Intan dan mak Lela yang sedang khusyuk membaca al-quran itu terkejut dengan bunyi pintu yang dikuak oleh Shah. Mereka serentak melihat Shah yang sedang menuju kearah mereka.Shah menunduk kepalanya bersalam dengan maknya.
“Ampunkan Shah mak, Shah akhir balik rumah dan terlewat sembahyang dengan kamu berdua dan juga maafkan Shah sebab kejadian tadi juga mak…”
Shah mengatakan dengan rasa bersalah terhadap mereka berdua namun dia hanya memandang maknya saja. Dia tidak mahu memandang kearah Intan yang sudah memerhatikannya sejak tadi kerana tiba-tiba dia malu sendiri disebabkan perihal tadi.
“Tidak apa Shah…mak faham kamu belum sembuh sepenuhnya dari kesakitan dulu. Tapi janganlah salahkan Uthman sepenuhnya sebab dia pun tidak berani mahu melawan perintah pemberontak itu semua. Mak cakap macam ni sebagai nasihat kepada kamu saja…dah pergi sana mandi dan ambil wudhu nanti kamu tidak sempat solat maghrib”
“Baiklah, mak” Shah terus memalingkan tubuhnya dan pergi keluar bilik solat itu untuk mandi dan berwudhu tanpa melihat walau sekilas pun kepada Intan.
Intan pula merasa dirinya bersalah dan agak kecewa yang Shah tidak lagi memandangnya setelah kejadian tadi.Akhirnya dia abaikan saja dan cuba bawa bertenang walaupun hatinya remuk.
*****
Setelah sembahyang Isya, mereka masing-masing pergi masuk dalam bilik mereka untuk berehat. Tentang makan malam, hanya Shah saja yang belum makan memandangkan Intan dan mak Lela sudah makan terlebih dahulu sebelum maghrib tiba.
Semasa dalam bilik, Intan mundar-mandir di depan cermin almarinya. Dia tidak tentu rasa sejak tadi kerana rasa bersalahnya terhadap Shah. Dia tidak tahu kenapa dia pulak yang rasa bersalah padahal Shah yang menengkingnya tadi.
“Hish tak boleh jadi ni, aku kena buat sesuatu ni kalau tidak sampai kesudah aku masih diiringi rasa bersalah ni sampai ke tua karang haaah…” serabut kepala Intan memikirkan apa yang perlu dibuatnya.
Tiba-tiba dia berdiri lalu tersenyum apabila sudah mendapat idea yang bernas. “Bijak juga eh kau Intan. Baiklah, mungkin sekarang dia tengah makan malam dan aku cubalah rancangan aku tu dimana aku akan tiba-tiba saja masuk dapur kerana ingin minum air saja……haaah baguslah tu hihihi”
Apabila dia pergi membuka pintu biliknya, rancangannya gagal serta merta kerana Shah kini turut sama membuka pintu biliknya yang berada di hadapan bilik Intan.
‘Jadi dia belum lah makan malam dari tadi? Aduhh macam mana ni, takkan aku nak tutup balik pintu ni, karang nampak aku pula yang merajuk dengannya…hish’ bisik hati Intan.
Shah dan Intan memandang antara satu sama lain dalam beberapa saat sebelum Intan yang terlebih dahulu memberhentikan. Intan buntu hendak buat apa maka dia pun hanya berpaling badannya menuju ke ruang tamu secara tiba-tiba.
Namun tangannya yang dilapik bajunya itu disembark oleh Shah. Intan terkejut sampai dia pun turut terundur ke belakang hingga dia berada di hadapan Shah. Shah melihatnya dengan pandangan yang sukar untuk mengetahui makna di sebaliknya.
“Teman aku makan” Selepas itu, Shah terus membuka langkah pergi ke dapur meninggalkan.
Intan yang masih statik berdiri itu. Intan pula jantungnya berdebar sangat laju apabila berada dekat dengan Shah lebih-lebih lagi selepas Shah mengatakan yang dia mahu ditemani makan malam.
Intan mengeluh dalam hati, ‘Walaupun rancangan asalku gagal, sekurang-kurangnya aku masih ada peluang untuk bercakap dengannya malam ni meskipun dia yang mulakan dulu hihi’
Dengan itu, Intan terus melangkah laju masuk ke dapur takut bapak singa tu mengaum pula, naya dia nanti.
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
Hikayat Cinta Paspuri [C]
Romance[Book 1] [Hikayat Series 1] Negeri Manwura adalah negeri yg terkenal dengan rakyat nya yg setia dan patuh terhadap Raja Mahapuri. Juga terkenal dengan keramaian ahli pahlawan yang gagah dan kebal di kalangan rakyat itu. Indera Shah adalah salah sat...