”Sebenarnya Intan tu adalah anak kepada raja kita, Raja Mahapuri Agong dan waris sebenar kepada takhta nanti”Selepas saja mak Lela menyatakan perkara yang sudah lama dia pendam, dia melihat anaknya itu. Shah sangat terkilan dengan perkara ini hingga dia merasa seperti dunia seakan berputar dengan laju menyebabkan dia pening.
“Tak…tak mungkin….Shah tak percaya mak! Intan hanya seorang perempuan biasa dan tiada kaitan dengan kerabat diraja! Mak tipu je kan? Mak tolonglah!” rayu Shah. Dia sudah ingin menangis dengan kenyataan itu.
“Betul Shah, mak tak tipu…buat apa mak nak tipu tentang fakta ini. Memang betul puteri yang ditunggu selama ini hanya dekat depan mata kita saja Shah tapi mak saja belum ceritakan dekat kamu. Mak mencari masa yang sesuai namun mak sudah terlambat…”
“Maksud mak terlambat? Mana bukti nya yang Intan tu sebenarnya puteri mak?” tanya Shah dengan nada halus.
“Mak dah terlambat kerana kini kamu berdua sudah dilamun cinta. Kamu berdua tu seperti langit dan bumi. Bukan mak nak cakap yang dia tidak layak dengan kita tapi kita yang tak layak dengan dia Shah.Dia orang kerabat diraja dan semestinya dia perlu berkahwin nanti dengan putera di negara lain” kenyataan itu membuatkan Shah dilanda risau dan patah hati jika difikirkan Intan bersama orang lain dan bukan bersamanya.
“Buktinya pula adalah begini, ingat tak mak dulu adalah dayang istana? Dan abah kamu adalah pengawal istana juga? Ye, mak adalah salah seorang dayang yang menjaga Intan dari dia lahir hingga berumur 8 bulan bersama dengan dayang Aziza. Masa itu, Shah hanya berumur 4 tahun dan tidak tahu apa yang berlaku pada masa itu” mak Lela menarik nafasnya dulu kemudian menyambung.
“Masa itu, terjadinya kejadian pemberontakan seperti beberapa tahun lepas tetapi ini lebih dahsyat sehingga permaisuri pun mati dibunuh. Ketika itu, kami semua menyaksikan depan mata kami Shah. Bagaimana permaisuri itu dibunuh tapi kami semua tidak berani kerana takut dengan mereka. Jadi, raja mengarahkan kami semua untuk bebas melarikan diri kami manakala dayang Aziza dan suaminya tukang kebun Nuqman mengikuti langkah baginda. Rupa-rupanya mereka diberi amanah untuk menjaga puteri Intan di negara sebelah selama lebih kurang 20 tahun. Sebab itulah sahabat mak Aziza itu menghantar Intan untuk berkerja disini kerana sudah tiba masanya untuk Intan kembali ke tempat asalnya”
Shah melihat mata maknya yang penuh dengan kebenaran itu. Dia mengeluh kerana tidak tahu apa yang dia perlu buat selepas ini. Dia kembali melihat maknya dan bertanya soalan lagi.
“Jadi, jika benar sahabat mak tu nak hantar Intan ke negeri asalnya…kenapa dia sendiri tidak hantar Intan terus di istana?”
“Bercakap saja senang tetapi apabila dibuat, ianya tidak sesenang itu Shah. Mak pernah beri juga cadangan itu kepadanya tetapi dia berikan sebab yang munasabah. Jika Aziza beritahu Intan bahawa Intan adalah puteri, tidak semudah itu untuk dia percaya kerana orang yang menjaganya sejak kecil adalah Aziza dan Nuqman. Sama juga, jika dia menghantar Intan tiba-tiba ke istana, ianya akan timbul keraguan dalam diri Intan” ujar mak Lela panjang lebar.
“Jadi sebenarnya, mak nak berbincang dengan kamu tentang Intan dan bagaimana nak kembalikannya ke istana tu tapi tidak tahu hendak berkata bagaimana….tiba-tiba pula kamu berdua bercinta. Semakin rumitlah keadaan dengan situasi kamu masa ini. Memang betul salah mak tapi mak juga manusia Shah. Mak tak juga jangkakan yang kamu tu akan bercinta tapi apa yang mak mahu kamu buat adalah cuba cari jalan untuk mengembalikan Intan balik ke istana, boleh?”
Shah masih diam mendengar luahan maknya. Mak Lela menghela nafasnya dan cuba memujuk untuk kali terakhir.
“Mak tahu kamu mula sayangkan dia dan dia pun sayangkan Shah…tapi percayalah kepada takdir Allah Shah. Jikalau Allah betul-betul menyatakan kamu berdua adalah jodoh, maka sejauh mana kamu berada tetap akan bertemu dan bersama juga akhirnya. Tetapi jika sebaliknya, sudah tentu kita kena redha dengan takdir Allah. Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan. Ingat tu, Shah”
Shah menganggukkan kepalanya lemah dan mereka diam seketika. Shah sangat terkesan dengan ayat-ayat terakhir maknya. Dia baru saja diberi peluang untuk menyayangi seseorang selain adiknya tetapi bahagianya itu cuma sekejap. Mungkin ada hikmah disebaliknya Allah memberi dugaan ini.
“Mak? Shah?” tiba-tiba suara halus itu kedengaran di telinga mak Lela dan juga Shah.
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
Hikayat Cinta Paspuri [C]
Romance[Book 1] [Hikayat Series 1] Negeri Manwura adalah negeri yg terkenal dengan rakyat nya yg setia dan patuh terhadap Raja Mahapuri. Juga terkenal dengan keramaian ahli pahlawan yang gagah dan kebal di kalangan rakyat itu. Indera Shah adalah salah sat...