Bab 43 ✨

35 17 0
                                    

Setelah beberapa lamanya, mereka tiba di rumah mak Lela. Shah dan Intan menuju ke pintu masuk rumah dan memberi salam. 

“Assalamualaikum Mak! Mak!” Shah dan Intan menunggu sahutan dari mak Lela. Setelah berapa saat barulah muncul kelibat mak Lela. 

“Waalaikumsalam hah Shah! Intan! Kenapa ni—” seraya terbantut percakapan mak Lela setelah dia melihat banyak pengawal di hadapan rumahnya. Mak Lela kembali memandang mereka berdua dengan wajah yang tertanya-tanya.

“Ye mak, Intan dah tahu cerita sebenarnya…nanti Shah beritahu tapi buat masa ni tak dapat mak, maaf. Sebab mulai sekarang Shah ditugaskan jadi pengawal peribadi Intan jadi Shah harus tinggal di istana buat beberapa lamanya…” terang Shah rasa bersalah. 

Mak Lela hanya mengangguk sekilas, “Jadi kamu buat apa datang sini? Ohh nak ambil barang keperluan Intan ke? Masuklah..”

Mereka berdua mengangguk lalu akhirnya mereka masuk juga ke rumah. Intan terus menuju ke biliknya untuk mengemas barangnya. Shah berdiri sekejap di sebelah mak Lela sambil melihat kelibat Intan yang hilang masuk ke biliknya.

Mak Lela perasan tingkah Intan yang dingin saja dengan Shah itu mengeluh lalu memandang kearah Shah yang sudah menunduk itu. “Bersabarlah saja Shah, lama kelamaaan dia akan faham kenapa kita berbuat begitu…”

Shah hanya mengangguk sekilas kearah maknya lalu tersenyum sekilas. “Inshaallah mak…”

Setelah beberapa lamanya, akhirnya Intan siap mengemas barang keperluannya. Semasa dia keluar dari biliknya, dia terlihat kelibat Shah dan mak Lela yang sedang berbual.

Dia menuju kearah mereka untuk memberitahu bahawa dia sudah siap mengemas. Shah terus berdiri apabila melihat Intan yang sudah keluar dari biliknya.

Shah ingin mengambil beg yang berisi barang Intan itu namun ditepis oleh Intan. Intan menjeling Shah manakala Shah menggelengkan kepalanya. ‘Degil..’ bisik hati Shah.

“Bagi aku beg tu Intan…berat tu..” lagi sekali Shah ingin mengambil beg itu dan akhirnya berjaya juga dia mengambil dari tangan Intan. Semakin bertambah jelingan Intan kearahnya namun dia abaikan saja.

“Baiklah mak, Intan pun dah siap kemas…kami pergi dulu ye mak” ujar Shah sambil menyalam tangan maknya dan Intan pun mengikut menyalam mak Lela.

“Baiklah, hati-hati…” melihat kelibat Shah yang sudah pergi keluar rumah itu, Intan kembali menoleh kearah mak Lela yang sudah merenungnya itu.

“Mak…” Intan terus memeluk mak Lela. Mak Lela menepuk belakang Intan. “Mak faham Intan…tidak mudah untuk kamu memulakan kehidupan baru lebih-lebih lagi sebagai puteri kerabat diraja..tapi kamu harus juga membiasakan diri kamu demi masa depan nanti ye?”

“Jangan mengambil masa yang lama untuk biasakan diri itu dan jangan juga lama-lama memarahkan Shah..dia tidak ada salah apa-apa…Intan tahu kan maksud mak? Dia pun sama tersepit dengan keadaannya masa itu..dan mak juga minta maaf dekat Intan sebab tidak beritahu awal dekat kamu” ujar mak Lela panjang lebar.

Intan menganggukkan kepalanya, “Tidak apa mak, Intan faham maksud mak tu….inshaallah Intan cuba biasakan diri dan faham dengan situasi sekarang ni”

“Macam itulah anak mak…Puteri Intan Mawarti” Mak lela senyum kearah Intan dan Intan pun membalas senyuman itu. Lalu mereka bersama menuju kearah pintu rumah tersebut.

Kelihatan Shah dan pengawal-pengawal lain sedang menunggu Intan dengan sabra sekali. “Baiklah mak, Intan pergi dulu ye…mak jaga diri baik-baik, Intan sayang mak”

Akhirnya mereka pun berangkat kembali menuju ke istana manakala mak Lela melambai mereka dengan perasaan yang gundah sekali.

‘Semoga Allah sentiasa menjaga hubungan silaturrahim kamu dan bukanlah ini pengakhiran bagi kamu berdua’

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Hikayat Cinta Paspuri [C]Where stories live. Discover now