Selepas berkata di dalam hati, Shah terus menapak laju kearah mereka berdua. Kini, dia sudah berada di hadapan mereka lalu dia menundukkan kepalanya. Kelihatan Putera Saqeef juga mengangukkan kepalanya.“Maaf kacau Tuanku Puteri bersama Tuanku Putera berbual..” ujar Shah sambil menentang mata Intan. Intan sudah tidak tentu arah apabila dilihat sebegitu.
“Ohh kamu ada apa-apa nak dibincangkan ke bersama Puteri Intan?” Dengarkan itu, Shah hanya mengangguk saja walaupun niatnya datang ke situ sengaja mengacau adegan mereka berdua.
“Baiklah, kalau begitu kamu teruskan saja…saya pergi dulu” Dengan itu, Putera Saqeef meninggalkan mereka berdua dalam keadaan kekok. Selepas saja hilang kelibat Putera Saqeef, Shah kembali memandang kearah Intan yang sudah melihat di hadapan.
Shah mengeluh lalu duduk bersebalahan dengan Intan dimana Putera Saqeef duduk sebentar tadi. Mereka diam dengan bertemankan bunyi burung yang bernyanyi itu. Intan menjeling sekilas kearah Shah kerana betah menunggu dia membuka mulut.
‘Kata nak bincang tadi…ni apa, diam je sejak tadi’ bisik hati Intan.
“Apa yang awak nak sebenarnya Shah? Tadi kata nak bincang sangat..” rungut Intan. Shah akhirnya melihat kearah Intan sebelum tersenyum kecil. “Tak ada apa-apa pun…saja nak bersama dengan kau”
Intan mengerling kearah Shah, “Hmm..”. Mereka diam sejenak, bersama-sama menikmati suasana pagi itu. Meskipun mereka masih dalam hubungan kekasih namun Shah merasa dia diabaikan oleh Intan setelah dia mengkhianati Intan perihal sebelum ini.
Tapi itu tidak akan melemahkan semangat Shah untuk terus memperjuangkan hubungan mereka walaupun agak terbatas disebabkan pangkat mereka sebagai pengawal peribadi dan puteri.
Intan berasa kekok jadi dia memutuskan untuk pergi dari situ. Tidak betah dia hendak duduk di situ bersama Shah kerana dia masih terasa pedih hati perihal semalam. Namun apabila dia bangkit dari duduknya, Shah memaut tangan kanannya yang berlapik sehingga dia terduduk kembali.
“Duduk” ujar Shah. Intan hanya akur tanpa berbicara apa pun. Shah memalingkan mukanya kearah Intan, “Tadi…kenapa kau ada dengan Putera Saqeef?” Mendengarkan itu, Intan pun memalingkan mukanya kearah Shah.
“Dia yang datang pada saya…saya duduk seorang diri tadi pastu dia yang ajak sembang” terang Intan. Shah hanya mengangguk lalu berkata, “Intan….perihal semalam tu…aku minta maaf dari hujung hati aku”
Intan melihat Shah yang sudah terbit rasa bersalah terhadapnya lalu dia mengangguk saja. Shah menggeleng, “Tak, aku minta maaf betul-betul Intan..kalau lah aku beritahu kau awal-awal, mesti perkara ni tak merumitkan keadaan lebih-lebih lagi keadaan kita sekarang ni”
Intan pula merasa bersalah kepada Shah kerana dia tahu Shah seakan terasa hati dengan layanan acuh tak acuh nya terhadap Shah. Dia tekad sekarang dia akan layan Shah seperti biasa.
“Tak apa awak..saya maafkan. Saya pun minta maaf dekat awak kerana layan awak dingin saja sejak saya tahu perkara ini. Padahal ini semua bukannya salah awak pun, saya je lebih…lebih merajuk”
Mereka berdua terketawa kecil sambil memandang antara satu sama lain. Shah senyum, “Aku tak akan putus asa dengan kita dan aku mahu kau buat macam tu juga” Terus memudar senyum Intan.
“Tapi…situasi kita tak mengizinkan kita Shah, saya puteri dan awak pula pengawal peribadi saya…nanti orang cakap apa pula” rungut Intan.
“Soal orang lain tu kita tolak tepi manakala soal pangkat pula, kita akan menggunakan bahasa formal ketika di hadapan orang ramai dan jika kita berdua je, bolehlah kita guna bahasa macam sekarang ni”
“Baiklah, tapi ayahanda—” terbantut percakapan Intan apabila dicelah oleh Shah.
“Ayahanda izinkan” sampuk baginda dibelakang mereka. Manakala mereka berdua sudah terbungkam mendengar celahan tiba-tiba dari baginda itu.
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
Hikayat Cinta Paspuri [C]
Romance[Book 1] [Hikayat Series 1] Negeri Manwura adalah negeri yg terkenal dengan rakyat nya yg setia dan patuh terhadap Raja Mahapuri. Juga terkenal dengan keramaian ahli pahlawan yang gagah dan kebal di kalangan rakyat itu. Indera Shah adalah salah sat...