Blurb Hikayat Cinta Manwura
Negeri Manwura adalah terkenal dengan rakyatnya yang setia dan juga pemerintah yang mengambil berat tentang hal-hal masyarakat serta mempunyai seorang putera mahkota yang terkenal dengan ketampanannya dan baik hati itu.
Mahapuri Agong adalah putera mahkota yang berusia 30 tahun dan tiba masanya nanti, dia pula yang akan menggantikan tempat ayahandanya. Dia memiliki paras rupa yang tampan dan segak malah juga memiliki sifat yang baik dengan masyarakat dan hormat orang sekelilingnya. Hidupnya seperti biasa sebagai putera diraja namun setiap hari, ada saja ayahandanya bertanyakan kepadanya mengenai jodoh dengan puteri lain.
Kaseh Mastura adalah gadis yang tinggal di kawasan hutan bersama ibu dan ayahnya. Dia berusia 21 tahun yang berupa paras yang cantik dan menawan malah memiliki sifat pandai berdikari, baik dan hormat terhadap ibu ayahnya.Mereka sekeluarga tidak berkemampuan untuk tinggal di kawasan perkampungan yang berdekatan dengan Istana Paspuri itu.
---
“A-awak baik s-saja ke?” – Kaseh Mastura
“Tak…s-sakit..” – Mahapuri Agong
“Sekejap biar saya bantu awak” – Kaseh Mastura
“T-terima kasih” – Mahapuri Agong---
Perjumpaan pertama kali mereka adalah di kawasan hutan tempat tinggal Kaseh. Mereka terserempak apabila Kaseh nampak ada orang mengadu kesakitan disebalik pokok besar itu. Ruapa-rupanya itu adalah Mahapuri Agong.
Sejak itu, Mahapuri mula tinggal bersama mereka untuk memulihkan luka dalamannya itu. Namun mereka masih tidak tahu siapakah sebenarnya Mahapuri, adakah dia rakyat biasa atau kerabat diraja?
Apakah yang akan terjadi jika mereka tahu bahawa Mahapuri sebenarnya putera diraja? Bagaimana kisah Kaseh dan Mahapuri pula? Apakah pengakiran bagi kisah mereka?
(Coming October/November InshaAllah)
YOU ARE READING
Hikayat Cinta Paspuri [C]
Romance[Book 1] [Hikayat Series 1] Negeri Manwura adalah negeri yg terkenal dengan rakyat nya yg setia dan patuh terhadap Raja Mahapuri. Juga terkenal dengan keramaian ahli pahlawan yang gagah dan kebal di kalangan rakyat itu. Indera Shah adalah salah sat...