Bab 58 ✨

29 16 0
                                    


“Intan? Kau buat apa dekat sini?” soal Shah sambil mengerutkan dahinya. Hairan dia kenapa tiba-tiba ada Intan dekat markas mereka. Intan tersengih malu apabila dia melihat keadaan Shah ketika itu yang memakai baju angkatannya.

‘Segak lah pula dia macam ni…ish buah hati siapalah ni’ bisik hati Intan.

Semakin berkerut dahi Shah, “Intan? Kau dah kenapa tersengih-sengih ni? Aku tanya kenapa kau tiba-tiba ada di sini?” Intan yang mengelamun itu tersentak apabila mendengar soalan Shah.

“Oh haah ye…saya terdengar jeritan kuat tadi tu yang saya mengekori dari mana datangnya jeritan tu…rupa-rupa dalam markas ni dan hm dari awak rupanya jeritan tu” terang Intan.

Shah terkedu sekejap, ‘Sampai kedengaran dalam istana jeritan aku tu?’ bsik hatinya. Intan menggeleng kearahnya, “Hm kenapa lah awak garang sangat…kasihan mereka” sambil dia melihat wajah-wajah angkatan di sana.

Intan tersenyum kearah mereka semua manakala Shah merengus, “Yelah, mesti juga tegas pada mereka ni kalau tidak naik kepala!” Lalu Shah menoleh kembali kearah angkatan-angkatan tersebut.

Dia mahu mengarah sekali lagi namun dicelah oleh Intan. “Assalamualaikum semua! Kamu semua baik-baik saja? Tak ada yang cedera ke?” soal Intan ramah. Kelihatan angkatan-angkatan tu semua menjawab salam Intan dan hanya menggeleng.

“Kami baik-baik saja Puteri Intan! Datang puteri terus kami tak penat malah semakin bersemangat!” jawab salah seorang angkatan di situ. Shah menjeling tajam kearah empunya badan.

‘Ohh tak penat ehh…sabar kejap lagi’ bisik hati Shah sinis sekali.

“Ohh alhamdulillah! Baiklah, berlatih betul-betul tahu?! Jangan ada yang cedera!” ujar Intan seraya tersenyum. Kini Shah pula menjeling kearah Intan. Intan menoleh kearahnya, “Awak pula , tahu lah bapak singa janganlah mengaum kuat sangat….”

Intan terketawa kecil melihat reaksi Shah yang tercengang akibat dikenakan oleh Intan begitu rupa. Manakala Farid pula sudah terkekeh ketawa. Boleh pula bapak singa eh si Shah ni.

“Inshaallah lah….tak janji eh” Shah pasrah sajalah. “Dah pergi masuk dalam istana balik Intan, asal bukan di sini” halau Shah. Intan sudah cemberut mukanya apabila Shah seperti menghalaunya.

“Awak halau saya eh…tak apa lah kalau macam tu, saya pergi dulu” Intan sudah ingin meninggalkan tempat itu namun dibantut oleh Shah.

“Bukan macam tu, cuma kalau kau ada dekat sini, aku tak dapat fokus sangat sebab wajah comel kau menghalang mata aku dari melihat mereka ni” terang Shah. Farid di belakang sudah ingin muntah mendengar ayat gula itu.

“Ishh awak ni, malu laahh” Intan tersenyum malu. Shah tergelak kecil lalu tiba-tiba dia menghulurkan tangannya. “Eh apa ni? Awak jangan macam-macam eh!” Intan sudah bengang dengan tindakan Shah.

Shah menggelengkan kepalanya, “Bukan tu maksud aku, aku nak tengok pergelangan tangan kau tu” Intan bingung namun dia hulurkan juga tangannya itu untuk Shah melihat.

“Hm masih rupanya kau pakai gelang yang aku berikan tu..” Shah tersengih kearah Intan. Intan tersenyum malu, “Mestilah, awak yang beri mesti saya pakai elok-elok” Shah menganggukkan kepalanya, “Dah, pergi masuk dalam istana”

Intan menganggukkan kepalanya, “Baiklah, assalamualaikum” Shah menjawab salam Intan lalu mengekori jejak Intan sehingga hilang kelibatnya. Farid berdehem lalu berdiri di sebelah Shah.

“Ehem! Banyak semut naik badan aku tengok kau berdua! Gula terlebih manis” selamba Farid mengenakan Shah. Shah menjelingnya sekilas, “Diamlah! Baik aku sambung tugas aku daripada aku bercakap dengan kau!”

Dengan itu, Shah pun berpusing kembali kearah angkatan-angkatan yang masih menunggu arahan darinya itu. Farid sudah cemberut mukanya, “Tak baik tahu Shah, kau buat aku macam ni…hmpph!” seraya itu Farid meninggalkan Shah di situ. Nak merajuk punya fasal!

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Hikayat Cinta Paspuri [C]Where stories live. Discover now