Selepas dua hari, Intan dan Shah tidak bertegur sapa setelah kejadian itu. Intan tidak tahu mengapa Shah itu langsung tidak menegurnya atau mengusiknya macam selalu tetapi hakikatnya dia kesunyian.Sebaliknya pula, Shah masih marahkan Intan yang tidak tahu menjaga dirinya dengan orang seperti itu. Jika dia tiada waktu itu,Intan pula dikacau habis-habisan oleh lelaki-lelaki miang itu, mahu mampus mereka itu dia kerjakan.
Kini, Intan berada di belakang rumah sedang memberi makan ayam-ayam itu. Mak Lela pula akhirnya tercari juga anak dara seorang ini selepas penat mencarinya di dalam rumah.
“Intan, mak boleh minta tolong tak?” tanya mak Lela. Intan terkejut apabila disergah mak Lela begitu saja.
“Ah ye boleh mak. Tolong apa?”
“Ni, mak nak kamu pergi ke pasar beli ikan-ikan yang baru lagi dirembat itu…boleh?”
“Ohh boleh mak, awal ni ke—” terbantut perbualan mereka berdua apabila Shah yang kebetulan baru keluar dari bilik air itu.
“Shah kan ada boleh tolong mak….kenapa minta tolong dekat dia? Entah-entah dia sendiri tak tahu ikan-ikan apa yang nak dibeli tu” ujar Shah selamba. Intan pula tercengang sekejap rasa nak tampar mulut lelaki ini.
“Yelah mak nak minta tolong dekat kamu pun tangan kamu tu belum sembuh sepenuhnya…nanti banyak plastik di tangan sebelah kan nanti jadi masalah lagi?” alasan mak Lela.
“Hah kalau kamu nak tolong sangat, pergi bersama Intan tolong dia cari ikan-ikan itu ye?” senyum mak Lela lalu dia terus pergi masuk ke dalam rumah selepas memberi arahan.
Intan dan Shah sudah seperti batu mendengar arahan mak Lela itu namun mereka menurut sajalah.Tidak ada guna pun kalau nak bantah, mak dia tetap dengan arahannya.
*****
Sampai sahaja mereka di pasar itu, mereka terus pergi mencari ikan-ikan yang nak dibeli itu. Shah maju kedepan meninggalkan Intan seorang di belakang. Intan hanya mengeluh lalu ikuti saja dia dari belakang.
Tiba di satu tempat penjual ini, Shah dan pak itu bersalaman. Nampaknya mereka sangat rapat sampai bergelak ketawa begitu.Sungguh dia tidak tahu senyuman dan ketawa Shah itu membuat hatinya tertawan sekejap.
‘Eh tak boleh Intan, dia tu majikan kau’ monolog Intan sambil menggelengkan kepalanya.
Dia terdengar Shah memanggilnya untuk lebih dekat. Dia pun terus saja datang lebih dekat kepada mereka berdua. Rupanya Shah suruhnya memilih ikan apa yang nak dibeli itu.
Sedang dia memilih ikan-ikan itu, dia terdengar pak tadi bercakap kepada Shah. “Ni isteri kamu ke Shah? Cantik..sama padan dengan kamu”. Intan pula terus menoleh kepada Shah dan Shah melihatnya sekejap lalu senyum kembali kearah pak itu.
“Tak adalah pak Bidin, dia ni pembantu rumah kami yang datang dari negeri sebelah”.
“Yeke? Ohh faham, baguslah kalau begitu. Maknanya dapatlah jika anak pak masuk meminangnya?” cabar pak Bidin itu sambil mengangkat keningnya kepada Shah.
Shah pula sudah tidak tentu rasa. Tidak tahu mengapa dia berasa begitu. Lalu dia menjawab, “Hmm ikut lah jika ibubapa perempuan ni terima pinangan keluarga pak”
Intan yang mendengar sudah berbulu telinganya naik seram. Tidak habis-habis dia ni nak kena jadikan menantu. Darilah negerinya sebelah itu sampai ke negeri ini juga.
Pak Bidin terketawa, “Tak lah, pak gurau saja. Tak payah ambil hati….tak ada orang ambil buah hati kamu tu”. Shah pula yang naik merah telinganya lepas mendengar kata-kata pak Bidin itu.
Kemudian dia terus melihat Intan yang ketika itu memilih ikan-ikan itu. Pak Bidin pun memasukkan dalam plastik-plastik dan memberikannya kepada Intan. Pantas Shah mengambil 2 plastik dari tangan Intan.
“Hmm kami balik dulu lah pak Bidin, assalamualaikum!” Segera dia menapak laju kedepan meninggalkan Intan lagi di belakang. Intan pula kekok dia ditinggalkan begitu saja lalu dia senyum kepada pak Bidin sebagai tanda terima kasih. Terus saja dia mengekori jejak Shah.
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
Hikayat Cinta Paspuri [C]
Romance[Book 1] [Hikayat Series 1] Negeri Manwura adalah negeri yg terkenal dengan rakyat nya yg setia dan patuh terhadap Raja Mahapuri. Juga terkenal dengan keramaian ahli pahlawan yang gagah dan kebal di kalangan rakyat itu. Indera Shah adalah salah sat...