Bab 57 ✨

32 15 0
                                    


Apabila Intan baru saja memulakan misi menerokai istananya itu, tiba-tiba dia terdengar ada suara yang menjerit. Intan mengerutkan dahinya tanda dia bingung kenapa pula ada suara orang terjerit-jerit pagi-pagi ini.

Lalu dia memutuskan untuk mencari dimana jeritan itu datang. Apabila dia menuju kearah jeritan yang masih kedengaran itu, rupanya jalan itu menunjukkan jalan kearah markas angkatan masa itu.

Intan menggeleng, “Mati aku kalau aku masuk lagi dekat situ..” Intan menggigit jarinya dengan perasaan ragu-ragu hendak masuk atau tidak. Dia mundar-mandir di situ, “Masuk sana ke tak? Tapi aku nak tahu kenapa orang tu jerit? Tapi nanti aku malu lagi macam mana?”

Akhirnya Intan memutuskan untuk masuk juga ke dalam markas tersebut disebabkan perasaan ingin tahu nya itu. Intan meronda di lorong bilik-bilik markas itu namun dia tidak terlihat siapa pun di sana.

“MASUK DALAM BARIS AKU CAKAP! DISEBABKAN SEORANG, SEMUA BUAT TEKAN TUBI 70 KALI! MULA!”

Tiba-tiba ada jeritan kuat itu lagi memasuki gegendang telinga Intan. Namun ini terlebih kuat hingga Intan terkejut sekali. Intan memegang dadanya, “Siapalah jerit-jerit macam bapak ayam teberanak ni ishh”

Kemudian, Intan pergi hingga ke hujung lorong itu dengan perlahan. Kelihatan angkatan-angkatan yang melakukan tekan tubi di tengah padang. Terlalu ramai sekali kaum adam hingga buatkan Intan meremang tubuh badannya.

“Wah, ramai sangat ni! Eh tapi siapa yang jerit-jerit tadi eh?” Dengan itu, Intan pun perlahan-perlahan menapak kearah tempat berteduh depan padang itu. Di sana kelihatan ada kelibat seorang yang bertubuh besar dan tegap sedang bercekak pinggang.

“SERENTAK BOLEH TAK?” sergahan itu membuatkan Intan terkejut kembali. Intan menggeleng kearah empunya badan itu. Garang semacam! Tanpa di sedar ada seseorang yang sudah tersengih di belakangnya.

“Hah tengok apa tu puteri!” jerit Farid sambil tersengih. Intan menoleh sambil memegang dadanya, “Kus semangat! Awak ni Farid! Terkejut tahu saya!”

“Ampun puteri…ni puteri buat apa dekat sini? Ada apa-apa ke?” soal Farid bingung dengan kelibat Intan memasuki padang markas mereka itu. Intan tersenyum kekok sambil menggaru kepalanya yang ditutup dengan tudung itu.

“Ahh tak adalah Farid, saya saja meronda kawasan istana lagi pastu terdengar jeritan kuat dari sini..tu yang saya datang jenguk sini ni” terang Intan sambil melihat Farid yang sudah terangguk-anguk itu.

“Ohh lagi satu, tak payah lah panggil puteri…panggil Intan sajalah kalau kita berdua begini” Farid menganggukkan saja lalu berkata, “Baiklah Intan….fasal jeritan kuat tu hm tu kau tengok badan tegap tu?”

Intan mengangguk, “Haah, siapa dia tu? Garang semacam lah…” Farid tergelak kecil, “Yelah orang yang kau kata garang tu Shah buah hati kau lah tu” Intan sudah terkejut beruk dengan kenyataan yang baru didengarnya.

“Biar betul awak ni Farid? Takkan lah Shah kot? Dia tak segarang tu tahu?”

“Dia memang tak lah nampakkan sisi tegasnya depan kau tapi depan angkatan-angkatan tu semua? Hmm mahu terkencing mereka semua apabila datang sisi tegas si Shah tu dengan aku sekali takut tahu?”

Intan mengangguk sekilas walaupun masih ada perasaan tidak percaya dengan kata-kata Farid namun benda sudah terbukti di depannya, mahu bantah apa lagi.

“Dah mari kita pergi kearah Shah, mana tahu boleh meredakan sikit amarahnya apabila sudah tengok kau ni” Dengan itu mereka pun mula menapak kearah Shah.

“DAH SEKARANG AKU NAK—” terbantut arahan Shah apabila dicelah oleh Farid.

“Shah oh Shah!”

“Apa lagi Farid? Kau ni tak habis-habis kacau aku—” sekali lagi terbantut percakapannya bukan kerana dicelah namun tiba-tiba suaranya tersekat di kerongkong lehernya apabila dia terlihat wajah Intan.

“Intan? Kau buat apa dekat sini?”

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Hikayat Cinta Paspuri [C]Where stories live. Discover now