2024
Akhirnya buku ‘Hikayat Cinta Paspuri’ milik nendanya habis juga dibacanya setelah 3 hari berturut-turut membaca. Dia menutup buku itu dan letak di sebelahnya di atas katil. Dia mengeluh lega.
“Habis juga akhirnya…nasib pengakhirannya bahagia kalau tidak mahu menangis Nayla disebabkan nenda” terketawa Nayla sendiri. Dia ingin mengemas namun terbantut apabila dia melihat jam.
Jam kini menunjukkan angka 12 tengahari menandakan sudah masuk waktu makan tengahari. Nayla mula turun dari katilnya dan keluar dari bilik menuju ke dapur. Nasib hari ini dia tidak kerja, dapatlah dia makan tengahari bersama keluarganya.
Masuk saja di ruangan dapur, Nayla melihat kelibat mommynya dengan mak Yani yang sedang menghidang pelbagai jenis makanan. “Mommy~” ujar Nayla perlahan menapak kearah mommynya.
“Hah, baru nampak batang hidung kamu ni…sedap tidur lah tu yang baru tersedar matahari dah terpacak atas kepala kan?” perli Puan Rania kepada anaknya. Nayla mencebik bibirnya.
“Mana ada! Nayla dah bangun awal tahu…baru habis baca buku nenda tu yang akhir turun ni” jawab Nayla.
“Baru habis? So, whats your rating about your nenda’s book?” soal mommynya. “Sumpah best mommy! Kalau boleh, Nayla nak explore juga cerita tu sendiri dalam buku tu dan nak juga persis Shah dalam dunia ni…” senyum Nayla.
“Macam mana nak dapat Shah kamu tu kalau kamu sendiri malu aje kalau berjumpa dengan lelaki?” soal mommynya lagi sekaligus dengan perlinya. Nayla sudah tersengih kambing.
“Dah, baik kamu tolong mommy dan mak Yani—” tercelah percakapan mommynya disebabkan daddynya memberi salam.
“Assalamualaikum!”“Waalaikumsalam daddy!” terus saja Nayla berlari kearah daddynya di muka pintu rumah mereka itu. Manakala mommynya sudah menggelengkan kepala. “Bertuah punya budak!”
“Hii anak daddy! Mommy mana?” soal Tuan Ridzuan setelah Nayla menyalam tangannya. “Ohh mommy ada saja di dapur tu dengan mak Yani..”
“Ohh ye? Jom jom” terus mereka melangkah menuju ke dapur. Masuk saja dalam dapur kelihatan Puan Rania dan mak Yani sudah duduk di meja makan. Daddynya berlalu untuk duduk di tengah meja makan itu.
“Hah abang, lepas ni abang masuk kerja balik ke?” soal mommynya setelah menyalam tangan daddynya. “Haah, abang ada meeting lepas ni..” Setelah itu, mereka pun mula menjamah makanan di situ.
*****
Setelah makan tengahari, Nayla berlalu ke biliknya selepas berbual dengan mommy daddynya. Dia ingin mengemas balik barang milik nendanya ke dalam kotak tersebut. Kemudian dia pun menapak ke katil miliknya.
Dia mengusap buku tadi itu sebelum meletakkan kembali ke dalam kotak tersebut. Namun pergerakkannya terberhenti apabila dia terlihat ada satu buku persis buku yang baru saja diletaknya itu.
‘Hikayat Cinta Manwura’ terhias tajuk buku itu. Nayla mengerutkan dahinya kerana bingung. Dia fikir nendanya hanya membuat satu buku saja, rupanya ada buku lain juga.
Nayla terus membuka buku itu untuk membaca dalamnya. Buku itu mengisahkan tentang titik permulaan perkenalan antara mak dan ayah Intan iaitu Putera Mahkota Mahapuri Agong dan Kaseh Mastura.
“Macam best…nak baca lah!” Terus Nayla mula membaca isi buku itu dengan tekun dek kerana rasa ingin tahunya terhadap perjalanan kisah cinta mereka.
Dengan lafaz bismillah, bermulalah kisah Hikayat Cinta Manwura...
(Hikayat Cinta Manwura coming October/November InshaAllah if tak busy ❤️)
YOU ARE READING
Hikayat Cinta Paspuri [C]
Romance[Book 1] [Hikayat Series 1] Negeri Manwura adalah negeri yg terkenal dengan rakyat nya yg setia dan patuh terhadap Raja Mahapuri. Juga terkenal dengan keramaian ahli pahlawan yang gagah dan kebal di kalangan rakyat itu. Indera Shah adalah salah sat...