Bab 47 ✨

37 18 0
                                    


Shah yang mengekori Intan keluar bilik markasnya itu mengeluh apabila kelibat Intan hilang dengan pantas. Dia mengingatkan kembali adegan tadi dimana Intan yang memerah pipinya.

‘Comel..’ bisik Shah sambil tersenyum sendiri. Ingatannya terhadap Intan tadi diganggu oleh bunyi tapak kaki yang agak kuat menuju kearahnya. Farid menarik nafasnya sebelum membuka mulutnya.

“Shah, panglima 1 kata kau punya tugas untuk melatih angkatan-angkatan bawahan pagi ni…manakala dia masih menguruskan majlis tu di dewan besar”

Shah mengangguk, “Baiklah, terima kasih Farid” seraya itu dia terus mengetuk pintu-pintu bilik di sana bagi memberitahu angkatan-angkatan lain sudah tiba masa untuk berlatih.

Selepas itu, Shah dan Farid bersama-sama keluar ingin menuju ke padang latihan yang berhampiran dengan markas mereka itu. Farid menyiku lengan Shah sambil mengukir senyuman mengejek.

“Tadi tu dekat sangat dengan awek tu lepaskan rindu ke?” Shah menjelingnya sekilas, “Apalah kau, aku cuma tanya dia kenapa dia boleh sampai masuk ke sini..” Farid mengangguk sekilas.

“Yelahh, kau taknak ikut dia ke tadi?” soal Farid lagi. Shah mengeluh, “Aku berlari tadi tu tanda aku nak ikut dia lah..tapi hilang pula jejak dia sebab cepat sangat kaki pendek tu berjalan pastu kau pun kata panglima 1 arahkan aku beri latihan kan..”

“Betul juga eh..lupa pula” sengih Farid lalu mereka berdua melajukan langkah mereka ke tengah-tengah padang itu dan memulakan latihan mereka.

*****

Sementara itu, Intan tiba di satu taman besar yang dihiasi dengan semua tanaman jenis bunga, ada kolam kecil dan buaian yang terletak di tengah taman itu. Dia pun duduk lah di situ dek kerana lelah berlari bagi mengelakkan Shah terus mengejarinya.

Setelah beberapa minit, barulah tenang semula degupan jantungnya itu. Intan melihat keadaan sekelilingnya yang cantik dan menenangkan itu.

‘Ni sesuai tempat untuk menenangkan diri baik siang atau malam tapi malam lagi sesuai sebab boleh lihat bintang dan bulan..’ bisik hati Intan. Tanpa dia sedar, ada seseorang yang memerhatikannya dari belakang dan perlahan-lahan menapak kearahnya.

“Assalamualaikum, boleh saya duduk?” sapa Putera Saqeef. Ya putera Saqeef lah yang memerhatikan Intan sejak Intan memasuki taman ini. Intan segera menoleh kearah Putera Saqeef lalu dia mengangguk sambil menjawab salam dalam hatinya.

“Awak buat apa seorang dekat sini?” soal putera Saqeef sambil merenung wajah mulus Intan itu.

“Ohh saja menenangkan diri…aman juga rasanya bila menghirup udara segar pagi-pagi ni” jelas Intan sambil melihat di depan sebelum dia menoleh kearah Putera Saqeef. “Maaf, saya cakap sembarangan saja depan awak sebab saya tidak tahu bahasa istana ni lagi”

Putera Saqeef terketawa kecil mendengarkan kata Intan itu. “Tak usah lah minta maaf, saya pun apa kurangnya..cakap macam biasa je dengan awak tanpa memakai bahasa istana…”

“Kalau awak nak, saya boleh ajarkan..” sambung Putera Saqeef lagi. Mereka berdua ketawa kecil lalu Intan berkata, “Terima kasih atas kesudian awak untuk mahu mengajar saya bahasa istana tapi—”

“Tuanku Puteri Intan!” sergah Shah di belakang mereka. Shah sudah kelihatan hendak meletup di situ apabila melihat adegan mesra antara buah hatinya dengan putera Saqeef. Padan hatinya gundah gulana sejak dia melatih angkatan-angkatan bawahannya tadi, rupanya buah hati sedang bermesra dengan lelaki lain.

‘Nasib aku datang terus…kalau lama-lama aku biarkan firasatku tadi, mahu ada yang makan penumbuk aku ni tak kira kerabat diraja atau tak’ rengus Shah dalam hati.

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Hikayat Cinta Paspuri [C]Where stories live. Discover now