Bab 46 ✨

34 17 0
                                    

Setelah 3 hari, Intan dan Shah tidak berapa berinteraksi dek kerana Shah yang sibuk menguruskan keselamatan majlis itu. Hanya bila Shah ada masa saja dia akan bersama Intan.

Pagi ini,Intan yang baru saja siap berpakaian kemas seperti seorang puteri itu akhirnya keluar dari biliknya. Dia tidak tahu hendak pergi ke mana jadi dia memutuskan untuk menerokai istana itu.

Sedang dia meneroka, dia ternampak ada pengawal yang menuju ke satu tempat. Mulalah muncul satu idea untuk mengekori pengawal tadi. Lalu dia pun mula membuka langkahnya menjejaki pengawal itu.

Nampaknya pengawal itu menuju ke arah luar istana dimana ada nya satu jalan pintas ke satu tempat. Intan meneruskan perjalanannya walaupun agak pening dengan kelajuan pengawal tersebut.

'Huh cepat betul lah... cuba sabar sikit' bisik hati Intan sambil terus melangkah kakinya.

Sampai saja dia di sana, hilang terus kelibat pengawal itu. Intan menggaru kepala yang ditutupi tudung itu. 'Mana dia ni...' Intan mengangkat bahunya lalu dia pun mula membuka langkahnya balik.

Intan melihat ada banyak bilik di situ lalu dia cuba membuka pintu bilik yang berada di hujung. Apabila dia membuka, terus saja pipinya merona kemerahan melihat banyak lelaki di situ.

Manakala angkatan-angkatan yang terdiri dari 15 orang termasuk Shah terdiam melihat Puteri Intan memasuki bilik markas mereka secara tiba-tiba. Shah yang memanggungkan kepalanya untuk melihat Intan itu sudah tercengang.

‘Dia buat apa dekat sini?’ bisik hati Shah. Intan yang masih malu dengan tatapan lelaki-lelaki di sana ingin berkata maaf. Namun dicelah oleh seseorang yang baru keluar dari bilik air sebelah pintu masuk bilik itu.

“Haih baru segar rasanya mandi tu…kau orang kenapa liat aku macam tu? Aku tahu lah aku—” terbantut percakapan Farid apabila dia baru sedar akan kehadiran Intan. Intan melihatnya tanpa berkelip mata, rupa-rupanya disebabkan Farid belum memasang baju di badannya.

Terus saja Farid memampan badannya dengan tangannya di dada. Intan pun terus menundukkan kepalanya akibat malu melihat badan separuh bogel Farid. Intan merasa ada yang memerhatikannya it uterus mengangkat wajahnya untuk melihat gerangan itu.

Rupa-rupanya Shah lah gerangan yang memerhatikannya tadi. Mereka berdua merenung mata masing-masing sebelum Shah berdiri dan melangkah laju kearahnya.

“Intan!” Shah sudah berdiri di hadapannya bagi mengelakkan rakan angkatan-angkatannya melihat Intan. Intan tergamam apabila merasa jarak tubuh mereka dekat sekali.

“Kau buat apa dekat sini, Intan? Ni tempat lelaki khususnya angkatan-angkatan diraja, tahu?’ kata Shah perlahan dimana Intan saja yang dapat dengar tuturannya. Intan memanggungkan kepalanya melihat Shah.

“Maaf, saya tak tahu ni tempat lelaki angkatan-angkatan berada…saya bosan lah sebab tu saya mengekori seorang lelaki tadi ke sini” terang Intan dengan suara yang perlahan juga.

Dia juga tidak puas hati apabila melihat Shah yang seperti menyalahinya kerana memasuki tempat ini. Mendengarkan penerangan Intan itu, Shah mengeluh lalu menggelengkan kepalanya.

“Tulah kau..kan dah dapat malu” usik Shah. Angkatan-angkatan lainnya mengerutkan dahi kerana tidak faham apa yang dibualkan oleh mereka. “Amboi Shah, bercakap dengan Tuanku Puteri macam cakap bersama awek kau pula” usik seorang daripada angkatan itu.

Mereka berdua terus menoleh kearah suara itu yang menyebabkan wajah Intan tadi kembali terhidang di pandangan mereka semua. Shah merengus, “Memang awek pun..” perlahan saja suaranya namun didengar oleh Farid dan Intan yang sudah memerah mukanya itu.

“Apa dia? Hah Tuanku Puteri, tidak usah malu dengan kami. Kami orang yang baik-baik saja..kalau puteri mahu duduk bersama kami boleh juga” ujar seorang itu sambil tersengih kearah Intan. Shah merenung tajam, “Elok-elok sikit bahasa kau terhadap puteri..mana adab kau”

Intan memandang sekilas kearah Shah sebelum tersenyum kekok kearah seorang itu. “Tidak apalah kalau begitu, lagipun saya ada banyak tempat mahu teroka” Intan masih tidak pandai menggunakan bahasa istana.

Tidak betah lama disana, Intan terus keluar dari bilik itu. Langkahnya dipercepatkan apabila dia merasakan seseorang mengejarnya iaitu Shah. Malunya belum pudar lagi dari adegan dalam bilik tadi.

‘Buat malu je lah kau ni Intan…’

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Hikayat Cinta Paspuri [C]Where stories live. Discover now