Istana PaspuriTiba di istana, Shah dan Farid meneruskan lagi langkah mereka memasuki ruangan bilik mesyuarat.
Semua angkatan yang teratas berada di sana malah baginda juga ada di sana. Mereka menabik hormat kearah baginda dan baginda menyuruh mereka duduk.
“Baiklah, semua ada di sini kan?” soal baginda raja Mahapuri Agong. Mereka semua mengangguk, “Ya Tuanku”
“Baiklah, kamu semua dengar baik-baik. Tujuan beta memanggil kamu di sini kerana ingin berbincang mengenai kedatangan Raja Sakara dan puteranya Putera Saqeef dari negeri Seripati. Beta mahu kamu menyediakan segala keperluan mereka seperti bilik tidur, makanan dan juga iringi mereka untuk menerokai tempat negeri kita. Dalam masa 5 hari, buatlah apa yang kamu semua perlu lakukan untuk persiapan ni, faham semua?” arah baginda sambil melihat setiap wajah yang berada di sana.
“Faham Tuanku, akan kami junjung perintah Tuanku”
Selepas beberapa lamanya, akhirnya habis juga mesyuarat mereka mengenai persiapan itu. Semasa mereka semua sudah beredar, hanya tinggal Shah saja yang belum beredar kerana dipanggil oleh baginda.
“Ya Tuanku? Ada apa-apa yang patik perlu buat?” soal Shah. Baginda melihat Shah lalu menganggukkan kepalanya.
“Ya Shah, beta mahu kamu yang mengiringi mereka nanti apabila menerokai tempat negeri kita” Mendengarkan arahan itu, Shah hanya mengangguk saja. Semakin banyak lah kerjanya iaitu melatih angkatan bawahannya lagi dan juga kerja yang baru diberi oleh baginda.
“Baiklah Tuanku, ada apa-apa lagi?” soal Shah lagi. Baginda senyum lalu mengambil tangan Shah yang dihiasi dengan cincin itu. Shah terkilan seketika lalu mengeluh dalam hatinya kerana sudah pasti dia akan ditanya soalan mengenai ini.
“Kamu sudah bertunang Shah? Atau kahwin?”
“Tidaklah Tuanku, ini hanya cincin biasa saja…” sengih kelat Shah beri kepada baginda. Baginda tersenyum lagi, lalu berkata lagi, “Kekasih ye? Nanti bawa jumpa beta. Beta mahu juga jumpa kekasih hati kamu yang gagah ni”
Baginda sudah seperti ayah kepada Shah tapi dia masih rasa kekok apabila baginda begitu ramah dengannya meskipun mereka boleh juga dikatakan rapat. Shah hanya mengangguk dengan rasa terpaksa.
Setelah itu, dia meminta diri untuk keluar lalu baginda hanya anggukan kepalanya. Selepas saja keluar dari bilik mesyuarat, Shah mengeluh. Sekarang dia buntu bagaimana lagi nak mengenalkan Intan kepada baginda.
‘Aduhh serabutlah, dahlah aku baru tahu perihal Intan tu anak baginda pastu dengan kedatangan kerabat raja dari negeri sebelah tempat Intan tinggal lepastu lagi baginda pula ingin berjumpa dengan Intan’ rungut Shah dalam hati.
“Shah! Lambat betul lah kau ni, apahal terjengak depan pintu tu?” soal Farid yang berlari kearahnya.
“Ishh, Tuanku panggil aku tadi. Baginda nak aku yang tolong iringi kerabat diraja tu sambil menerokai tempat negeri kita ni. Tulah aku lambat tu” ujar Shah sambil mereka berjalan bersama-sama ingin keluar ke padang latihan angkatan diraja.
“Ohh faham, dah jom! Kita ada banyak kerja lagi kena buat” ujar Farid lalu mereka terus berlari keluar ke padang latihan angkatan diraja.
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
Hikayat Cinta Paspuri [C]
Romance[Book 1] [Hikayat Series 1] Negeri Manwura adalah negeri yg terkenal dengan rakyat nya yg setia dan patuh terhadap Raja Mahapuri. Juga terkenal dengan keramaian ahli pahlawan yang gagah dan kebal di kalangan rakyat itu. Indera Shah adalah salah sat...