Bab 2 ✨

113 48 0
                                    


21 tahun kemudian

“Mawarti! Mawarti!”

“Ye ibu?!” sahut dari (Puteri) Intan Mawarti. Alangkah terkejutnya dia apabila dipanggil begitu cemas sekali.

Bergegas Intan pergi ke arah ‘ibu’nya iaitu Aziza yang sedang berperang di dapur itu. Apabila tiba, dia melihat ibunya mengangkat ayam goreng yang dia biarkan masak tadi.

Intan menepuk dahi kerana dia tahu dia lupa membuat kerjanya yang satu itu dan dia tahu sekejap lagi dia akan dimarahi oleh ibunya.

“Intan, ibu sudah pesan tadi kan kamu kena lihati ayam goreng ni kalau tidak dia akan hangus…” mengeluh ibunya melihat ayam yang patut di makan untuk makanan tengahari ini sudah hangus.

“Maaf ibu. Intan terlupa nak bangkit ayam tu….” jawab Intan rasa bersalah.

“Tidak apa, lain kali jangan buat lagi ye nak…ni kamu pergi ke ayah kamu di sungai tepi tebing itu, ambillah jikalau ada ikan yang hendak dipakai makan tengahari ni” pesan Aziza.

“Baiklah ibu…”

*****

Apabila Intan tiba di sungai itu, dia melihat ramai sekumpulan nelayan yang juga pergi menangkap ikan sama ada untuk bekalan di rumah atau untuk menjualnya di pasar. Dia mencari dimana ayahnya berada lalu dia pergi ke sana.

“Ayah…” senyum Intan apabila ayahnya menoleh ke arahnya.

“Intan, kenapa kamu di sini?” soal ayahnya Nuqman

“Ni Intan nak cakap yang ayam goreng yang hendak dimakan tengahari itu hangus ayah….itu ibu suruh Intan pergi dekat ayah nak tanya jika ada bekalan ikan nak dimasak?”

“Ohh hah ni ada 10 ikan ayah rembat. Kamu ambillah 3 daripadanya dan bawa balik ke rumah ye”

Ayahnya beri dia 3 ikan besar yang cukup untuk mereka sekeluarga makan tengahari dan juga malam. Intan senyum sambil mengambil ikan-ikan tersebut.

Sebelum Intan hendak pergi balik, ada orang mencelah perbualan mereka iaitu Pak Kadir yang merupakan nelayan tempatan juga dan juga sahabat kepada ayahnya.

“Eyh Intan! Kamu rupanya. Semakin berseri dan cantiklah pak tengok kamu ini. Belum ada pilihan hati ke?” puji Pak Kadir sambil tersenyum ke arah Intan.

“Belum pak…ayah kata masih muda lagi nak kahwin. Bila tiba masanya, jodoh itu akan sampai juga” Intan senyum malu-malu.

“Hmmm, sudahlah Kadir oii. Ni kalau kamu tanya dekat Intan bila hendak berkahwin, lambat lagi agaknya. Sebab apa? Sebab lelaki-lelaki di sini tidak boleh di percayai, mereka hanya suka paras muka saja manakala yang lainnya tidak berbaloi di mata mereka” ucap ayahnya sambil terselit ucapannya bagi anak lelaki Pak Kadir juga.

“Hmm betul lah tu. Anak aku si Zahimi tu pun tak tahu lah nak cakap apa lagi dekat dia. Asyik mengacau anak dara orang saja ….ni macam kamu ni Intan. Kamu kena hati-hati seperti bapak kamu cakap ye”

Intan senyum kelat, “baik pak kadir”. Segera Intan meminta izin pergi balik ke rumah kerana sekejap lagi masuk waktu tenghari.

*****

“Ibu! Ni dia ikan nya dah tiba” jerit Intan sambil berlari pantas kepada ibunya.

“Baiklah terima kasih ye nak. Biar ibu yang buat ikan ni, kamu pergi mandi balik sebab dah bau ikan ibu hidu kamu ni”

“Baiklah ibu”

Selepas mandi, dia pergi kembali ke dapur dan melihat ibunya yang sedang mengemas barang-barang dapur malah semua makanan sudah tersedia dihidang. Ayahnya juga sudah balik dan menunggu di meja makan.

“Baiklah kita makan ye, bismillahirrahmanirrahim..” kata ibunya seraya membaca doa makan.

“Kejappp ibuu!” jerit seseorang iaitu Nilam Kesuma, anak perempuan Aziza dan Nuqman.

“Baru nak balik kamu ini. Kamu dari mana?” Tanya ibunya

“Nilam dekat rumah Anom tadi ibu..maaf” jawab Nilam rasa bersalah.

“Dah dah, mari makan” ayahnya meredhakan suasana.

Maka tengahari itu mereka sekeluarga menjamu makanan yang tersedia di atas meja.

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Hikayat Cinta Paspuri [C]Where stories live. Discover now