Bab 55 ✨

40 17 0
                                    


Setelah beberapa menyaksikan adegan Shah dengan Intan, Putera Saqeef akhirnya pergi dari tempat itu. Dia mengeluh apabila mengenangkan nasib dan takdirnya adalah bukan dengan gadis yang disukainya.

Kini, barulah dia tahu kenapa Intan begitu mesra bersama Shah. Rupa-rupanya mereka sudah menjalinkan hubungan secara diam-diam. Namun itu tidak membuatkan dia berdendam hendak merampas Intan dari Shah.

Putera Saqeef sedang menuju balik hendak ke bilik tidurnya dimana dia melintasi dewan besar diraja tadi. Ketika itu, dia melihat ramai rakyat sudah mahu balik kerana jam sudah menunjukkan larut malam.

Dia hanya memerhatikan mereka sekejap sebelum ingin beredar dari sana. Namun terbantut niatnya itu kerana ayahandanya memanggilnya. “Saqeef!”

Putera Saqeef menoleh sebelum dia pergi kearah ayahandanya. Raja Sakara perasan anaknya itu seperti memikirkan sesuatu lalu dia menepuk bahu anaknya. “Dah kenapa cemberut muka tu?”

“Tak adalah ayahanda, ni ayahanda nak masuk bilik tidur ke?” Raja Sakara menganggukkan kepalanya lalu berpaling menghadap Raja Mahapuri di sebelahnya. “Baiklah, aku pergi dulu lah Mahapuri…alhamdulillah untuk malam ni majlis berjalan dengan lancar…selamat malam”

Raja Mahapuri mengangguk, “Alhamdulillah terima kasih kerana bersamaku sejak awal majlis ye Sakara, selamat malam….kamu juga ye Saqeef” Putera Saqeef hanya menganggukkan kepalanya.

Dengan itu, mereka berdua berpisah dengan Raja Mahapuri untuk pergi ke bilik masing-masing. Semasa dalam perjalanan ke bilik, Raja Sakara memerhatikan anaknya yang diam tidak berkutik itu.

“Kenapa ni Saqeef? Ada yang ayahanda patut tahu ke?” Setelah tiba berhampiran bilik tidur, Putera Saqeef baru menjawab pertanyaan ayahandanya. “Tak adalah ayahanda….Saqeef pergi masuk dulu. Assalamualaikum”

Raja Sakara mengeluh, “Ayah bukan tak tahu kenapa kamu berkelakuan begitu Saqeef, ayah sudah membuat tekaan mengenainya” Dengan itu, Raja Sakara pun memasuki bilik tidurnya.

*****

Sementara itu, Intan dan Shah perasan bahawa larut malam sudah menjelma. Mereka terlebih banyak meluangkan masa bersama sampai tidak sedar sudah larut malam.

“Awak, sudah larut malam lah..mari balik bilik” ajak Intan. Shah tersenyum, “Pergi bilik kau ke? Aku ikut masuk sekali lah..” Intan menjelingnya, “Ish! Gatal lah awak ni!”

Intan segera melangkah pergi dari situ meninggalkan Shah yang tergelak di belakang. “Yelah yelah, aku main-main je...kejaplah! Aku tutup teropong besar kau ni dengan kain hitam ni dulu!”

Selesai menutup dengan kain hitam, dia pergi kearah Intan. Intan sudah terlentok kepalanya dek kerana mengantuk. “Mari Intan, kasihan kau mengantuk” Dengan itu, mereka pun bergerak pergi dari situ.

Setelah beberapa lamanya, mereka pun sampai di hadapan bilik Intan. Intan membuka pintu biliknya lalu menoleh kearah Shah. Dia tersenyum, “Terima kasih tahu untuk malam ni, saya suka sangat dengan kejutan awak”

“Aik terima kasih je? Tak ada upah ke apa..?” Shah tersenyum mengusik Intan. Intan mengerutkan dahinya, “Aik awak tak ikhlas ke nak minta upah ni? Saya tak tahu upah apa nak beri..”

“Mestilah ada upah…” ujar Shah sambil menunjukkan pipinya. Faham dengan tindakkan Shah itu, Intan menolak bahunya. “Apalah awak ni! Mana boleh, tak halal lagi!”

Shah tergelak perlahan, “Eleh padahal nak kan? Nantilah kalau dah halal, puas aku gomol pipi kau” Intan sudah memerah mukanya, puas betul Shah mengenakannya malam ini.

“Dahlah! Saya masuk dulu! Selamat malam!” terus tertutup rapat pintu itu dihempas oleh Intan. Shah terkejut dengan hempasan itu.

“Amboi malu betul dia….selamat malam sayang” ujar Shah seraya itu, dia pun beredar dari situ untuk balik ke markasnya. Hal teropong  besar itu esok sajalah dia kembalikan ke tempat asalnya.

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Hikayat Cinta Paspuri [C]Where stories live. Discover now