Setelah beberapa lamanya, mereka pun tiba di dalam istana. Semasa Raja Sakara dan Putera Saqeef hendak masuk untuk berjumpa dengan Raja Mahapuri di bilik tetamu Intan akhirnya bersuara.
"Ampunkan patik, Tuanku. Tidak apakah jika patik memasuki istana ini tanpa izin dari Raja..." diam segenap selepas dia bertanya soalan kerana dia tidak tahu nama raja negeri itu.
"Inshaallah tidak apa Intan. Beta akan mengarahkan seorang pengawal memberitahu kedatangan beta membawa kamu masuk sini untuk menghadap kepadanya"
Raja Sakara memerintah seorang pengawal untuk menyampaikan kedatangannya dengan Intan. Lalu pengawal itu mengangguk dan masuk ke dalam bilik tetamu untuk menyampaikan kedatangan mereka.
Selepas beberapa saat, pintu emas itupun terbuka dengan luas tanda Raja Mahapuri menerima kedatangan mereka. Kelihatan baginda berdiri sambil tersenyum kearah Raja Sakara dan anakandanya.
“Masuklah, Sakara, Saqeef dan siapa yang kau bawa ini Sakara?” tersenyum Raja Mahapuri melihat ada gadis yang cantik sekali yang dibawa oleh Raja Sakara itu.
Apabila dia memerhatikan wajah Intan, dia rasa terhimpit dengan suatu perasaan tetapi dia abaikan saja. Manakala Intan pula senyum kearah raja yang baru dilihatnya secara berdepanan kerana sebelum ini dia hanya melihat dari jauh semasa malam pertunjukkan.
Shah sudah tidak tentu rasa. Dia harus berbuat sesuatu sebelum tembelangnya pecah.Tetapi macam mana? Buntu Shah dalam situasi kini.
“Mari kita dudu dulu, Mahapuri. Nanti aku ceritakan kepada kau” lalu mereka pun bersama-sama duduk. Intan masih berdiri static kerana kekok dan juga takut apabila dia saja seorang perempuan dalam bilik besar itu malah berdepanan dengan kerabat diraja pula tu.
“Duduklah, jangan malu-malu. Beta tidak akan makan kamu” gurau Raja Mahapuri. Intan tersengih saja lalu dia duduk di sebelah Putera Saqeef yang sememangnya memerhatikan gadis itu.
“Baiklah, begini ceritanya Mahapuri. Aku dan anakandaku sedang menerokai tempat pasar di sana. Tiba-tiba aku ternampak gadis yang cantik ini lalu anakandaku pun memanggilnya. Aku dan anakandaku sememangnya kenal akan nama dan wajah gadis ini kerana dia adalah rakyat ku dari negeri sebelah yang berkunjung ke sini untuk berkerja. Malah dia sebenarnya berkerja dibawah angkatan kedua teratas kau iaitu Indera Shah…” panjang lebar Raja Sakara membuka ceritanya.
Raja Mahapuri melihat Shah lalu dia mengarahkan Shah untuk berdiri di sebelah Intan. “Benar kah apa yang diungkapkan oleh Sakara tadi, Shah?” Shah hanya menganggukk, “Benar Tuanku”.
Shah semakin tidak senang hati apabila melihat senyuman yang terhias di bibir rajanya itu. Raja Mahapuri tahu bahawa gadis itulah kekasih kepada Shah kerana dia terlihat cincin yang terhias di jari Intan.
“Jadi apakah nama gadis yang cantik ini?” ramah Raja Mahapuri bertanya kepada Intan.
“Nama patik ialah Intan Tuanku” Intan hanya memberitahu namanya didepan saja. Selepas saja Intan memberitahu namanya, Raja Mahapuri terkejut dengan nama itu lalu dia memandang sebak kearah Intan.
“Beta juga ada puteri yang bernama Intan tetapi buat masa sekarang beta belum tahu dia apa khabar sekarang…”
Mereka semua terkilan dengan kenyataan yang baru dituturkan oleh Raja Mahapuri itu. Memang diketahui baginda ada puteri sejak 21 tahun yang lalu tetapi mereka tidak tahu apa yang terjadi kepada puterinya itu sejak pemberontakan itu berlaku.
Mereka fikir puteri baginda itu sudah mangkat bersama permaisuri semasa dalam pemberontakan berlaku tetapi rupanya puteri itu masih hidup kerana dari celah perkataan baginda ‘belum tahu apa khabar sekarang’ menunjukkan bahawa puterinya masih hidup.
“Maafkan aku Mahapuri jika pertanyaan aku ni akan menguris hatimu tetapi benar puteri kamu masih hidup atau…” tanya Raja Sakara. Raja Mahapuri mengeluh dan menganggukkan kepalanya.
“Tidak apa Sakara, betul lah tu puteri aku masih hidup. Mungkin dia masih tinggal bersama keluarga dayangnya dan juga menjadi gadis yang cantik seperti kamu, Intan”
Intan tiba-tiba merasa tidak sedap hati apabila dia mendengar penjelasan dari raja itu. Seperti ‘puteri’ yang disebutkan itu adalah dirinya tetapi tidak mungkinlah. Dia cuba untuk menafikan perasaannya itu.
“Namanya penuh apa Mahapuri?” tanya Raja Sakara lagi. Shah sudah agak perkara ini akan berlaku tapi dia tidak akan teragak-agak untuk memberhentikan sebelum segala kebenaran terbongkar.
“Intan Ma—”
“Ampunkan patik, Tuanku. Patik sebenarnya ada perkara hendak dibincang dengan tuanku mengenai masalah rakyat” Shah bergegas mengatakan ayatnya itu kepada baginda.
Baginda yang terkejut sekejap dengan sergahan Shah itu lalu dia menganggukkan kepalanya. “Baiklah Shah, maafkan aku Sakara. Nampaknya perbualan kita pada hari petang ini tergendala akibat ada masalah rakyat yang harus aku bincangkan”
Raja Sakara mengangguk, “Tidak apa Mahapuri. Aku juga faham dengan masalah begini. Baiklah kalau begitu kami meminta diri dulu” Kemudian Raja Sakara dan Putera Saqeef bersalaman sebelum beredar manakala Intan hanya senyum sekilas lalu menunduk kearah baginda.
Shah hanya perhatikan Intan yang beredar dari bilik tetamu itu. Raja Mahapuri pula melihat Shah yang sudah seperti cacing kepanasan. “Baiklah, Shah. Beta tahu kamu ada masalah tetapi bukan masalah rakyat. Cuba beritahu beta”
Shah melihat wajah baginda yang sudah tertunggu-tunggu untuk dia membuka cerita. Lalu dia melihat dulu sekelilingnya yang hanya ada 4 pengawal, barulah dia menarik nafasnya sebelum bersuara.
“Sebenarnya…”
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
Hikayat Cinta Paspuri [C]
Romance[Book 1] [Hikayat Series 1] Negeri Manwura adalah negeri yg terkenal dengan rakyat nya yg setia dan patuh terhadap Raja Mahapuri. Juga terkenal dengan keramaian ahli pahlawan yang gagah dan kebal di kalangan rakyat itu. Indera Shah adalah salah sat...