Bab 36 ✨

40 21 0
                                    

“Eh awak Intan kan?” soal Putera Saqeef yang membuatkan semua orang diam termasuk Shah dan Farid yang terkejut dengan sergahan itu.

‘Macam mana dia tahu? Allahu, apa lagi dugaan ni?’ bisik hati Shah semakin serabut.

Intan yang terdengar namanya itu, menoleh kearah gerangan yang memanggilnya. Dia ternampak banyak pengawal berada di samping 2 orang manusia itu. Lalu dia perlahan melangkah kearah mereka.

“Maaf tanya ye, siapa yang memanggil saya tadi?” senyum ikhlas Intan beri kepada mereka. Dia masih belum perasan ada Shah yang sudah mencerlung tajam kearahnya. Putera Saqeef maju kedepan dan membongkokkan badannya seraya tersenyum manis kearah Intan. 

“Beta yang memanggilmu tadi” Intan tercengang sekejap melihat lelaki segak dihadapannya itu membahasakan dirinya ‘beta’. Kemudian dia baru faham kenapa banyak sangat pengawal di samping 2 orang di depannya ini.

“Ohh ampunkan patik, Putera…patik tidak tahu bahawa putera yang memanggil patik tadi” jelas Intan.

“Putera Saqeef. Tidak apa, kamu namanya Intan betul kan?” soal Putera Saqeef lagi.

Intan menganggukkan kepalanya,”Bagaimana putera tahu nama patik?” soal Intan polos. Putera Saqeef sudah terketawa perlahan melihat kecomelan Intan.

“Beta tahulah kamu sebab kamu sering disebut oleh rakyat-rakyat di sana malah pengawal sini juga tahu akan kamu. Kamu berangkat ke negeri ni untuk berjual kah?”

“Ohh faham…betul putera, patik baru saja cuba berjual harini tapi patik sememangnya sudah tinggal di sini bersama—” ketika itu Intan baru saja tersedar ada Shah di belakang kerabat diraja itu.

“Shah!” tersenyum lebar Intan melihat Shah. Shah yang memang memerhatikan adegan itu sejak tadi, mampu menggelengkan kepalanya apabila Intan dengan selorohnya memanggilnya depan kerabat diraja itu.

Shah terus meluru kedepan kearah Intan dan berdiri di sebelah Intan. Lalu menunduk kepada kerabat diraja itu. “Ampunkan patik dengan Intan Tuanku” Shah sudah mengambil lengan Intan yang berlapik tu dan menjauhkan diri mereka 3 tapak kedepan.

“Intan! Apa ni? Kau buat apa berjual ditengah kerabat diraja meronda ni?” soal Shah dengan nada kerasa tapi cukup pada telinga Intan saja.

“Saya tak tahu pula ada kerabat diraja ingin meronda kawasan ni, lagipun elok saja orang lain berjual-jual? Kenapa saya tak boleh? Tujuan saya nak tolong mak Lela je” Intan bingung dengan Shah yang seperti cacing kepanasan itu.

“Yelah aku tahu tapi—” terberhenti perbualan mereka apabila dicelah oleh Raja Sakara. 

“Tidak usah kamu marah kepada Intan, Shah. Beta dan anakanda beta baik-baik saja. Beta lagi suka melihat rakyat beta jauh mengunjungi ke negeri lain untuk mendapat pendapatan demi keluarganya”

Habis saja Shah mendengarkan ayat yang dituturkan oleh Raja Sakara itu, dia mengeluh saja. Lalu dia menundukkan kepalanya kearah kerabat diraja itu.

“Dah, mari kita pulang. Beta mahu merehatkan diri kerana sudah betah berjalan lama-lama” arah Raja Sakara. Shah hanya menganggukkan kepalanya lalu dia melihat Intan. Mereka bersama-sama memandang satu sama lain sehinggalah..

“Intan? Boleh kamu ikut beta ke istana? Beta mahu tunjukkan rakyat beta yang digilakan oleh orang ramai..” soal Raja Sakara. Manakala Putera Saqeef sudah tersenyum suka kerana akhirnya perempuan yang dia sudah lama ingin tahu itu berada didepannya.

Intan dan Shah sudah tergamam dengan soalan yang berupa arahan itu. Semestinya arahan kerabat diraja tidak boleh dibantah malah harus diikuti. Dengan itu, Intan menganggukkan kepalanya lalu mereka bersama-sama berjalan beriringan menuju ke istana.

 Manakala Shah sudah tercengang dengan apa yang terjadi sekarang. Tiba-tiba saja Raja Sakara ingin membawa Intan masuk ke istana lepastu bawa berjumpa dengan Raja Mahapuri pula tu.

‘Ya Allah kau kuatkanlah aku menghadapi cabaran ini’

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Hikayat Cinta Paspuri [C]Where stories live. Discover now