Bab 35 ✨

40 20 0
                                    


“APA?!” Farid terlopong mendengarkan kenyataan yang baru disebut oleh Shah itu. Dia cuba melihat mata Shah jika ada penipuan di situ namun yang ada hanyalah kejujuran.

“Kau biar betul Shah? Hal kerabat diraja ni jangan di buat main—”

“Aku tak tipu lah! Betul lah apa yang aku cakapkan! Lantak kau lah nak percaya ke tak” malas Shah lagi mahu bercakap dengan Farid.

“Eh yelah yelah! Hah ceritalah, macam mana pula dia tu puteri raja kita? Dari mana pula kau tahu?” soalan bertubi-tubi dari Farid lagi. Shah hanya menjeling sekilas lalu barulah dia membuka cerita itu.

“Begini, mak aku yang bagitahu aku yang sebenarnya puteri yang selama ini ditunggu kepulangannya itu adalah Intan. Aku sendiri terkejut dengan kenyataan ni, namun selepas mak aku terangkan semuanya barulah aku faham sepenuhnya. Tapi Farid, tidak semua tahu yang puteri itu hidup lagi setelah kejadian itu dan juga telah dibawa ke negeri sebelah malah dijaga oleh dayangnya sendiri yang merangkap mak ayah angkat Intan”

Farid menganggukkan kepalanya, faham setelah diterangkan oleh Shah. Shah mengeluh kembali, “Sebabtu aku kusut Farid, aku tak tahu macam mana nak bagitahu Intan yang dia tu puteri yang ditunggu selama ni dan juga beritahu baginda perkara sebenar”

“Beritahu baginda perkara sebenar apa?” soal Farid polos.

“Ish kau ni! Baginda nak jumpa kekasih aku tu tetapi tidak tahu yang kekasih aku tu sebenarnya anaknya. Tulah juga yang aku serabut tu! Nanti macam mana tiba-tiba semuanya terbongkar lepastu nanti aku dipersalahkan? Aku takut Farid”

“Hmm betul juga…tak apa. Sekarang ni kau fikir dulu masak-masak. Aku cadangkan kau perlu bagitahu baginda dulu secara sendirian untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku kepada kau”

Shah anggukkan kepalanya sejurus itu dia baring menghadap siling. Dia mula memikirkan cara-cara untuk beritahu baginda nanti. Manakala Farid pula bergegas ke bilik air kerana sudah tidak tahan dari tadi. Cuma dia sempat menahan demi sahabatnya yang mengadakan sesi luahan tu.

*****

Pada keesokkan harinya, Shah dan Farid sedang mengiringi Raja Sakara dan Putera Saqeef menuju kearah dewan makan diraja. Farid terpaksa menggantikan Razim kerana diberi tugasan lain oleh Raja Mahapuri.

Selepas mereka makan dan bersembang dengan raja Mahapuri, kini mereka diiringi kembali oleh Shah dan Farid untuk pergi menerokai tempat kunjungan ramai orang iaitu pasar jual-jual.

Setelah mereka sampai disana, Raja Sakara serta puteranya sedang meneliti jual-jualan yang ada di sana. Mereka pergi dari satu kedai ke satu kedai ini malah juga banyak membeli barangan yang tidak pernah mereka nampak di negeri mereka.

Sedang Shah sibuk mengawasi mereka, dia ternampak satu figura yang amat dikenalinya. Ya itu adalah Intan yang sedang berjual makanan dalam bakul kayu. Dia terkejut dengan kehadiran Intan setelah beberapa hari.

Kemudian dia cuba menoleh belakang kearah Farid yang sudah mengangkat keningnya. Shah memberi petunjuk dengan mengerlingkan matanya kearah Intan.

Barulah Farid faham akan apa yang dimaksudkan Shah.Baru saja Shah ingin bergerak pergi kearah Intan namun ada yang memberhentikan langkahnya.

“Eh kamu Intan kan?” soal Putera Saqeef yang membuatkan semua orang diam termasuk Shah dan Farid yang terkejut dengan sergahan itu.

‘Macam mana dia tahu? Allahu, apa lagi dugaan ni?’ bisik hati Shah semakin serabut.
________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Hikayat Cinta Paspuri [C]Where stories live. Discover now