Intan yang sedang mengemas almari kecil di bahagian ruang tamu itu terlihat pelbagai gambar yang disediakan. Dia ambil satu gambar yang sangat lama itu. Rupanya gambar mereka berempat sekeluarga pada masa Shah dan adiknya masih kecil.Kemudian dia berlalu kepada gambar di sebelahnya lagi. Itu adalah gambar ketika dimana mereka bergambar dengan satu gambar kenangan adik Shah. Mungkin ketika itu, adik Shah sudah meninggal dunia akibat peristiwa hitam dahulu.
'Cantik orangnya, mungkin sebaya aku jika dia masih ada' bisik hati Intan.
Apabila dia sedang bermonolog sendiri itu, tiba-tiba ada suara garau yang memberi salam. "Assalamualaikum!." Tahulah dia itu adalah suara Shah. Lekas-lekas Intan mensyusun kembali gambar-gambar tersebut lalu menjawab salam itu.
"Waalaikumsalam tuan muda! Awal balik tuan muda?" soal Intan ramah. Shah hanya melihatnya sekilas lalu ikan-ikan yang dalam plastik itu diberikan kepada Intan.
"Eh apa ni?" Intan terkejut apabila Shah tiba-tiba memberikan plastik itu.
"Gajah." Shah jawab malas lalu dia sambung "Itu ikan lah comot! Haihh ye aku balik awal lah hari ni. Aku tak kerja sebab ni kau tak ingat ke? Haaaah aku diberi cuti sebab nil ah" ucap Shah sambil menunjuk tangannya yang dibalut oleh Intan semalam.
"Ohh betul juga heh. Baiklah terima kasih tuan muda, saya pergi dapur dulu" sengih Intan selepas itu berlalu ke dapur. Shah pula terus pergi masuk ke dalam biliknya.
*****
Shah dan Intan berasa kekok bersama apabila mak Lela menyuruh Intan untuk menyuapkan Shah. Inilah padahnya jika tangan kanan yang bermasalah bagi orang yang biasa tangan kanan.
Awalnya Intan dan Shah bantah tetapi takut menyusahkan mak Lela, akhirnya Intan pun menurut sajalah. Kini dia berada di sebelah Shah, sedang menyuakan sudu makanan itu terhadap Shah. Shah disisi hanya menjelingnya tetap enggan mahu disuapkan.
Malu dia kena suap dengan berlawanan jantina selain mak nya namun Intan menjegilkan matanya dan melirik kearah mak Lela. Maka haruslah Shah turuti juga lalu dia membuka mulutnya dan Intan pun menyuapkannya.
Licin sahaja pinggan itu oleh Shah. 'Sedap juga bila ada orang suapkan' bisik hati Shah. Intan pula berlalu ingin membasuh semua pinggan-pinggan itu. Shah pula selepas cuci tangan kirinya terus dia berlalu masuk ke dalam biliknya meninggalkan Intan di dapur.
*****
Pada petang itu, Intan tidak tahu nak buat apa lagi kerja rumahnya. Tiba-tiba dia teringat yang halaman luar di hadapan belum dia usaha membersihkan. Lalu dia terus keluar selepas memakai tudungnya.
Sudahnya di luar, dia mengambil penyapu lidi yang panjang sikit supaya dia senang, tidaklah sakit badannya nanti.Namun apabila dia sedang menyapu, dia melihat dua orang lelaki menghampirinya dengan senyuman yang manis (pahit) diberikan.
Intan pula sudah merasa seram tetapi dia balas sajalah senyuman mereka. Apabila mereka sudah berdapanan, seorang lelaki daripada mereka bertanya.
"Assalamualaikum, ni perempuan cantik macam awak ni siapa? Orang baru tempat sini kah? Tidak pula pernah jumpa."
"Waalaikumsalam, ye saya orang baru dekat sini dan saya pembantu rumah ni" jawab Intan dengan nada takut.
"Ohh rumah ni-eyh! Rumah mak Lela dan Shah kah? Faham, pandai juga mak Lela cari perempuan cantik macam kamu ni. Elok dah jadi isteri ni"senyum ngeri diberikan kepada Intan.
Intan sudah semakin seram dengan pujian lelaki itu namun dia buntu bagaimana nak elakkan diri dari mereka.
*****
Sementelah itu, Shah yang baru nak tidur petang itu terganggu dek kerana bunyi bising di luar rumahnya itu."Apalah yang bising sangat dekat luar ni...." Shah pun bangun dari katil nya lalu pergi keluar bilik hendak menjenguk apa ada yang kecoh sangat di luar itu.
Sebelum dia tiba di pintu rumahnya, dia terdengar perbualan lelaki dan perempuan. Lalu dia pun cuba mendengar percakapan mereka namun jaraknya itu membatasi pendengarannya hinggalah dia mendengar ayat yang boleh membuatkan telinganya berasap merah.
".........Elok dah jadi isteri ni"
"Yelah , jadi isteri aku lah HAHAHHA" ejek seorang lagi dan mereka ketawa pula sepuasnya.
'Hrmp dasar lelaki miang! Tak boleh jadi ni!' marah Shah. Terus dia pergi keluar dan menunjukkan kedatangannya depan lelaki-lelaki miang itu.
"WOI! KAU ORANG NI TAK ADA KERJA KE NAK BUAT SELAIN MENGACAU ANAK DARA ORANG HAH?! BAIK KAU ORANG BERAMBUS SEBELUM AKU...."
Intan yang terkejut dengan jerkahan kasar itu terus menoleh ke belakang. Rupanya Shah yang berkata kasar tadi dan nampaknya Shah pun sudah menjadi singa yang laparkan daging di hadapannya itu.
Selepas mendengarkan ugutan dari Shah, mereka pun terus berlari lintang-pukang dari situ. Takut dengan Shah yang sudah semestinya terkenal dengan sifat garangnya.
Selepas itu, Shah pun melihat Intan yang takut-takut itu. Dia menjeling saja Intan lalu menyuruh Intan masuk ke dalam rumah. Pantas Intan masuk ke dalam rumah itu membiarkan penyapu lidi tadi di tanah.
Shah pula mengeluh saja dan ikut juga masuk ke dalam rumah untuk menyambung tidurnya.
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
Hikayat Cinta Paspuri [C]
Romance[Book 1] [Hikayat Series 1] Negeri Manwura adalah negeri yg terkenal dengan rakyat nya yg setia dan patuh terhadap Raja Mahapuri. Juga terkenal dengan keramaian ahli pahlawan yang gagah dan kebal di kalangan rakyat itu. Indera Shah adalah salah sat...