Bab 68 ✨

51 18 0
                                    


Setelah beberapa lama, akhirnya mereka tiba di taman istana itu. Di sana hanya terdiri dari beberapa angkatan, pihak atasan malah imam kadi dan baginda juga.

Intan diiring oleh mak Aziza dan mak Lela untuk pergi duduk di tempat khas pihak perempuan. Setelah duduk, dia mengusik sikit tempat duduknya agar selesa sebelum pandang ke hadapan.

Intan termalu sendiri apabila dia berhadapan dengan Shah yang sedang memerhatikannya sejak tadi. Shah kini duduk berhadapab baginda yang sebagai wali kepada Intan.

Shah senyum kearah Intan sebelum dicelah oleh deheman baginda. “Nak tenung puas-puas nantilah lepas kamu akadkan anak beta ni dulu…sabar kejap” Semua orang di taman itu terketawa.

Shah menunduk saja kerana malu diusik begitu rupa. “Baiklah, kita mulakan Tuanku?” ujar imam kadi itu. Baginda mengangguk sebelum doa-doa dibacakan. Selepas itu barulah baginda bersalam dengan Shah.

“Baiklah…Panglima Indera Shah bin Panglima Indera Zaharuddin?”

Shah menghembuskan nafasnya dulu sebelum menyahut. “Ya patik?”

“Beta nikahkan kamu dengan puteri beta iaitu Puteri Intan Mawarti binti Raja Mahapuri Agong dengan mahar yang tersebut”

“Patik terima” Akibat terlalu gementar itu yang dia tersalah cakap. Pertuturannya itu mengundang ketawa semua orang termasuk baginda.

“Jangan kalut sangat Shah, beta tak makan kamu” ujar baginda masih dengan sisa ketawanya. Shah sengih malu sebelum menarik nafasnya apabila baginda memulakan semula ijabnya.

“Patik terima nikahnya Puteri Intan Mawarti binti Raja Mahapuri Agong dengan mahar yang tersebut” Akhirnya terlepas juga qabulnya itu dan saksi-saksi menyebut ‘sah’ di sisi baginda dan Shah.

Kedengaran bunyi tembakan meriam menandakan ijab qabul pernikahan diraja telah selamat berjalan dengan lancar. Doa-doa dibaca sebelum Shah diarah untuk berdiri dan bersalam dengan baginda dan lain-lain.

Dia melangkah kearah Intan dengan perasaan yang bercampur gembira, sedih, malu. Dia sedih kerana abahnya dan adiknya tidak dapat menyaksikan hari bahagianya namun dia tahu arwah melihat dari atas inshaallah.

“Assalamualaikum sayang abang…” ucap Shah kepada Intan yang sudah menunduk itu. “Waalaikumsalam….a-abang” balas Intan. Shah tersenyum kearah Intan apabila mereka memandang satu sama lain.

“Intan, salam lah suami tu” ujar mak Aziza. Intan awalnya teragak-agak hendak menyalam tangan Shah tapi akhirnya dia laksanakan juga. Shah mula meletakkan tangannya di atas kepala Intan dan membaca doa.

Setelah itu, barulah Shah mengucup dahi Intan dan mulalah juru gambar mengambil kenangan indah itu. Lalu barulah Shah menarik Intan untuk berdiri di sebelahnya dan berjalan keluar ingin pergi ke tempat beranda istana dimana di sana boleh nampak rakyat-rakyat yang sedang menunggu di luar istana.

Semasa di beranda itu, Shah sempat memegang tidak lepas tangan Intan. Mereka bersama-sama melambai rakyat-rakyat sekalian yang telah bersorak gembira bagi mereka.

“Terima kasih kerana terima aku yang serba kekurangan ni Intan sayang” tiba-tiba Shah berkata sambil tangan yang masih melambai.
Intan menoleh kearahnya dan senyum, “Terima kasih juga awak untuk terima saya…kita sama-sama ada kekurangan dan dengan perkahwinan ni kita dapat melengkapi satu sama lain..”

Shah tersenyum lalu mengucup lagi dahi Intan lama hingga mengundang sorakkan ramai rakyat lagi. Mereka terketawa bahagia malah baginda dan mak-mak dibelakang juga bahagia melihat kebahagiaan anak mereka.

Setelah habis majlis akad nikah, mereka terus mengadakan majlis perkahwinan (resepsi) di dewan besar itu juga. Malah keesokkan harinya pula majlis kenaikkan takhta Intan dan Shah sebagai raja dan permaisuri baru di negeri itu.

“Saya sayang abang dunia akhirat” ucap Intan.

“Abang sayang Intan dunia akhirat juga” ucap Shah setelah itu melabuhkan ciuman di dahi intan.

Tamat

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Hikayat Cinta Paspuri [C]Where stories live. Discover now