*BUK*
Buku modul matematik dihempaskan di atas meja Airis. Siapa lagi yang menghempaskan buku tersebut kalau bukan seorang pelajar lelaki yang digila-gilakan di mata murid perempuan di sekolah ini. Ya, dialah Emir Ayden. Seorang yang keras kepala dan suka membuli budak nerd di sekolah ini. Emir akan mencari mangsa yang nerd dalam kelasnya dan membuli mereka. Dia sering berasa tidak puas hati bila melihat segelintir murid yang pura-pura busy padahal mereka hanya malas untuk membuang masa dengan benda yang tidak berfaedah.
Airis memandang ke arah figura yang berada di depannya ini dengan kening yang berkerut.
'Tak de adab ke mamat ni main hempas je, tak nampak ke aku tengah menulis. Sabar Airis sabar, orang baik kene banyak bersabar' kata Airis dalam hatinya.
"Aku nak kau buatkan kerja math yang Cikgu Zurina bagi semalam, aku tahu selepas rehat kau dah siapkan. Kalau tak tahu la apa aku nak buat" kata Emir dengan nada dingin dan terus ingin melangkah keluar kelas memandangkan telah masuk waktu rehat.
"Eh awak!" Langkah Emir terhenti apabila mendengar panggilan dari Airis lalu dia berpusing dan memandang Airis dengan sebelah kening terangkat.
"Erm kenapa saya yang kene buatkan, ini kan kerja awak tanggungjawab awak jadi awak lah buat sendiri dan saya tak rasa sempat nak bagi awak selepas rehat sebab banyak latihan yang awak tak buat lagi. Lagipun sekarang tengah waktu rehat-" terhenti kata-kata Airis apabila Emir berjalan menghampirinya. Dirinya takut melihat Emir yang serupa mahu mengamuk itu.
"Wah, dah pandai membebel ye sekarang, aku pantang orang lawan cakap aku. Aku tak kira, aku nak kau siapkan juga. Ada aku kisah kau tak makan time rehat nanti aku tahu kau siapkan jugak!" bisik Emir tetapi nadanya kedengaran cukup tegas. Lalu Emir terus keluar pergi ke kantin bersama Amsyar dan Lukman.
"hm, takpe la Airis harini je kau tak pergi rehat tak mati pun, baik aku buat apa yang dia suruh sebelum lagi teruk aku kena" gumam Airis sendirian.
***
"Airis Emyra Binti Azhar Emran" sebutnya dengan nada tegas.
Terhenti langkah Airis apabila mendengar nama penuhnya disebut oleh seseorang. Ya, suara itu sangat familiar. Sudah 6 tahun mereka tidak bertemu, alangkah terkejutnya dia apabila bertemu semasa lelaki itu menjadi partner projek untuk syarikat yang dia berkerja sekarang ini.
Dengan penuh karisma, lelaki itu berjalan ke depan Airis. "It's been a long time not seeing you, Airis" sambil tersenyum.
"Erm sorry I need to go, saya dah lambat banyak kerja yang saya kena buat. And for your information Encik Emir my name is not Airis" kata Airis dengan tidak beriak. Airis meneruskan langkahnya tetapi langkahnya dihalang apabila Emir memegang lengannya yang berlapik dengan blouse putih.
"Wait, I know you're Airis. We had been a classmate 6 years ago. Stop acting Airis."
"EMYRAAA cepatlah nanti lambat nak masuk kerja ni waktu lunch dah nak habis" kata Mawar merangkap kawan baiknya itu yang sudah menunggunya di pintu kereta.
Terus lengannya direntap kasar dari pegangan Emir. "Don't touch me. And awak dah dengarkan tadi my name is Emyra. Airis dah lama mati sejak 6 tahun yang lepas, stop kacau saya and kita just kenalan untuk kerja sahaja. Assalamualaikum" Airis terus bukak langkahnya menuju ke Mawar.
Emir terdiam. Dia tidak sangka gadis yang dulunya nerd dan nampak ceria itu telah berubah menjadi seorang yang garang dan dingin. Ini semua salahnya, kerana sikapnya yang sanggup memalukan gadis itu perkara ini tidak akan jadi. Dia mengaku sejak perkara 6 tahun yang lepas itu berlaku, dia berasa bersalah pada gadis itu. Jika kawannya Lukman dan Amsyar tidak memberi ceramah kepadanya, dia takkan nampak bahawa perbuatannya itu sangat melampau. Dia mahu meminta maaf tetapi sudah terlambat, gadis itu telah berpindah ke overseas.
Mampukah dia memujuk hati gadis lembut itu semula atau tidak?
YOU ARE READING
BUNGA MILIKNYA | C
Romancemy 1st story "Aku nak kau buatkan kerja math yang Cikgu Zurina bagi semalam, aku tahu selepas rehat kau dah siapkan. Kalau tak, tahu la apa aku nak buat" " - Emir Ayden "Saya tak rasa saya sempat nak siapkan ni, sekarang dah masuk waktu rehat" - Ai...