BAB 55

578 28 2
                                    

Airis memandang Emir yang sedang memandu itu. Dia mahu meminta sesuatu tapi dia takut mengganggu Emir. Mereka dalam perjalanan untuk ke rumah keluarga Airis ,dah lama mereka tidak menjenguk kedua-dua orang tuanya.

Emir melirik sekejap ke arah Airis yang tidak senang duduk itu lalu dia tersenyum nipis. 'ada la tu benda yang dia nak', bisik hatinya.

"Sayang nak apa? Cakap je, kita dah on the way pergi rumah ibu ni."kata Emir sambil fokus pada pemanduannya.

Terus Airis tersenyum malu bila Emir bertanya, "erm abang...erm Ris nak hot chocolate dengan cream cake boleh?" Pinta Airis dengan mata comelnya.

Emir memandang Airis sekilas, "cream cake? Sejak bila sayang makan cream cake ni." Tanya Emir dengan kening berkerut. Setahunya Airis hanya makan chocolate cake sahaja.

Cemberut muka Airis bila Emir seperti mempertikaikan pilihannya, "Ris teringin la abang. Ris nak rasa je pleaseee." Airis merayu lagi.

Emir tersenyum tipis. 'haih manjanya dia ni.' bisik hati Emir. "Err, okayy. Tapi nanti la eh? Lepas balik dari rumah ibu, baru kita pergi beli ye?"

"Tapi Ris nak sekarang abang..." rengek Airis. "Ris nak dekat cafe Sofea tu, pleaseee" merayu dia lagi.

'ni lemah ni. Ni kalau tak ikut nanti, ada yang berlaku perang dingin lagi." bisik hatinya. "Err okay-okay kita pergi sekarang." Emir segera membuat pusingan u-turn, kembali ke arah kafe Sofea yang sudah terlepas.

"Hi kak Sofea, Encik Emir! Nak order apa harini?" Sofea menyambut mereka dengan ceria.

"Hi Sofea" kata mereka serentak dengan senyuman. "Erm ni ha kakak kesayangan awak ni dia nak hot chocolate dengan cream cake satu." Kata Emir sambil memandang Airis yang tersenyum lebar.

Sofea terkebil "Ouh? Kak Airis makan cream cake ke? Selalunya mintak cake chocolate je."

"Ehe saja akak nak tukar selera. Bagi akak satu hot chocolate dengan 4 potong cream cake ye. Encik Emir yang bayar." Airis tersenyum lebar

Sofea dan Emir sudah tercengang mendengar permintaan Airis. "4 sayang?? Banyaknya, siapa yang nak makan banyak-banyak tu." Tanya Emir dengan kening berkerut.

"Ee satu tu Airis kongsi dengan abang. Lagi 3 tu untuk ibu, ayah dengan bang kif. Boleh kan abang??" Tanya Airis dengan wajah comel.

Emir tiada pilihan lain, hanya mengiyakan saja permintaan isterinya. Demi isteri tersayang dia sanggup menurut segala permintaan isterinya. "Aa boleh la. Bagi kitorang apa macam kak Airis minta tu, Sofea. Saya bayar guna card." Terus Emir mengeluarkan cardnya. Airis sudah tersenyum lebar.

🌷🌷🌷


"Sayang, tunggu du-" tak sempat Emir menahan isterinya, Airis sudah keluar dari kereta dahulu.

DUSH

Pintu kereta Emir di tutup dengan kuat kerana tangannya penuh. Emir hanya bersabar dan menggelengkan kepalanya je.

'sian kereta aku tak pasal-pasal kena tutup kuat, nasib tak ada yang rosak' kata Emir dalam hati sebelum keluar mengikut isterinya.

"Assalamualaikum ibu, ayah!" Ucap Airis dengan gembira lalu dia melangkah masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumussalam Ris!" Puan Julia menyambut kehadiran Airis.

Airis tersenyum, "ni ada kek untuk ibu, ayah dengan bang kif." Airis menghulurkan kek yang dibelo tadi pada ibunya.

"Susah-susah je Ris ni. Tak payah la bawak apa-apa kalau datang sini." Kata Ibunya.

"Eh anak ayah balik dah. " Kata Encik Azhar yang baru saja masuk dari laman belakang. Airis terus menyalam tangan ayahnya.

BUNGA MILIKNYA | CWhere stories live. Discover now