"Dik oo dik" Aakif memanggil adiknya yang sedang termenung jauh.
"Hm" balas Airis sepatah.
"Jauh termenung. Fikir apa? Kau okay tak ni?" Tanya Aakif lalu mengambil tempat duduk di sebelah kerusi Airis. Dia tahu kalau Airis diam sepanjang hari dan termenung mesti ada sesuatu terjadi.
"Tak ada pape..Ris okay je" jawabnya nak tak nak.
"Ye ke? Ris tak boleh tipu abang lah. Abang kenal adik abang macam mana. Tak nak cerita dengan abanga ke?" Kata Aakif.
"Betul, tak ada pape la bang. Jangan risau okay? Ni abang nak apa ni. Kalau tak ada benda yang abang nak, tak adanya abang nak kacau Ris." Kata Airis sambil memandang ke arah abangnya.
"Hehe, ibu suruh pegi supermarket. Jom teman abang." Kata Aakif sambil membuat muka comel.
"Hm dah agak dah. Airis malas la bang. Pergi je lah" kata Airis dengan malas.
"Ala teman la. Abang tak nak pergi sorang-sorang, kalau salah beli nanti membebel pulak ibu." Merayu Aakif.
"Tu la bang ,ibu dah suruh cari kakak ipar untuk Ris. Abang kata malas, so padan la muka alone." Ejek Airis.
"Eh eh budak ni ke situ pulak dia. Tak ada kena mengena kakak ipar ke abang ipar ke adik ipar ke, sekarang ni Airis kena ikut abang jugak." Kata Aakif muktamad.
"Hm ye la ye la. Sebagai upah temankan abang ni nanti belanja Ris skincare, skintific Ris dah nak habis dah." Kata Airis sebelum berlalu pergi untik bersiap.
"Haih ada aja demand budak ni. Dia ingat abang dia cop duit ke" kata Aakif.
"Ibu suruh beli apa abang." Tanya Airis
"Hm kalau tengok sini ada sayur, ayam, hm barang buat kek lagi sabun pencuci." Kata Aakif sambil melihat senarai yang ditulis ibunya. Airis mengangguk tanda faham.
"Abang pergi la bahagian lauk , Ris pergi barang kering okay?" Airis menunjuk tanda okay pada abangnya
"Ha pegi la" kata Aakif sebelum bergerak pergi.
"Erm rasanya macam dah cukup dah barang-barang ibu ni." Kata Airis sendirian sambi melihat barang-barang yang berada di dalam trolinya. Dia check dengan telitinya takut jika ada yang barang yang terlepas pandang.
"Okay cukup!" Katanya sambil senyum sendiri.
"Ish tingginya cekelat nii!" Kata seorang budak lelaki yang berada di sebelah Airis. Dia melompat-lompat cuba untuk mengambil chocolate crispy dino di row ketiga rak tersebut tetapi tidak berjaya kerana keberadaan coklat tersebut sangatlah tinggi dari ketinggiannya.
Airis yang perasan akan gelagat budak lelaki itu terus menunduk sedikit dirinya agar ketinggian mereka sama. "Adik nak kakak tolong? Adik nak amik chocolate yang mana?" tanya Airis sambil tersenyum manis.
"Ed nak tu. Cekelat dino tu." Edrian menunjuk ke arah chocolate yang dia nak dengan muka yang comel.
"Ni?" Airis mengambil chocolate yang ditunjukkan oleh Edrian tadi lalu memberi kepadanya.
Edrian mengangguk laju sambil tersenyum. Dia mengambil chocolate yang dihulurkan oleh Airis tadi lalu membawa ke dalam pelukannya.
"Terima kasih kakak cantik!" Ucap Emir dengan teruja.
Airis yang lihat gelagat budak lelaki di hadapannya ini tersenyum lebar. "Sama-sama adik comel." Airis memberi head pat pada Edrian.
"Edrian!! Dekat sini rupanya, puas Pak Ngah cari merata tahu tak!" Kata Emir yang dalam perjalan ke arah anak buahnya itu.
YOU ARE READING
BUNGA MILIKNYA | C
Romancemy 1st story "Aku nak kau buatkan kerja math yang Cikgu Zurina bagi semalam, aku tahu selepas rehat kau dah siapkan. Kalau tak, tahu la apa aku nak buat" " - Emir Ayden "Saya tak rasa saya sempat nak siapkan ni, sekarang dah masuk waktu rehat" - Ai...