BAB 66

592 28 0
                                    


“Sayang...” Suara Emir bergema lembut, memecah keheningan malam ketika dia berjalan perlahan menuju Airis.

Airis yang baru selesai saja menyiapkan Areez segera menoleh, pandangannya tertumpu pada suaminya. “Ye? Kenapa abang?” tanyanya lembut, penuh dengan rasa ingin tahu. Tangannya masih perlahan menepuk sisi Areez yang kini semakin lena dalam dakapannya. Dia memastikan anak mereka selesa.

Emir melabuhkan dirinya di sebelah Airis sambil memandang ke arah anak kecil yang tenang itu. Dia kembali merenung wajah isteri tercinta. “Sayang… abang ada plan hujung minggu ni. Ris okay tak kalau kita tinggalkan Areez dekat rumah mama sekejap je? Abang nak bawak Ris pergi satu tempat,” ujar Emir dengan suara yang perlahan tetapi penuh keyakinan. Dia memandang Airis dan berharap jawapan positif dari isterinya.

Airis mengerutkan dahinya sedikit,  “Hujung minggu ni? Abang nak bawa Ris pergi mana?” tanyanya kembali dengan rasa sedikit was-was. Hatinya sedikit bimbang memikirkan untuk meninggalkan Areez walaupun hanya sekejap.

Emir tersenyum kecil, seolah-olah telah menjangkakan soalan itu. “Hm... adalah. Kalau abang bagitahu sekarang, hilanglah surprise-nya nanti. Abang janji, tempat tu akan buat Ris gembira. Boleh tak sayang?” tanyanya lagi dengan suara yang memujuk sambil tangan kanan mengusap lembut tangan isterinya.

Airis terdiam sejenak, fikirannya berputar. Sejak Areez lahir, dia jarang meninggalkan anak kecil itu lebih dari beberapa jam. 'Boleh ke anaknya berenggang seketika?' bisik hatinya

“Tapi... Areez boleh ke kalau lama-lama tak ada Ris? Nanti kalau dia menangis macam mana?” suaranya perlahan, tetapi jelas menampakkan kerisauannya. Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa, lebih-lebih lagi ibu mertuanya.

Emir segera menggenggam tangan Airis dengan lembut, memberikan keyakinan padanya. “Sayang, jangan risau. Mama dah biasa jaga Areez. Lagipun, kita tak lama, sekejap je. Kalau ada apa-apa, mama mesti call. Abang janji kita akan balik sebelum malam.” Dia tersenyum, cuba menenangkan hati isterinya yang jelas gusar.

Airis memandang wajah suaminya dalam-dalam. Dia tahu Emir jarang meminta sesuatu seperti ini. Ada sesuatu yang istimewa sedang dirancang oleh suaminya. Akhirnya, dengan nafas yang panjang, dia mengangguk perlahan. “Okay... Ris ikut abang." katanya, sedikit senyum terukir di bibirnya.

Emir tersenyum lebar, gembira dengan persetujuan Airis.

Hujung minggu yang dinanti tiba. Hari itu, Emir dan Airis kelihatan segak dalam pakaian sedondon berwarna biru, memberikan aura yang serasi antara mereka berdua. Seperti pasangan yang baru bercinta. Sementara Areez, yang kini dalam pelukan Datin Emma, terlihat tenang.

“Kamu berdua pakai sedondon ni nak  pergi mana?” tegur Datin Emma sambil tersenyum. Pandangannya tak lepas memerhati anak dan menantu yang kelihatan begitu berseri-seri.

“Hehe, ada la, mama. Tapi Mir janji tak lama, sekejap je. Malam nanti kami balik ambil Reez,” jawab Emir sambil tersengih, cuba menyembunyikan kejutan yang dirancangnya.

“Ris minta maaf mama, kalau susahkan mama jaga Areez. Kalau ada apa-apa nanti, mama call je kami terus tau,” tambah Airis dengan rasa sedikit bersalah kerana meninggalkan anaknya sekejap.

Datin Emma ketawa kecil. “Ish, mana ada susahkan mama. Areez ni kan cucu mama, tak ada masalah la Kamu berdua jangan risau, dia okay je dengan mama. Lagi satu, pergilah enjoy masa kamu berdua tu. Bila lagi kan?” Datin Emma mengerling ke arah Emir. Dia mengizinkan mereka untuk meluangkan masa bersama sementara Areez berada dalam jagaannya.

Emir tersenyum lebar, rasa syukur dalam hati kerana ibunys memahami. “Terima kasih, mama. Kami gerak dulu, ya. Nanti kalau ada apa-apa, mama call je. Tak lama pun kami pergi,” ucapnya sebelum dia menyalami tangan ibunya dengan penuh hormat dan mencium lembut sebagai tanda kasih. Airis juga melakukan perkara yang sama.

BUNGA MILIKNYA | CWhere stories live. Discover now