BAB 3

619 24 0
                                    

"Airis Emyra Binti Azhar Emran" PK Hem menyebut nama penuhnya.

"Ya saya".  Sekarang ni Airis berada di pejabat sekolah untuk sesi mendaftar sebagai murid baharu di sekolah itu.

"Disebabkan awak berpindah kesini dalam masa 8 bulan sebelum SPM, saya rasa awak mungkin tiada masalah untuk catch up balik pembelajaran di sini sebab kalau tengok dari prestasi awak sebelum ni di sekolah lama, awak merupakan pelajar cemerlang." Puan Nik berkata sambil tersenyum ke arah Airis.

Airis mendengar kata-kata Puan Nik itu seperti pujian lalu dia senyum kembali kepada Puan Nik. "Insya-Allah cikgu, saya akan cuba yang terbaik untuk belajar disini"

"Okay baiklah Airis, semoga maju jaya awak boleh ikut Cikgu Zurina selaku guru kelas awak untuk masuk ke kelas". Airis akur dengan kata-kata Puan Nik lalu menyalam tangan gurunya tanda hormat.

Keadaan yang bising di kelas 5 Zuhal bertukar senyap sedikit apabila guru kelasnya masuk ke dalam kelas. Murid-murid di kelas 5 Zuhal memberi salam kepada Cikgu Zurina sebagai tanda hormat mereka.

"Okay kelas, semua boleh duduk. Harini kamu semua akan ada ahli baru dalam kelas ni. Saya harap kamu semua boleh beri kerjasama dan tunjuk ajar kepada dia ya"

"Cikgu lelaki ke perempuan cikgu" Arif mengangkat tangan lalu tanya soalan kepada guru kelasnya dengan teruja,

"Perempuan" jawab gurunya. "Silakan masuk Airis" Cikgu Zurina mempelawa Airis untuk masuk ke kelas. Lalu Airis masuk ke kelas itu dengan penuh sopan dan ayu.

"Kelas, ini Airis pelajar baru untuk kelas ini. Airis kamu boleh perkenalkan diri kepada mereka. Jangan takut mereka semua okey sahaja". "Baik cikgu" tersenyum manis Airis dekat guru kelasnya.

"Assalamualaikum semua, nama saya Airis Emyra Bint Azhar Emran. You guys can call me Airis dan saya harap semua boleh beri tunjuk ajar kepada saya" Airis memberikan senyuman manis kepada rakan sekelasnya sekaligus untuk menutup rasa gugup apabila dia mendapat perhatian dari semua rakan sekelasnya terutama sekali lelaki yang berada di belakang sekali. Dia perasan lelaki itu merenungnya seperti mahu memakan orang.

'Not bad' kata lelaki itu.

"Okay Airis, kamu boleh duduk di sebelah Dahlia. Tak silap cikgu sebelah kamu tiada orang kan Dahlia?"

"Ya betul cikgu." Dahlia melambai ke arah Airis untuk mengajaknya duduk disebelahnya lalu dia juga sudah menarik kerusi untuk Airis.

Airis berjalan ke arah Dahlia dan berkata "Terima kasih" sambil tersenyum ke arah Dahlia. Yang Airis takutkan sekarang ini dia hanya duduk 2 jarak dari kedudukan meja lelaki yang merenungnya tadi.

'Harap-haraplah semuanya okay dan berjalan lancar'.










Hampir sebulan Airis bersekolah di High School Jaya, hari-hari Airis di sekolah baru ini tiada la teruk mana seperti yang disangkakannya. Pelajar di kelasnya semua baik dan sering membantunya apabila memerlukan pertolongan. Namun, hanya seorang pelajar di dalam kelas itu seperti kurang senang dengan kehadiran Airis, sejak dua menjak inj ada sahaja benda yang lelaki itu buat untuk menyakitkan hati Airis. Tolong buat kerja sekolah lah, pergi sana ,pergi sini seperti membuli.

Di sekolah baru ni, Airis banyak mendiamkan diri kerana masih belum sesuaikan dirinya, jadi dia sering membuat ulang kaji di meja dari membuang masa membuat kerja tidak berfaedah. Kadang-kadang dia akan berbual dengan Dahlia, Dahlia mengingatkan dia kepada Mawar kerana dia senang bergaul dan berasa selesa apabila berkawan dengan Dahlia. Dia rindu akan kawannya yang sorang itu.

Sedang Airis membuat nota subjek sejarah di mejanya, tiba-tiba

*BUK*

Satu buku modul matematik dihempaskan di atas meja Airis. Siapa lagi yang menghempaskan buku tersebut kalau bukan seorang pelajar lelaki yang digila-gilakan di mata murid Perempuan di sekolah ini. Ya, dialah Emir Ayden. Dia adalah salah seorang atlet bola tampar di sekolah itu dan sudah semestinya dia menjadi kegilaan dikalangan pelajar perempuan kerana wajahnya yang tampan. Dia juga lebih mementingkan sukan dari pembelajaran. Emir sering mengganggu hari-hari Airis atas sebab tidak suka melihat orang yang sentiasa belajar. Baginya perbuatan itu semua hanya palsu dan menunjuk-nunjuk. Dengar dari mulut pelajar kelas ini, Emir sering berasa tidak puas hati bila melihat segelintir murid yang pura-pura busy padahal mereka ini malas untuk membuang masa dengan benda yang tidak berfaedah. Jadi lelaki itu akan mengganggu hari mereka.

Airis memandang ke arah figura yang berada di depannya ini dengan kening yang berkerut.

'Tak ada adab ke mamat ni main hempas je, tak nampak ke aku tengah menulis. Sabar Airis sabar, orang baik kene banyak bersabar' kata Airis dalam hatinya.

"Aku nak kau buatkan kerja math yang Cikgu Zurina bagi semalam. Aku tahu selepas rehat kau dah siapkan. Kalau tak, tahu la apa aku nak buat" kata Emir dengan nada dingin dan terus ingin melangkah keluar kelas memandangkan telah masuk waktu rehat.

"Eh awak!" Langkah Emir terhenti apabila mendengar panggilan dari Airis lalu dia berpusing semula dan memandang Airis dengan sebelah kening terangkat.

"Erm kenapa saya yang kena buatkan, ni kan kerja awak tanggungjawab awak jadi awak lah buat sendiri dan saya tak rasa sempat nak bagi awak selepas rehat sebab banyak latihan yang awak tak buat lagi. Lagipun sekarang tengah waktu rehat-" terhenti kata-kata Airis apabila Emir berjalan menghampirinya. Dirinya takut melihat Emir yang serupa mahu mengamuk itu.

"Wah, dah pandai membebel ye sekarang, aku pantang orang lawan cakap aku. Aku tak kira aku nak kau siapkan juga. Ada aku kisah kau tak makan masa rehat nanti aku tahu kau siapkan jugak!" bisik Emir tetapi nadanya kedengaran cukup tegas. Lalu Emir terus keluar pergi ke kantin bersama Amsyar dan Lukman.

"hm, tak apa la Airis harini je kau tak pergi rehat tak mati pun, baik aku buat apa yang dia suruh sebelum lagi teruk aku kena" gumam Airis sendirian.

Nasib la tiada pelajar lain di dalam kelas itu, kalau tak mahu malu dibuatnya apabila kena tegur sebegitu dengan lelaki itu.


Bahu Emir di cuit oleh Lukman.

"Weh Mir kau buat apa lagi dekat budak baru tu. Sian dia mir dah la waktu rehat kau kacau dia"

"Takde la berat mana aku suruh dia buat kerja math aku je, dia kan terlebih rajin jadi aku cuma nak tambah kerja dia je" cakap Emir dengan nada tanpa rasa serba salah.

"Weh kau tak penat ke buli dia je. Ni kalau bestie dia tahu mampos kau mir kena berleter je" sambung Amsyar pula.

"Tah mir kau jangan sampai dia report kau kat guru disiplin" sokong Lukman.

"Ala korang ni rileks la aku jamin dia tak berani punya nak report ,budak nerd macam tu mesti takut dengan aku. And pasal member dia tu kalau tak ada siapa yang terlepas cakap tak ada nya nak mengamuk kat aku lah" terus dia side eyes dekat Amsyar. Siapa je tak tahu si Amsyar ni ada hati dekat Dahlia tapi tanak confess.

Amsyar sengih sahaja mendengarnya.

"Harap je cantik tapi nerd" kata Emir lalu teruskan langkahnya ke kantin untuk mengisi perut. Ya dia mengaku Airis lawa tetapi perwatakannya yang sering dengan halnya sendiri membuatkan dia rasa tidak senang dan menyebabkan dia mengganggu hari-hari Airis.

BUNGA MILIKNYA | CWhere stories live. Discover now