Malam itu mereka mengadakan barbeque sebagai makan malam. Jadi sesetengah pelajar lelaki di minta untuk mengendali bahagian memasak manakala pelajar perempuan pula akan menyediakan tempat untuk mereka makan malam
“Awak nak ayam ni ke Airis?” tanya Arif bila dia nampak Airis yang dari tadi menunggu di tempat itu. Airis lantas mengangguk sambil senyum malu. Dahlia dia dah pergi cari tempat makan dulu memandangkan gadis itu telah mengambil makan malamnya.
“Nah ambil lah” Arif meletakkan dua ayam peha dalam pinggan Airis.
“Terima kasih Arif, tahu-tahu je saya suka bahagian peha kan” ucap Airis dengan riang.
“Ala perempuankan mesti diorang suka bahagian peha, saya ada adik jadi saya tahu.” gelak kecil Arif.
Emir yang disebelah Arif sedang mengipas arang itu melihat sahaja Arif dan Airis yang sedang berbual mesra itu. Wujudlah rasa tidak senang dalam hati Emir sehingga dia mengipas terlalu kuat sampai debu dari arang itu terkena mata Airis.“Argh” terus Airis menutup matanya guna sebelah tangan apabila terasa pedih.
Risau Arif melihatnya lalu menanyakan keadaan Airis jika dia okay atau tidak. “Mata saya pedih macam ada masuk something” kata Airis.
“Meh saya tengokkan”. Airis memandang ke arah Arif dan terus lelaki itu meletakkan sedikit air di bahagian mata Airis yang pedih untuk meredakannya.
“Okay dah?” tanya Arif dengan penuh rasa ambil berat pada Airis. Airis mengangguk sekali lagi dan senyum kepada Arif.
Emir yang tengok mereka berdua dihadapannya itu terus mencampak kipas di dada Amsyar. “Kau buatlah ni aku malas” kata Emir dingin lalu dia pergi ke tempat lain.
“Oi sakitlah, haih apa kena la mamat ni tiba-tiba je moody” tanya Amsyar. Dia hanya menggeleng saja melihat perangai kawan dia yang sorang itu.
“Mana tak moody member jealous agaknya tak nampak ke tadi.” Kata Lukman dengan nada berbisik. Amsyar hanya mengangguk saja mengiyakan kata kawannyaitu.
Airis yang perasan reaksi Emir tadi, tiba-tiba rasa kekok berada di sini. “Er thank you Arif, urm saya pergi dulu kesian Dahlia tunggu lama dah” Airis meminta diri lalu terus bergerak ke arah Dahlia.
Sedang mereka mengemas tempat makan tersebut, guru bertugas disitu memberi arahan kepada mereka. “Baiklah semua, kamu semua perlu tidur awal malam ni kerana esok pagi aktiviti kita akan bermula seawal 7:30 pagi. Harap semua tepati masa ye. Semua boleh bergerak sekarang”.
Pelajar High School Jaya akur dengan kata yang diberikan oleh cikgu mereka tadi.
🌷🌷🌷
“Selamat pagi semua, harini merupakan hari kedua kita berada disini. Nampak semangat ya semua pagi ini. Sebelum kita memulakan aktiviti pada harini saya akan menerangkan dengan ringkas perjalanan program kita. Waktu pagi sehingga tengahari, kamu semua akan ada ice breaking dalam kumpulan dan turut melakukan aktiviti berkumpulan yang kami telah sediakan. Untuk pengetahuan semua kumpulan telah ditetapkan oleh kami.”‘Ah ini yang tak suka ni kumpulan ditetapkan. Haraplah dapat kumpulan yang okay kalini’ monyok saja muka Airis mendengar tutur kata gurunya itu.
“Selepas itu, kamu semua akan berehat pada waktu tengahari dan waktu petang pula kita akan mengadakan aktiviti santai. Kamu boleh pergi buat apa yang kamu suka. Beriadah di sekitar sini atau mandi sungai adalah dibenarkan tetapi perlu pastikan utamakan keselematan kamu ya. Dan akhir sekali, aktiviti kita waktu malam ada la aktiviti explorace. Cikgu tahu kamu mesti excited dengan aktiviti terakhir ini. Untuk aktiviti harini kamu perlu bergerak dalam pasukan kamu sahaja dan jangan berpecah.” panjang lebar Cikgu Kamal memberi penerangan.
YOU ARE READING
BUNGA MILIKNYA | C
Romancemy 1st story "Aku nak kau buatkan kerja math yang Cikgu Zurina bagi semalam, aku tahu selepas rehat kau dah siapkan. Kalau tak, tahu la apa aku nak buat" " - Emir Ayden "Saya tak rasa saya sempat nak siapkan ni, sekarang dah masuk waktu rehat" - Ai...