"Airis jangan lupa malam ni kita celebrate sama-sama. Pakai cantik-cantik tau!" kata Dahlia. Kini mereka semua berada di rumah sewa Dahlia. Kadang kala saja mereka bertiga akan sleepover di sini. Memandangkan harini birthday Airis jadi mereka plan untuk mengadakan meluangkan masa bersama di rumah sewa Dahlia.
"Kenapa eh korang macam beria sangat nak aku siap cantik-cantik ni." Kata Airis dengan penuh syak wasangka.
"Eh mestilah kau kena siap cantik-cantik. Birthday girl kan. Sharp pukul 8:30 kau mesti siap tau!" kata Mawar dengan penuh bersemangat.
"Hm ye la ye la. Ni pun sebab korang je tau yang ajak kalau tak aku malas dah." Kata Airis lalu naik ke tingkat atas untuk bersiap.
Dahlia dan Mawar hanya pandang antara satu sama lain dan tersenyum nipis.
"Semua dah ready ke?" Emir membuka loud speaker di telefonnya.
"Dah semua ready macam yang kau nak. Kek pun kitorang tempah all chocolate and tak ada krim." Kata Amsyar.
"Firework dan tempat pun ready macam yang kau nak" sambung Lukman.
"Okay nice. Nanti aku bagi korang reward okay!" kata Emir dari dalam talian.
"Okay la weh cau lu. Korang sorok la dekat mana-mana." Sambung Emir.
"Okay mantap. Good luck bro!" kata mereka serentak. Emir mematikan talian tersebut.
'Ya Allah semoga kau permudahkan segala urusan ku harini.' Kata Emir dalam hatinya.
🌷🌷🌷
"Ya Allah cantiknya kau Airis." Mawar memusingkan Airis untuk melihat outfitnya untuk malam ni. Dia mengenakan dress putih dengan corak bunga-bunga kecil bersama shawl putih. Cukup nampakkan Airis begitu elegant dan anggun pada malam ni.
"Ye weh cantik sangat macam bidadari." Dahlia juga turut setuju dengan Mawar.
"Ada-ada je lah korang ni. Aku pakai simple je tau tu pun cantik ke?" tanya Airis.
"Eh mestilah!" kata mereka serentak.
Airis hanya menggelengkan kepala sahaja. "Ada-ada je lah. Dah cepat lah nanti kita lambat pulak." Kata Airis.
"Okay jom-jom. Silakan birthday girl." Mawar membuka laluan untuk Airis bergerak dahulu.
🌷🌷🌷
"Airis, aku rasa kau turun dulu kot. Kitorang nak cari parking jap." Kata Dahlia sambil melihat Airis dari cermin hadapan.
"Aku? Takkan aku sorang je? Tak apa la weh aku ikut la korang sekali cari parking tak boleh ke?" Tanya Airis sambil melihat kawasan restoran tu. 'Macam sunyi je', getus hatinya.
"Tak boleh Airis, kau kena turun dulu. Sebab dah lambat ni lagipun kitorang booked atas nama kau tau" kata Mawar.
"Erm ye la ye la. Korang jangan lama-lama tau, macam seram je kat sini." Kata Airis sambil melihat keluar tingkap lagi sekali.
"Ye ye, keluar la cepat. Tak perlu risau tak ada pape pun dekat sini." Dahlia cuba meyakinkan Airis.
"Hm okay. Korang cepat tau." Airis berkata lagi sekali lalu dia menutup pintu kereta Dahlia. Sejak kebelakangan ni dia berasa pelik dengan kawan-kawannya. Mereka seperti sorokkan sesuatu darinya.
Airis melihat sekelilingnya tetapi tiada apa-apa. Dia rasa seram sejuk sekarang ni terasa seperti diperhati dari tadi.
'Haih perasaan kau je kot Airis' gumam hatinya. Airis terus masuk ke dalam restoran itu.
"Dia dah sampai" Mawar menghantar mesej dalam group chat mereka.
"Okay thanks Mawar n Dahlia" Balas Emir. Dia menarik nafas yang panjang kerana nervous. Dia berharap yang harini akan berjalan dengan lancar.
Masuk saja Airis ke dalam restoran, seorang pelayan sudah pun menunggu ketibaannya di pintu masuk.
"Cik Airis Emyra ya?" Tanya pelayan yang bernama Daus itu.
"Ya saya. Kawan saya cakap dia ada booking under nama saya." Kata Airis dengan senyuman manis.
"Ya betul tu cik Airis. Mari ikut saya." Daus mengiring Airis ke arah meja makan yang sudah di booked oleh Emir.
Airis berasa pelik kerana hanya dua kerusi sahaja disediakan padahal mereka datang bertiga. 'Ada sesuatu yang tak kena dekat sini', gumam hatinya.
"Ini tempatnya cik." Kata Daus
"Maaf boleh awak check lagi sekali? Kami datang bertiga tapi tempat ni hanya untuk dua orang." Kata Airis.
"Maaf cik Airis. Tapi memang betul ni tempat yang dah dibooking oleh kawan cik Airis." Kata Daus
"Ouh tak apa lah kalau macam tu. Terima kasih" Ucap Airis sambil memberi senyuman kepada Daus. Dia mengambil tempat duduknya dan meneliti setiap decoration yang dibuat di bahagian situ. Dia puji dengan decoration itu sangat cantik. Tempat duduk yang dipilih juga boleh dikatakan pilihan terbaik kerana boleh nampak pemandangan ibu kota pada waktu malam.
'Korang nak prank aku ke ni?' katanya sendirian.
Airis membuka telefonnya dan menekan di ruangan chat mereka bertiga.
Airis
Korang nak prank aku ke ni?
Cepatlah datang sini, aku rasa pelik sangat 😢
"Cik Airis" suara itu membuatkan Airis meletakkan semula telefonnya ke dalam handbag. Lalu Airis memandang ke arah Daus yang berada di hadapannya.
"Ini ada bunga untuk Cik Airis." Daus menghulurkan jambangan bunga yang besar sebanyak 101 kuntum bunga roses untuknya.
Airis terkejut melihat jambangan bunga yang besar itu. Ini kali pertama dalam hidupnya mendapat jambangan bunga sebesar itu. "Un-untuk saya?"
"Yup untuk awak Cik Airis." Kata Daus.
"Terima kasih tapi boleh saya tahu siapa pemberinya?" Airis mengambil huluran bunga tersebut dan bertanyakan tentang orang yang memberinya.
"Maaf cik Airis, orang tu minta kami rahsiakan. Ini dalam skop tugas kami, kami tak boleh beritahu sesiapa jika tuannya sendiri minta kami untuk rahsiakan." Kata Daus sambil memberikan senyuman.
"Ouh it's okay. Thanks lagi sekali" kata Airis dengan membalas senyuman Daus itu. Daus berlalu pergi dari situ dan membiarkan Airis keseorangan.
Sedang dia membelek bunga rose itu seperti biasa terdapat sticky note bersamanya.
"Awak cantik sangat malam ni. Untuk pengetahuan awak, awak sangat sempurna Airis cuma saya yang salah menilai awak selama ni. Awak lah insan yang buka mata saya untuk berubah. Saya tak tahu lagi macam mana untuk balas jasa awak, Airis.
From now on, I think I can't live without you."
-EN-
Jujur ayat di sticky note itu membuat Airis rasa lagi berdebar. Sticky note tu juga diakhiri dengan dua huruf yang sama seperti sebelum ini. 'Adakah orang yang aku kenal?" Gumamnya sendirian.
Dilihat lagi pada bahagian atas bunga rose itu ada satu lagi sticky note bersaiz kecil. Airis mengambil sticky note tersebut.
"Pandang depan kalau awak nak tahu saya siapa"
YOU ARE READING
BUNGA MILIKNYA | C
Romancemy 1st story "Aku nak kau buatkan kerja math yang Cikgu Zurina bagi semalam, aku tahu selepas rehat kau dah siapkan. Kalau tak, tahu la apa aku nak buat" " - Emir Ayden "Saya tak rasa saya sempat nak siapkan ni, sekarang dah masuk waktu rehat" - Ai...