BAB 19

591 24 0
                                    

"Aduh mana pulak parking kosong ni. Mati aku kena bebel kalau aku lambat ni." Kata Mawar sendirian.

"Haa tu dia" Mawar mempercepatkan kelajuan kereta lalu memberi signal untuk masuk parking itu. Baru je dia ingin mengundur keretanya kebelakang ada satu kereta telah masuk parking itu.

"Eh biadapnya dia tak nampak ke aku dah bagi signal?" Kata Mawar dengan geram lalu dia keluar dari keretanya dan berlalu pergi ke arah kereta itu. Diketuk bonet depan kereta itu.

Lukman yang sedang membuka seatbelt nya terus pandang ke hadapan. 'Bidadari ke ni?' kata hatinya.

Mawar membuat isyarat suruh dia keluar sambil mengerutkan keningnya tanda marah. 'Dah lah panas pastu buat aku marah lagi. Nak keluar kereta pun lembab ke' getus hati Mawar.

Lukman terus keluar dari keretanya dan menekan punat untuk mengunci keretanya. "Ya ada apa cik?" tanya Lukman.

"Eh awak buta ke? Dah pakai spek pun tak nampak ke yang saya dah bagi signal dulu untuk masuk parking ni? Saya dah lambat tahu tak!" marah Mawar. 'Harap je pakai spek tapi still tak nampak' kata hatinya.

'Fuh harap je cantik tapi mulut boleh tahan perempuan ni' kata hati Lukman.

"Assalamualaikum cik yang cantik budi bahasa, saya yang masuk dulu parking ni. First come first serve." Kata Lukman ada bunyi sindiran di situ. 'Salam tak ada apa tak ada terus kata orang buta eh' getus hati Lukman.

"Tapi saya yang sampai dulu! Saya dah bagi signal dah, awak yang masuk tiba-tiba tah datang dari mana tah" kata Mawar dengan nada geram.

"Ouh ye ke? Saya ingatkan cik nak masuk parking depan tadi? Sebab macam jauh sangat je amik jarak untuk reverse tadi? Tu yang saya masuk tu. Maaf la ye cik saya dah lambat saya pergi dulu ye. Depan sana ada banyak lagi parking. Assalamualaikum." Kata Lukman sambil buat-buat melihat jam di tangan sebelum berlalu pergi.

'Argh tak pasal-pasal kena bergaduh dengan minah cantik tu, dah lah mulut tak ada insurans.' Kata hati Lukman.

"Eee annoyingnya. Ya Allah bagi la kesabaran yang tinggi pada ku." Kata Mawar sendirian lalu terus dia masuk ke dalam keretanya semula. "Argh membuang masa aku je cakap dengan lelaki tak guna tu! Dasar power 1k!" marah Mawar dan terus memulakan misi pencarian parking.

🌷🌷🌷

"Assalamualaikum, maaf lambat bro." Lukman mengambil tempat disebelah Amsyar.

"Waalaikumussalam, apahal tak datang 2 tahun lagi je." Sindir Emir.

"Sorry la bro. Tadi aku dah sampai dah tapi ada perempuan ajak aku bergaduh pulak." Kata Lukman.

"Pergh Luk kau biar betik. Apa jadi siak sampai nak bergaduh." Tanya Amsyar.

"Tak adalah dia kata aku amik parking dia. Padahal dia nak mengundur tu amik jarak yang jauh mana aku tahu dia nak masuk parking. Pastu parking tu je yang paling dekat dengan kedai korang makan ni aku pun masuk je lah. Dia yang tak reti nak amik jarak parking, pastu ajak gaduh pulak" Kata Lukman terselit sikit unsur mengutuk disitu.

"Lah sebab parking je. Ingat kan apa tadi. Lawa tak?" kata Amsyar.

"Hm lawa tu lawa la tapi mulut tak ada insurans langsung." Kata Lukman.

"Yang kau ni nak tahu lawa ke tak pahal? Nak curang dengan Dahlia ke? Aku bagitahu dia nanti." Kata Emir saja nak menyakat kawannya itu.

"Eh tak lah bro, aku saja je tanya. Memang tak lah aku nak curang dengan Dahlia. Harini aku hidup esok tahu-tahu aku dah kiok dah." Kata Amsyar sambil membuat isyarat satu jari ditarik dari hujung leher ke hujung satu lagi.

"Tahu gelabah." Kata Emir. Amsyar menjeling Emir tanda tak puas hati.

"Dah-dah aku lapar ni. Waiter!" kata Lukman.

🌷🌷🌷

Dahlia dan Airis terkejut bila kerusi di hadapan mereka di tarik dengan kuat. Mawar terus duduk sambil mengibas-ngibas mukanya, Dia sedang marah dan panas sekarang ni.

Hampir tersedak Airis yang sedang minum air dibuatnya kerana terkejut dengan tindakan Mawar itu. "Kau kenapa ni. Datang tiba-tiba marah-marah? Dah lah lambat." Kata Airis.

"Ye do. Cuba cool cool dulu, marah sangat ni." Kata Dahlia.

"Haih macam mana aku nak cool? Aku tengah panas ni. Tadi ada sorang mamat ni dia main masuk je parking aku. Aku dah bagi signal tau. Pastu kata aku tak reti parking. GILA" kata Mawar dengan tidak puas hati.

"Harap je pakai spek tapi masih tak nampak. Tak pasal-pasal membazir masa aku je berbalah dengan dia tadi." Sambungnya lagi.

"Uish, kurang ajarnya. Ee tak gentleman langsung. Pastu dia cakap apa lagi takkan terus bla." Tanya Dahlia.

"KAN!! Dia kata aku yang salah sebab amik jarak jauh sangat, dia ingat aku nak masuk parking tempat lain tu yang dia terus masuk. Pastu dia boleh kata dia dah lambat and terus bla je mintak maaf pun tak ada tau." Katanya dengan geram

"Eee tak baiknya lelaki tu. Adab tak ada langsung." Kata Airis. Mengangguk mereka berdua.

"Nasib la korang dah orderkan makanan untuk aku kalau tak lagi bertambah kemarahan aku sebab lapar." Kata Mawar sebelum menyuap satu sudu makanannya.

"Ouh btw Airis jangan lupa minggu depan kita ada meeting dengan AM Holdings untuk projek baru tu." Sambung Mawar.

"Hm ye aku ingat. Aku takut lah dah lah ni 1st projek aku pegang." Kata Airis.

"Ala tak payah takut lah. Kau boleh punya kau bijak kot. Kau kan graduan University of Cambridge. Kalau tak, tak adanya bos nak bagi kepercayaan dekat kau handle benda ni." Kata Mawar.

"Wait tadi korang kata AM Holdings?" menyampuk Dahlia. Airis mengangguk. "Haah kenapa? Kau tahu pape ke pasal syarikat tu?" tanya Airis dengan muka yang penuh tanda tanya.

'Itu bukan ke syarikat ayah Emir...Mungkin dah tiba untuk masanya korang berdua berjumpa semula.' Getus hati Dahlia.

Dahlia menggeleng. "Er... tak aku tak tahu, ingatkan tu syarikat lagi satu yang aku tahu tapi salah hehe" kata Dahlia.

"Erm okay... aku ingatkan ada pape la tadi." Kata Airis. Dahlia hanya senyum.

Mesti semua tertanya-tanya kan macam mana Dahlia dan Mawar boleh rapat. Kalau semua masih ingat Mawar ni kawan lama Airis dulu, diorang boleh rapat sebab secara kebetulan Dahlia dan Mawar belajar di universiti yang sama. Jadi sampailah sekarang mereka menjadi rapat dan kawan bertiga. Airis pula baru sahaja pulang dari UK setahun yang lepas. Selepas dia pulang, dia ditawarkan berkerja di satu syarikat yang sama dengan Mawar. Syarikat itu pula milik kawan ayahnya. Dia bersyukur kepada Allah kerana memudahkan urusannya selepas tamat belajar.

🌷🌷🌷

"Aaa kenyang nya aku." Kata Amsyar sambil melangkah keluar dari kedai makan itu.

"Makin kenyang bila ada orang belanja. Terima kasih do." Sambungnya lagi lalu menepuk bahu Emir.

"Semoga kau berjumpa jodoh dengan cepat, dimurahkan rezeki." Sambung Lukman.

"AH dah-dah merepek dah korang ni. Bukan selalu aku belanja. Kau pun single jugak, semoga bertemu jodoh cepat-cepat." Kata Emir sambil menepuk bahu Lukman.

Semasa mereka mahu masuk ke dalam kereta masing-masing. Emir terpandang ke arah suatu kedai. Dia nampak seorang gadis yang sedang berjalan dengan ayu baru saja keluar dari kedai tu. Terkaku dia sekejap. 'Airis? Dia dah balik?' kata hati Emir. Dia yang sudah membuka pintu kereta itu terus menutup pintu semula dan ingin berlalu pergi ke arah gadis itu,

"Eh Mir!! Kau nak pergi mana gila. Lunch hour dah nak habis ni. Bukak la aircond kereta kau ni cepat panas woi." Amsyar membuka pintu kereta bahagiannya lalu menjerit pada Emir. Terhenti langkah Emir bila mendengar suara Amsyar.

"Aku nak pergi sana kejap. Aku nampak-" Bila dia pandang semula ke arah kedai tersebut, kelibat gadis itu sudah tiada. Emir mengeluh terus dia berpatah balik dan masuk ke dalam kereta.

"Kau nampak apa?" tanya Amsyar.

"Airis." Satu patah perkatan saja dikeluarkan lalu menghidup enjin keretanya dan berlalu pergi.

BUNGA MILIKNYA | CWhere stories live. Discover now