"HA?? Kau biar betul. Kau salah tengok kot mir?" tanya Amsyar dengan riak terkejut.
"Aku tak rasa aku salah Am. Hati aku yakin yang itu dia, gaya dia cara jalan dia sebijik macam Airis." Kata Emir dengan yakin.
"Tapi kalau Airis dah balik mesti Dahlia ada bagitahu kau apa-apa. Ni tak adakan? Dia pun tak tahu bila Airis akan balik sini. Entah- entah dia dah tak duduk sini dah. Kau yakin ke?" tanya Amsyar serius. Emir mengeluh.
"Tah lah aku tak tahu Am. Dah lama aku cuba untuk contact dia sejak dulu." Balas Emir.
"Sabar bro. Usaha kau takkan kecewakan kau, aku yakin. Belum tiba masanya lagi je. Dekat dunia ni kita semua ada orang yang muka mirip-mirip dengan kita, mungkin apa yang kau nampak tu salah." Kata Amsyar cuba untuk meyakinkan kawannya itu.
Emir hanya diam saja mendengar kata-kata Amsyar itu lalu meneruskan pemanduannya.
'Tapi aku yakin tu kau" getus hatinya.
🌷🌷🌷
'Haih asal aku rasa tak sedap hati harini?' Airis mengeluh dalam hati. Sepanjang perjalan dia ke AM Holdings, dia rasa sesuatu. Dia rasa gelisah macam ada sesuatu yang akan berlaku.
Mawar yang sedang drive itu perasan saja kawannya macam ada yang tak kena. "Kau okay tak ni?" Airis terkejut dengan pertanyaan Mawar lalu dia menganggukkan kepala.
"Aku okay" hanya itu saja dibalas olehnya.
"Kita dah sampai ni jom lah turun. Ala kau tak payah nervous sangat lah aku tahu kau boleh buat." Kata Mawar. Airis mengangguk lalu keluar dari keretanya.
"Awak berdua dari EJ Holdings ke?" tanya May aka PA Emir pada Airis dan Mawar yang berada di kerusi menunggu di depan office Emir.
"Ouh ye betul kami dari EJ Holdings. Saya Mawar dan ni Emyra." Kata Mawar dengan senyuman lalu memperkenalkan diri mereka.
"Saya May. Awak berdua boleh la tunggu dekat bilik mesyuarat dulu sekejap lagi bos masuk." May memperkenalkan dirinya lalu mengarahkan mereka untuk tunggu sebentar di bilik mesyuarat. Mawar dan Airis akur lalu beransur pergi ke bilik mesyuarat.
*TOK TOK* pintu bilik office Emir diketuk dari luar.
"Masuk!"
May membuka pintu office Emir. "Bos, staf EJ Holdings dah sampai, mereka tunggu di bilik mesyuarat." Kata May.
"Baik, awak gerak dulu May kejap lagi saya datang." Kata Emir pada PA nya.
"Baik bos." Ujar May lalu dia menutup pintu office Emir.
"Haih hati apahal dari tadi kau berdebar lain macam ni" Emir gumam sendirian lalu memegang dadanya. Dia bangun sebelum melangkah keluar ke bilik mesyuarat.
Airis duduk sambil melihat sekeliling bilik mesyuarat itu, kelihatan tidak tenang.
"Ris, kau okey tak ni? Nampak macam tak selesa je." Tanya Mawar dengan suara berbisik. Dari dalam kereta lagi dia lihat Airis macam ada masalah.
Airis menarik nafas panjang. "Aku...aku tak tahu la weh. Aku rasa tak sedap hati dari tadi, jantung aku dari tadi berdegup laju tapi aku tak tahu kenapa." Kata Airis dengan nada yang gelisah.
"Kenapa? Kau ada fikirkan apa-apa ke sampai macam ni sekali?" tanya Mawar
Airis menggeleng. "Tak ada, rasa ni baru je datang waktu nak bergerak ke sini tadi." kata Airis. Mawar menggosok-gosok belakang Airis untuk menenangkan gadis itu.
YOU ARE READING
BUNGA MILIKNYA | C
Romancemy 1st story "Aku nak kau buatkan kerja math yang Cikgu Zurina bagi semalam, aku tahu selepas rehat kau dah siapkan. Kalau tak, tahu la apa aku nak buat" " - Emir Ayden "Saya tak rasa saya sempat nak siapkan ni, sekarang dah masuk waktu rehat" - Ai...