BAB 2

746 24 0
                                    

"Edrian, jangan lah kacau pak ngah. Pak ngah nak main game ni edrian oii" Stres Emir dibuatnya bila anak buah yang sorang ni asik tarik-tarik tangan dia.

"AHAHAHAH padan muka angah. Tengok aisy menang dah game ni angah noob la angah" Aisy ketawakan abangnya diikuti dengan edrian yang merupakan anak kepada kakaknya erin yang berumur 1 tahun itu.

"Tengok edrian geng pak su kan meh sini meh" terus berlari anak kecil it uke arah pak su-nya.

"Dah lah kau, mana aci aku kene ganggu tau dengan si kenit ni. Pak ngah tanak kawan edrian dah" Emir acah-acah merajuk dengan anak buahnya.

"Eee tak malukan pak ngah Edrian ni dah besar pun merajuk lagi" Aisy membuat suara mengejek semasa berkata ke Edrian. Tergelak kecil Edrian dibuatnya.

"Eh apa yang rancak sangat korang ni sampai ke dapur mama dengan kak rin dengar" tanya kakak sulungnya.

"Takde aa kak, semua salah anak kau dia kacau aku main game sampai aku kalah dengan budak hingusan ni" tunjuk emir ke arah Aisy.

"Ah angah kau dah kalah nak kata aku budak hingusan pulak" geram Aisy.

"Edrian meh sini kat mama, kita pergi mandi" Erin memanggil anaknya kerana tahu selepas itu apa yang akan terjadi. Ya mereka akan bergaduh dengan membaling bantal ke arah masing-masing.

"Eh apa kamu berdua ni macam budak kecik padahal masing-masing dah 16-17 tahun." sakit kepala Datin Emma melihat telatah kedua-dua anak terunanya.

"Yang kamu ni Emir rileknya main game nya apa kata kamu buat ulangkaji untuk SPM, tahun ni kamu SPM kan bila nak sedar ni Mir" ha mula dah tu Datin Emma nak masuk mood membebelnya.

"AHAHAHAH padan muka angah tu la mama dia yang ajak Aisy main tadi dia kata bosan la apa la" Aisy ingin menambah api dalam diri Datin Emma.

"Eh kau ni saja kan cari pasal, tak ada lah menipu je si Aisy ni. Papa mana ma dari tadi tak nampak dia, suami kau pun mana kak". Mula la sikap satu Emir tu, untuk mengelakkan dari kena bebel lagi baik dia ubah topik. Emir kalau sentuh bab study memang dia akan cari topik lain sebab dia malas nak dengar.

"Ha nak ubah topik la tu." sambil memukul perlahan lengan Emir. "Papa dengan abang ipar kamu tu dia pergi jenguk jiran kita baru pindah. Diorang pindah dekat rumah hujung jalan tu. Nak bertegur sapa la katakan". Emir membuat mulut bentuk O tanda dia faham.

"Assalamualaikum"

"Ha panjang umur balik dah" kata Datin Emma.

"Ha mengumpat saya ke" saja Dato' Amar buat kelakar.

"Takde lah ni anak lelaki awak sorang ni tercari-cari abang ipar dengan papa dia. Saya pun cakap la yang awak pergi jenguk jiran baru tu" terang Datin Emma ke suaminya.

"Ha papa serius la ada orang baru pindah. Kenapa papa tak ajak emir sekali, mana tahu boleh kenal-kenal". Lantas semua pandang Emir dengan riak kehairanan.

"Kenapa semua pandang mir macam tu. Mir ada salah cakap ke?" berkerut kening dia.

"Ngah kau ada terhantuk mana-mana ke. Setahu aku kau malas nak kenal orang baru ngah..." tanya Aisy pelik.

"Lah aku saja je nak tukar mood tak boleh ke" balasnya dengan nada cari gaduh.

"Ha tengok tu nak bergaduj balik la tu kamu berdua ni. Jangan sampai mama denda kamu berdua ni" kata Datin Emma.

"Dah-dah, Emir kalau nak kenal nanti-nanti boleh pergi jenguk tak lari pun jiran kamu tu. Keluarga tu dia ada dua orang anak tau sorang lelaki dan seorang perempuan, tak silap papa erm umur anak perempuan dia dia sama dengan kamu. Keluarga diorang pun baik-baik tau mesra dengan orang dan lemah lembut je bahasa nya" kata Dato' Ammar.

"IYA PA?? cantik tak anak dia tu." Emir ni pantang betul kalau ada perempuan cantik haih.

Tergeleng kepala si Ibu "Kamu ni Emir mula lah tu nak menggatal, nanti masa hari cuti saya nak pergi bertegur la dengan diorang pulak boleh kenal-kenal and buat kawan" tersenyum Datin Emma.

"Eh mana ada ma Emir tak macam tu okay, kalau gitu Emir pun nak ikut tau ma nanti mama jangan tinggalkan Emir" kata Emir dengan teruja.
Semua menggelengkan kepala tengok Emir dengan perangai tak semenggahnya itu.

"Ye la mir" kata si ibu lalu terus ke dapur untuk menyediakan makanan tengahari.










*TUK TUK* pintu bilik Airis diketuk dari luar.

"Masuklah, bilik Airis tak kunci". Terus Airis menutup novel yang dibacanya ketepi lalu melihat gerangan yang mengetuk pintu biliknya.

"Ouh ibu masuklah". Puan Julia masuk lalu duduk di birai katil Airis.

"Ris tak tidur lagi? Esok kamu nak kena daftar diri kan dekat sekolah baru nanti lambat pulak bangun anak dara ibu ni" sambil menggosok kepala anaknya lembut.

"Erm Ris tak boleh tidur ibu, Ris takut nak masuk sekolah baru esok. Macam mana kalau tak ada orang nak kawan dengan Ris and macam mana kalau diorang layan Ris teruk" terus Airis menyandar kepalanya dekat bahu si Ibu.

"Tak ada apalah Airis. Ibu yakin Ris ada kawan nanti, Ris kalau buat baik dengan orang, orang pun akan buat baik dengan kita tau. Jadi kalau orang tak nak dengan kita Airis biarkan saja diorang, Airis buat kerja sendiri. Kalau kita tak ganggu orang, orang takkan ganggu kita sayang." Pujuk si ibu untuk tenangkan hati anak perempuannya itu.

"Baik ibu. Erm ni abang dengan ayah dah tidur ke? Diam je rumah ni" tanya Airis.

"Tidur apanya, elok dua orang tu kat bawah tengah tengok sukan Olimpik. Memang diam lah jawabnya sebab dua-dua tengah takut nak tengok final basikal tu" kata Puan Julia.

Tiba-tiba

"YEAYYYY EMASS" bergema suara dua lelaki di rumah itu. Tergelak Puan Julia dan Airis mendengarnya.

"Tidur ye sayang, kamu tak perlu risau apa-apa pun esok. Ibu yakin semua berjalan dengan lancar" Puan Julia menutup lampu bilik Airis sebelum keluar.

"Baik ibu" senyum dia.

BUNGA MILIKNYA | CWhere stories live. Discover now