Sudah 30 minit Emir sampai di parking office Airis, tapi kelibat isterinya masih tidak kelihatan. Mesej yang dihantar tadi juga tidak dibaca.
Hatinya mula berasa tidak sedap hati. "Ada apa-apa yang jadi ke?" Tanya Emir sendirian.Dia cuba call Airis sekali lagi, tapi masih tidak berangkat. "Mana awak ni sayang...takkan solat lama sangat." Gumamnya sendirian. Perasaan tidak sedap hati semakin bertandang dalam dirinya. Tiba-tiba dia teringat kata-kata Lukman sebentar tadi. Terus dia menggelengkan kepala menafikannya.
Tiba-tiba terlintas nama Tengku Zarif dalam kepalanya, lalu dia menekan nombor telefonnya. Dalam beberapa saat panggilannya di angkat.
"Assalamualaikum. Kau call aku malam-malam ni, ada apa?" Tengku Zarif menyapa dengan nada santai.
"Waalaikumussalam Zar, kau kat office ke sekarang ni?" tanya Emir, cemas.
"Tak ada la. Malam dah ni, aku kat rumah dengan bini aku la Kau kenapa cemas semacam ni?" balas Tengku Zarif, sedikit hairan.
Emir menarik nafas dalam-dalam sebelum menjawab, "Airis belum balik lagi. Dah 30 minit aku tunggu kat bawah ni, tapi dia tak turun-turun. Aku risau."
"Kau dah cuba call dia?"
"Dah, tapi tak angkat."
Tengku Zarif terdiam sejenak sebelum menyarankan, "Pergi dekat security guard kat lobi, tanya kalau dia nampak tak isteri kau. Minta izin nak naik cari isteri kau"
"Okay, terima kasih bro." Emir menamatkan perbualan dan terus mematikan enjin kereta sebelum menuju ke lobi.
Dia tak boleh terus berdiam diri di sini. Dia mesti mencari isterinya. Emir berjalan dengan pantas ke arah security guard yang berada di bawah.
"Assalamualaikum pak cik, saya nak tanya ada nampak Airis tak turun tadi?" Tanya Emir dengan nada cemas
"Waalaikumussalam encik, Airis? Pak cik tak nampak pula dia harini. Rasa macam dia tak keluar lagi sebabnya selalu sebelum dia balik dia akan tegur pak cik tapi harini tak ada pula." Pengawal itu menggeleng.
Resah Emir semakin menjadi-jadi, "Erm boleh ke saya nak naik ke atas nak tengok isteri saya. Dari tadi saya call dia tak dapat."
"Boleh encik, jom ikut saya. Lif tak boleh digunakan malam-malam ni, jadi kita naik ikut tangga kecemasan je." Ujar security guard itu.
Emir mengangguk "terima kasih pak cik." Lalu dia bergerak laju masuk ke pintu kecemasan dan menaiki tangga dengan laju.
"Airis!" Emir memanggil nama Airis dengan kuat, mana tahu wanita itu menyahut. Tapi tiada juga.
Sampai saja dia di tangga tingkat 3, dia nampak sekujur tubuh sudah baring tidak sedarkan diri. Dengan kasut tercampak jauh dan ada sedikit luka di dahi. Cukup membuatkan jantung Emir berhenti seketika melihat keadaan isterinya sebegitu.
"Ya Allah, sayang!" Terus dia berlari dan memangku kepala isterinya.
"Sayang wake up please!" Emir menepuk lembut pipi isterinya untuk menyedarkan wanita itu.Setelah beberapa tepukan diberikan pada pipi Airis, Airis mula sedar. Tersentak Airis bila dia rasa seseorang memegangnya lalu dia jauhkan diri. Airis menggigil kecil kerana masih takut dengan kejadian tadi.
"Hey hey, ni abang sayang." Emir memegang bahu Airis yang sedang menggigil itu. Pasti sesuatu sudah berlaku membuatkan isterinya takut sebegini.
Airis yang baru tersedar Emir yang berada dihadapannya sekarang dan bukan lagi lelaki yang menakutkan itu. Dia terus memeluk badan Emir erat. Emir terasa bajunya basah mesti Airis sedang menangis.
YOU ARE READING
BUNGA MILIKNYA | C
Romancemy 1st story "Aku nak kau buatkan kerja math yang Cikgu Zurina bagi semalam, aku tahu selepas rehat kau dah siapkan. Kalau tak, tahu la apa aku nak buat" " - Emir Ayden "Saya tak rasa saya sempat nak siapkan ni, sekarang dah masuk waktu rehat" - Ai...