Pada hari minggu, Raisa duduk di sudut kafe dengan gaya bersahaja, namun wajahnya kosong dan sukar dibaca. Matanya memerhatikan luar tingkap tanpa memberi perhatian kepada persekitaran sekeliling. Tangan kirinya bermain dengan sudu kecil yang digenggam, sambil cawan kopi yang hampir sejuk dihadapannya dibiarkan terabai. Sekali-sekala dia mengetuk sudu itu perlahan ke tepi cawan, menghasilkan bunyi berirama yang mengisi keheningan di antara mereka.
Arif melangkah masuk, wajahnya kelihatan gusar. Jelas riak di matanya menunjukkan ketidakselesaan. Dia berjalan perlahan ke arah Raisa, mengeluh panjang sebelum mengambil tempat di hadapan wanita itu.
Raisa tidak mengangkat pandangannya langsung, namun suaranya keluar dengan nada yang dingin dan tanpa riak, "Kenapa kau nak jumpa aku sangat?"
Arif menelan liur, cuba mencari kekuatan untuk menyuarakan apa yang terbuku di hatinya. Dia rasa gementar bila aura dingin Raisa semakin terasa. Dia tahu pertemuan dia kali ni mesti tak akan membawa kepada perakhiran yang baik.
"Raisa...aku tak boleh teruskan semua ni." Katanya dengan nada yang bergetar sedikit, penuh dengan rasa bersalah. Setiap hari selepas kejadian haritu berlaku, perasaan rasa serba salahnya kian menebal dan dia tak mampu untuk berjumpa dengan Airis dan seminggu tu juga dia tak munculkan diri di tempat kerja.
"Semua ni dah melampau, Raisa. Aku tak sanggup nak sakitkan Airis. Aku tak sanggup nak hancurkan kebahagiaan dia." Sambung Arif jujur.
Kata-kata itu seperti halilintar menyambar Raisa. Bunyi ketukan sudu di cawan berhenti serta-merta, dan tangan Raisa yang tadinya bergerak tenang kini kaku. Perlahan-lahan, dia mengangkat pandangannya. Mata mereka bertemu, dan Arif dapat melihat kilauan marah yang mula bersinar dalam mata Raisa.
"Pengecut." Raisa menghembuskan perkataan itu dengan nada rendah tetapi penuh bisa. Tawa sinis keluar dari bibirnya. "Kau ni pengecut, Arif. Kau fikir kau ada hak untuk tarik diri sekarang?"
Arif mengerutkan kening, namun dia tetap cuba menjelaskan. "Raisa, kau tak rasa ke perbuatan kau ni kejam? Kau kena terima diorang memang dah ditakdirkan bersama!" Arif menaikkan satu oktaf suaranya.
Marah Raisa semakin membuak. Dia bersandar ke belakang, menyilangkan tangan dengan kasar, dan tertawa sinis. "Kejam? Aku kejam? Kau salah Arif! Diorang yang kejam dekat aku, memang patut diorang terima balas an setimpal balik!" suaranya semakin meninggi, menarik perhatian beberapa pelanggan di kafe itu, namun dia langsung tidak peduli.
"Aku tak kisah kalau kau dah tak nak tolong aku. Aku boleh buat sorang! Dari awal lagi aku boleh buat sorang tanpa bantuan kau lah, pengecut!" Raisa menghinanya dengan rasa marah yang kian membara.
Arif tergamam dengan kemarahan Raisa, namun dia masih berusaha menenangkan keadaan. "Raisa, kau tak faham. Aku takkan biarkan kau teruskan perbuatan kau ni! Cukup-cukup lah Raisa." Rayu Arif.
"Aku? Faham?" Raisa bersuara. Dia berdirim menyetak kerusi ke belakang hingga bergeser kuat di lantai. Wajahnya merah menahan marah. "Jangan fikir kau boleh halang aku. Kalau kau berani kau halang aku, kau tahu nasib kau nanti." Raisa berbisik dengan nada tertahan.
Arif tak faham dengan maksud Raisa, keningnya berkerut. "Apa maksud kau..."
Raisa tawa sinis, "Mak kau dekat hospital kan? Bila-bila masa aku boleh buat mak kau lepak bawah tanah. Don't you dare to bother my plan, Arif!" katanya tanpa riak sebelum berlalu pergi dari situ.
Arif sudah menelan liur. Tak-tak dia tak boleh biarkan Raisa sentuh orang yang dia sayang. Raisa terlalu berbahaya seperti api mampu membakar sesiapa sahaja yang cuba menghentikannya. Arif meramaskan rambutnya tanda serabut. Kalau dia tahu dari awal lagi dia tak akan terlibat dengan kerja ni semua!
YOU ARE READING
BUNGA MILIKNYA | C
Romansamy 1st story "Aku nak kau buatkan kerja math yang Cikgu Zurina bagi semalam, aku tahu selepas rehat kau dah siapkan. Kalau tak, tahu la apa aku nak buat" " - Emir Ayden "Saya tak rasa saya sempat nak siapkan ni, sekarang dah masuk waktu rehat" - Ai...