BAB 5

602 22 0
                                    

Mereka merenung diri antara satu sama lain sangat lama sehinggakan mereka lupa yang ibu mereka ada disitu juga. Datin Emma menyiku lengan Emir. "Apa ni mir tenung anak dara orang lama macam tu, tak elok" bisik Datin Emma tetapi masih boleh didengari oleh Puan Julia dan Airis.

Dia berdehem. "Sorry" Itu sahaja perkataan yang terkeluar dari mulutnya lalu membetulkan semula posisi duduknya dan melihat siaran televisyen yang dibuka. Airis pun lantas duduk bersebelahan ibunya dengan muka yang merah kerana malu.

'Haih, ingatkan dekat sekolah je jumpa dia ni. Sekarang berjiran? NO WAY' kata hati Airis.

"Err Emir dengan Airis, dua-dua ni dah kenal ke? Nampak macam masing-masing terkejut je tadi" tanya Puan Julia. Sangat jelas reaksi mereka berdua itu tadi seperti ada sesuatu.

"Ya Aunty, kitorang satu kelas dekat sekolah" jujur Emir sambil menayangkan senyum tak seberapa itu. Lalu dia meyirup sedikit air teh yang dibuat oleh Airis sebentar tadi.

"Ouh seriuslah Emir. Urm senanglah kalau ada apa-apa nanti mama tanya Airis je. Mana tahukan Emir buat hal ke kat sekolah. Airis, Emir okay ke dekat kelas dia ada kacau sesiapa ke atau banyak main je budak ni" tanya Datin Emma.

*UHUK*

Tersedak Emir dibuatnya apabila dengar soalan cepumas dari mamanya itu. "Apalah mama ni, Emir mana ada buat hal kat sekolah. Orang baik okay" Emir terus buat muka tak puas hati.

Airis yang melihat isyarat dari Emir yang menandakan 'Jangan bagitahu' terus bersuara. "Err, betul tu Aunty. Erm Emir ni okay je kat sekolah. Pasal main tu biasa la Aunty takkan setiap masa nak belajar je kan" kata Airis sambil memberikan senyum kerana mahu menutup rasa takutnya.

Tuhan je tahu apa yang Airis rasa sekarang ini. Rasa nak meletup jantungnya sebab kena hadap si Emir ni lagi.

"Ouh okaylah macam itu. Boleh la Emir nanti buat ulangkaji dengan Airis kalau ada masa free bukannya main game je. SPM pun berapa bulan je lagi kan". Datin Emma sekarang ini serupa mahu merapatkan lagi hubungan Emir dan Airis. Mungkin perempuan tua ini lihat Airis dapat membantu Emir berubah dan berjaya dalam pelajarannya.

"Eh apa pulak ma, Emir tak nak menyusahkan or-" tak sempat Emir menghabiskan ayatnya Airis menyampuk. "Tiada masalah Aunty, saya okay je". Airis tidak sedar dengan kata-katanya, itu keluar secara spontan dari mulutnya. Puan Julia dan Datin Emma tersenyum mendengarnya.

Emir terkejut dengan ayat Airis. 'Ouh please memang tak aku nak belajar dengan kau.' Cakap dia dalam hati sambil memandang Airis tidak puas hati.

'Airis apa kau cakap tadi aduh kan sekarang makin terpalit dengan kehidupan mamat ni' Airis tiba-tiba rasa menyesal.

"Erm nampaknya dah nak pukul 7 ni, kami beransur balik dulu la ye. Terima kasih Julia sebab terima kehadiran kami harini. Sedap minum petang tadi" terus Datin Emma menghulurkan salam ke Puan Julia sebelum mereka pulang.

"Iya-iya. Nanti ada masa lagi boleh la kita borak-borak lagi. Seronok dapat berborak dengan awak Emma" senyum Puan Julia. Airis juga turut salam tangan Datin Emma.

Datin Emma telah pulang dulu kerumahnya cuma Emir sahaja yang masih berada berhampiran rumah Airis. Puan Julia juga sudah masuk ke rumah. Emir jalan semula ke arah Airis yang mahu menutup pintu rumahnya itu.

"Tunggu" kata Emir dengan suara yang dingin.

'Ah sudah Airis. Apa lagi mamat ni nak cukup-cukup la kacau aku dekat sekolah je' mengeluh Airis. Airis pandang ke arah Emir dengan takut-takut.

"Apa lagi awak nak. Kenapa tak balik lagi" tanya Airis.

"Dengar sini eh. Kau jangan ingat mama aku dah mula rapat dengan ibu kau, aku takkan ganggu kau lagi. Dan kau juga ingat jangan sesekali mengadu dekat mama aku. Sekali aku dapat tahu, kau tahu la apa jadi" selepas mengatakan itu Emir terus pulang ke rumahnya.

BUNGA MILIKNYA | CWhere stories live. Discover now