BAB 52

466 23 0
                                    

"Ingat apa yang abang pesan. Jangan buka pintu kalau bukan abang, keluarga Ris, atau keluarga abang yang datang. Jangan keluar sesuka hati tanpa izin abang. Nak pergi mana-mana, tunggu abang balik dulu. Faham, sayang?" selesai memberi pesanan, Emir menghulurkan tangannya kepada Airis untuk bersalam.

"Faham, Encik Emir," jawab Airis sambil tersenyum manja, lalu bersalaman dengan suaminya.

"Okay, ingat tau! Abang pergi dulu. Kalau ada apa-apa, terus call abang." Emir mencium dahi Airis sebelum melangkah ke arah kereta.

"Abang, jap!" Airis tiba-tiba menjerit, lantas berlari mengejar Emir yang sedang membuka pintu kereta.

CUP

Airis menjengket dan mencium pipi kanan Emir. Tindakan itu membuatkan Emir terpana.

"Dah, abang cepat pergi kerja." Airis menolak Emir dengan manja, cuba menahan malu.

Saat Airis mahu menutup pintu kereta, Emir menahannya.

"Abang macam malas pula nak pergi kerja," ujar Emir dengan nada manja, memandang Airis sambil tersenyum nakal.

"Tak payah mengada-ngada. Dah lewat ni, pergi cepat." Airis mencekak pinggang, pura-pura marah.

"Tak cukup. Nak lagi sebelah," Emir menunjuk pipi kirinya, membuat Airis geram.

"Lebih-lebih pulak dia ni!" protes Airis, tapi dia tetap memberi satu lagi ciuman di pipi kiri.

Senyum lebar menghiasi wajah Emir. "Ha, baru ada semangat!"

Airis menggeleng sambil tersenyum. "Ada-ada je abang ni. Dah, pergi kerja cepat."

"Hehe, bye sayang!" Emir melambai sebelum memandu pergi, meninggalkan Airis yang melambai mesra.

Sepanjang hari, Airis menghabiskan masanya mengemas rumah dan menonton drama. Dia melirik jam dinding. Sudah hampir pukul 3 petang, tak lama lagi Emir akan pulang. Terlintas di fikirannya untuk memasak makan malam buat suaminya, namun ketika membuka peti ais, dia mendapati banyak barang sudah habis.

"Aduh, banyak barang habis. Rasanya sempat lagi kalau aku pergi kedai depan tu. Emir balik lambat lagi," gumamnya sambil bersiap ala kadar.

Airis memilih barang yang diperlukan saja dan terus bayar. Tidak mahu terlalu lama, takut Emir balik tiada orang di rumah. Selesai saja membuat pembayaran, Airis keluar dari kedai dengan wajah yang ceria. Dia melihat kiri dan kanan sebelum melintas ke seberang jalan untuk pergi ke keretanya.

Tanpa dia sedari ada satu kereta menuju ke arahnya dengan kadar laju.

"Harini kau akan mati, Airis." Katanya dengan penuh dendam lalu ditekan lagi kelajuan kereta. Tapi belum sempat kereta itu melanggarnya, Airis sudah ditarik ke tepi oleh seseorang. Dia memukul stereng keretanya tanda tidak puas hati kerana sekali lagi dia gagal!.

'Bodoh! Ada je orang yang nak ganggu plan aku!" Katanya dengan nada tidak puas hati sebelum berlalu pergi. Sempat juga dia melihat siapa yang membantu Airis tadi.

"Arif.. kau memang tak guna!" Katanya sendirian dengan mata yang penuh dengan kemarahan.

Terus kaku badan Airis, bila dia ditarik dengan mengejut. Dia cuba memproses apa yang baru berlaku.

"Awak okay?" Tanya Arif, terus dia lepaskan pegangan dari tangan Airis.

"O-okay..." Katanya yang masih terkejut.

"A-awak buat apa dekat sini?" Tanya Airis. Dia cuba untuk nampak biasa

"Saya nak pergi kedai berdekatan dekat sini. Lepastu ternampak awak dalam bahaya tu saya terus tarik awak. Sorry sebab terpegang tadi." Arif meminta maaf sebab menyentuhnya tanpa izin.

BUNGA MILIKNYA | CWhere stories live. Discover now