Setelah sekian lama mereka bertiga tidak keluar bersama, akhirnya hari ini mereka dapat meluangkan masa. Ini pun setelah Airis bersusah payah memujuk Emir untuk melepaskannya. Ada saja alasan suaminya, risau la, bahaya la. Tapi dengan kuasa memujuk Airis, akhirnya Emir akur.
Mereka bertiga kini sedang berjalan-jalan di pusat membeli-belah, window shopping sambil menemani Dahlia mencari barang hantaran untuk majlis perkahwinannya yang bakal tiba.
"Lamanya tak keluar bertiga macam ni," kata Airis, memecah kesunyian.
"Hm, betul tu. Dah korang busy je. Sorang dah kahwin, sorang lagi nak kahwin," keluh Mawar dengan nada berseloroh.
Airis dan Dahlia tergelak serentak. "Ala Mawar, kan dah cakap, jodoh kau sebenarnya depan mata je. Kau je yang jual mahal. Ha, haritu masa kau kena ragut, siapa yang tolong? Dia juga," kata Dahlia sambil tersenyum kecil.
Airis turut menyokong. "Betul tu, Mawar. Dia bukan setakat tolong, siap bawa kau pergi klinik lagi. Gentleman tu, takkan kau nak lepaskan macam tu je?"
Mawar menjeling kedua-dua sahabatnya. "Eh, korang ni kenapa beria sangat nak kenenkan aku dengan mamat tu?" tanyanya dengan wajah berkerut.
"Sebab korang sepadan!" jawab mereka serentak, sebelum ketawa lagi.
Mawar mengeluh perlahan. "Tapi, kalau cakap pasal kes ragut tu, aku rasa macam ada orang upah la..."
Dahlia berkerut. "Kenapa kau cakap macam tu?"
Mawar menoleh serius. "Sebab masa aku kena ragut tu, dia ada bagi amaran kat aku. Aku syak ada orang suruh dia buat. Aku ada cerita dekat Lukman, dia cakap dia nak tolong siasat. Aku rasa aku tau siapa yang mungkin upah."
"Siapa?" tanya Airis, tiba-tiba rasa ingin tahu menjalar dalam dirinya. Fikirannya melayang kepada mesej misteri yang diterimanya baru-baru ini. Bimbang kalau orang yang berdendam dengannya kini menyasarkan orang-orang sekelilingnya pula.
"Raisa," jawab Mawar pendek.
"Raisa? Kenapa kau syak dia?" Airis terkejut. Tak mungkin Raisa, dia sentiasa baik dengan mereka. Sukar untuk Airis mempercayai apa yang baru didengarnya.
Mawar memandang Airis dengan tajam. "Aku dah agak kau takkan percaya. Sebab dia nampak baik dengan kau. Tapi, kalau aku cerita apa yang aku nampak kat pantry dulu, kau mungkin faham."
"Aku nampak Raisa letak sesuatu dalam air minuman kau. Tapi bila dia nampak aku perasan, dia tukar cawan lain untuk kau. Nampak sangat dia takut kantoi. Sebab tu aku syak dia yang upah orang nak takutkan aku," jelas Mawar bersungguh-sungguh, serius.
Airis terdiam. Fikirannya berbelah-bahagi, sukar untuk mempercayai kata-kata Mawar. Raisa? Wanita itu tak mungkin begitu.
Melihat Airis yang termenung, Mawar menambah, "Tapi terpulanglah kau nak percaya ke tak. Tapi aku serius, Ris. Aku nampak sendiri. Aku cuma tak pasti apa yang dia cuba letak dalam air kau tu."
"Kau dah cerita dekat Lukman pasal ni?" tanya Dahlia, risau.
Mawar menggeleng. "Belum. Masa tu otak aku tengah serabut. Baru-baru ni baru aku teringat balik."
Dahlia mengangguk faham. "Ris, aku rasa kau kena lebih berhati-hati lepas ni. Tak semua orang baik seperti yang kita nampak. Kami risaukan kau."
Airis tersenyum nipis. "Terima kasih, korang. Kalau tak ada korang, aku tak tahu apa akan jadi."
"Kitorang sayangkan kau, Airis. Sebab tu kitorang ambil berat," Mawar menyambung dengan lembut.
Airis tersenyum manis, bersyukur memiliki sahabat-sahabat sebaik Mawar dan Dahlia. "Erm, korang, aku nak ke tandas kejap. Tunggu sini tau," katanya sebelum berlari menuju ke tandas.
YOU ARE READING
BUNGA MILIKNYA | C
Romantikmy 1st story "Aku nak kau buatkan kerja math yang Cikgu Zurina bagi semalam, aku tahu selepas rehat kau dah siapkan. Kalau tak, tahu la apa aku nak buat" " - Emir Ayden "Saya tak rasa saya sempat nak siapkan ni, sekarang dah masuk waktu rehat" - Ai...