BAB 60

628 31 2
                                    

"Alhamdulillah, sayang dah sedar." Senyum lebar terukir di wajah Emir, namun matanya yang basah menggambarkan kelegaan yang mendalam. Dia mendekati isterinya lalu mengucup dahi Airis lama, seolah-olah mencurahkan semua rindu yang terpendam. Tanpa sedar, air matanya jatuh menyentuh kulit isterinya.

Airis turut menutup matanya, air matanya juga dibiarkan mengalir. Rindu pada suaminya itu terlalu dalam, seolah-olah tiada kata yang cukup untuk menggambarkannya. Dia perlahan-lahan mengangkat tangan, mengelap air mata di pipi Emir dengan lembut. "Kenapa abang menangis?" tanyanya perlahan dengan suara yang bergetar.

Emir menggenggam tangan Airis yang menyentuh wajahnya dan menggeleng sambil tersenyum nipis. "Abang gembira, sayang dah bangun. Abang takut Ris tinggalkan abang..." Jawapannya mungkin ringkas, tetapi hatinya berat dengan segala perasaan yang sukar diluahkan.

Airis tersenyum nipis. Dia cuba meyakinkan diri bahawa semua ini nyata. Airis perlahan-lahan membuka topeng oksigen yang dipakainya, membuatkan Emir sedikit gelabah.

"Eh, kenapa buka tu? Nanti-" kata-kata Emir terhenti apabila Airis menyentuh tangannya.

"Ris okay, abang. Ris susah nak bercakap pakai benda tu. Ris rindu nak cakap dengan abang." Jawapan Airis penuh kejujuran, dan matanya memandang Emir dengan penuh rasa.

Emir tersenyum kecil sebelum menarik nafas panjang. "Abang pun rindu sangat dekat Ris. Hidup abang kosong bila Ris tak ada dekat sisi abang." Tangannya mengusap lembut kepala Airis.

Airis tersenyum, namun senyumannya pudar tiba-tiba apabila ingatan mengenai kandungannya melintas di fikiran. Dia terdiam, wajahnya berubah.

"Sayang? Kenapa ni?" tanya Emir cemas melihat perubahan riak wajah isterinya.

"Abang, anak... anak kita selamat, kan?" Suaranya bergetar, penuh ketakutan.

Emir menarik nafas panjang sambil menggenggam tangan Airis erat. "Anak kita selamat, sayang. Dia kuat, macam mama dia." Senyuman manis menghiasi wajahnya.

Airis tidak dapat menahan tangisannya. "Alhamdulillah..." Dia berbisik, melepaskan semua rasa syukur yang mendalam. Emir menariknya ke dalam pelukan dan membiarkan Airis menangis di dadanya.

"Ris minta maaf... kalau Ris ikut cakap abang untuk duduk rumah ibu, mesti benda ni takkan jadi..." Airis teresak-esak. Dia merasai kesal yang mendalam.

"Shh... Bukan salah Ris. Abang tak pernah salahkan Ris," bisik Emir sambil mengusap lembut rambutnya.

"Tapi Ris-"

Kata-kata Airis terhenti apabila bibir Emir mendarat di bibirnya, lama. Emir melepaskan ciuman itu lalu menatap wajah cantik isterinya sambil tangannya mengusap pipi Airis. "Dengar sini, sayang. Semuanya dah okay sekarang dan tak ada siapa lagi yang akak ganggu kita dah. Abang tak suka bila Ris salahkan diri sendiri atas perkara yang Ris tak buat. Stop blaming yourself okay, hm?"

Airis terdiam seketika, terpesona dengan suara dalam Emir yang tegas namun penuh kasih. "Abang tak nak dengar sayang salahkan diri sendiri lagi. Kalau tak..." Emir sengaja berhenti di situ, menyebabkan Airis bertanya dengan penuh ingin tahu.

"Kalau tak apa, abang?"

Emir tersenyum nakal. "I'll kiss you again" Balasnya bersahaja, membuat wajah Airis merah padam menahan malu. Emir tergelak kecil melihat reaksi isterinya yang malu-malu.

"Eee gatal!" Airis menampar dada Emir dengan perlahan kerana geram. Emir ketawa gembira bila dapat menyakat isterinya semula.


🌷🌷🌷


"Syukur lah Ris, kau dengan kandungan tak apa-apa. Kitorang risau sangat pasal kau" kata Dahlia.

"Itu lah...aku dah agak Raisa tu memang pelik dari awal. Tapi aku tak sangka pulak dia akan buat kau teruk macam tu. Memang eloklah dia kena tangkap biar meringkup dalam penjara tu." Mawar luah rasa tidak puas hatinya

BUNGA MILIKNYA | CWhere stories live. Discover now