BAB 63

710 37 2
                                    

"Hey..." tegur Emir lembut sebaik keluar dari bilik mandi, matanya terus tertumpu pada Airis yang duduk di kerusi empuk di bilik mereka.

"Ris okay ke? Dari tadi abang tengok Ris asyik gosok belakang," tanya Emir prihatin sambil duduk di sebelahnya.

Airis tersenyum nipis. "Okay je, cuma pinggang Ris rasa tak selesa. Macam lenguh sikit," adunya.

Emir segera mengusap pinggangnya dengan lembut. "Aduh, sian dia... Tu la abang dah kata tak payah pergi tadi, Ris degil juga nak ikut. Tengok sekarang, dah kena tanggung sakit."

Airis memuncungkan bibir. "Abang ni! Bebel je kerjanya."

Emir tergelak kecil, "Abang bebel sebab abang sayang," jawabnya nakal sebelum mengucup pipi Airis tanpa izin.

"Eh! Ambil kesempatan!" Airis menepuk bahu Emir perlahan. Emir hanya ketawa kecil melihat reaksinya.

Pada malam itu, ketika Airis sedang lena, tiba-tiba dia terasa perutnya sakit seketika. Tidurnya terganggu, namun selepas beberapa minit, sakit itu kembali, lebih kerap.

"Argh..." keluh Airis setiap kali sakit itu menyerang. Dia bersandar di kepala katil, tangannya mengusap perut lembut. "Sayang... jangan buat mama macam ni..." bisiknya dengan nada lembut, cuba menenangkan anak dalam kandungan.

Sakit itu semakin kuat, hingga dia tidak mampu menahannya lagi. Dengan tangan terketar-ketar menahan sakit, dia mengejutkan Emir yang sedang lena di sebelahnya.

"Abang..." kejutnya perlahan.

Emir yang terasa dengan sentuhan itu, bangun dengan mata masih separuh terpejam. "Hm? Kenapa sayang?" tanyanya dengan suara mamai.

"Abang... pe-perut Ris sakit sangat," jawab Airis dengan suaranya bergetar.

"Hah?!" Emir yang masih bingung tiba-tiba tersedar, matanya terus terbuka luas.

"Abang, perut Ris sakit!" kata Airis dengan lebih tegas apabila sakit itu datang lagi.

Emir segera duduk di atas katil dengan panik. "Sakit macam mana ni? Nak membuang ke?"

Airis menggeleng dan matanya berkaca. "Tak... Sakit sangat. Macam nak meneran..."

"Meneran?" Otak Emir berputar sejenak, sebelum dia tiba-tiba tersentak. "Ya Allah! Mama!!" jerit Emir, panik.

"Sa-sayang nak bersalin ke ni? Boleh tahan tak?" Emir semakin gelabah, terus turun dari katil dan berlalu ke sebelah Airis.

"Abang! Ris sakit sangat ni!" kata Airis dengan suara mendesak.

Emir yang kalut makin bertambah panik. "J-jom kita pergi hospital." Dia menyelak selimut dan membantu Airis untuk bangun sambil mencapai beg yang sudah mereka siapkan.

"A-abang... slow sikit..." pinta Airis, menahan sakit.

"Okay, abang slow la n-..." kata Emir, namun tiba-tiba dia berhenti apabila melihat Airis kaku. Sesuatu terasa mengalir di kaki Airis. Mereka berdua serentak memandang ke bawah.

"Abang..." rintih Airis perlahan.

"Sa-sayang kencing ke?" Emir terpinga-pinga, riaknya kebingungan. Pada masa yang sama, Datin Emma masuk ke bilik setelah mendengar jeritan Emir tadi.

"Apa jadi ni?!" tanya Datin Emma, matanya membulat melihat gaun tidur Airis yang sudah basah.

"Ya Allah! Airis dah nak bersalin ni! Air ketuban dah pecah!" Kalut Datin Emma menghampiri mereka.

"Air ketuban?" Emir bertanya, masih bingung.

"Ya, Mir! Isteri kamu dah nak bersalin! Tunggu apa lagi ni mir, pergi start enjin kereta sekarang!" arah Datin Emma, tegas.

BUNGA MILIKNYA | CWhere stories live. Discover now