Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, Airis duduk di sebelah Emir, memandang keluar tingkap sambil menikmati suasana. Dia terasa tenang, tetapi entah kenapa hatinya sedikit risau. Mungkin disebabkan mesej yang dia dapat 2 hari lepas? Sejujurnya dia masih tertanya-tertanya siapa gerangan disebalik mesej itu.
Setelah lama berada di udara, kini mereka akhirnya dalam perjalanan pulang, namun Airis perasan yang arah pemanduan Emir terasa berbeza.
"Abang, kita nak pergi mana ni?" tanya Airis dengan dahi berkerut sambil memandang Emir yang sedang fokus memandu.
"Bukan kita balik rumah mama ke? Kenapa lalu jalan ni?" tanya Airis lagi dengan nada ingin tahu.
"Kita tak balik rumah mama, sayang." Jawab Emir ringkas, tidak mahu memberitahu isterinya dengan lebih lanjut.
"Aik habis tu? Rumah siapa abang? ibu ke?" tanya Airis keliru.
"Tengok la nanti." Emir berahsia dan dia fokus pada pemanduan semula. Airis sudah tertanya-tanya kemana lelaki ini ingin membawanya.
Sampai je mereka di satu rumah banglo 2 tingkat, Emir memarkir kereta di garaj rumah tersebut. Dia mematikan enjin kereta lalu keluar dari kereta sebelum membuka pintu sebelah Airis. Airis terpinga-pinga melihat sekeliling, nampak asing tapi rumah ini sangat lawa.
"Rumah siapa ni abang?" tanya Airis dengan kening berkerut lalu dia berdiri di sebelah Emir. Airis perasan keretanya juga turut ada di garaj kereta rumah itu.
"Jom sayang." Emir tidak menjawab pertanyaan Airis sebaliknya dia menarik lengan gadis itu lembut untuk masuk ke rumah itu. Dibuka pintu rumah itu menggunakan kunci dan mereka melangkah masuk.
"Ni rumah kita, sayang" kata Emir dengan senyuman.
"Rumah kita? Serius lah?!" kata Airis dengan rasa teruja.
Emir mengangguk. "Suka tak. Mulai harini kita akan tinggal dekat sini, dah tak duduk rumah mama atau ibu dah."
"Mestilah Ris suka abang! Rumah ni cantik sangat. Bila masa abang buat semua ni? Ris tak tahu pun." Muncung mulutnya bila dapat tahu yang Emir tidak memberitahunya lebih awal.
Tergelak kecil Emir "Muncung-muncung cium kang...Abang minta tolong keluarga abang dengan keluarga sayang tolong masukkan barang-barang dalam rumah ni masa kita pergi Paris haritu. Kereta Ris pun Aakif yang hantar." Kata Emir dengan senyuman nipis
"Ouhh kiranya semua orang tahu la pasal rumah ni. Ris je yang tak tahu? Sampai hati." Kata Airis dengan nada merajuk.
"Ala sayang...abang bukan tak nak bagitahu, abang nak surprise kan sayang je." Emir mencubit pipi Airis.
"Ish ada-ada je dia ni! Tapi terima kasih tau abang sebab dah banyak buat surprise dekat Ris. Ris appreciate sangat." Airis memberikan senyuman manis dekat Emir.
Emir tergelak kecil. "Sama-sama sayang... Dah pergi lah tengok-tengok rumah ni, abang nak pergi amik barang dalam kereta." Kata Emir sebelum berlalu pergi.
🌷🌷🌷
"Kalau kita amik cuti satu hari lagi boleh tak. Abang tak puas nak spend time dengan Ris lagi." Kata Emir dengan nada yang malas sambil meletakkan kepalanya di atas peha Airis.
Airis yang sedang khusyuk menonton k-drama itu, terus memandang wajah Emir di ribanya. "Eee mana boleh! Kerja Airis dah berlambak dekat office tu, abang tu dah la CEO boleh la amik cuti suka-suka." Kata Airis sambil bermain-main dengan rambut Emir.
"Ala abang boleh je cakapkan dengan Tengku Zarif tu, kitorang bestie tau. Please sayang." Rayu Emir.
Pantas Airis menggeleng, "Tak yah memandai eh abang. Kisah apa Airis dia bestie abang ke apa. Kerja Airis mesti dah bertimbun atas meja siapa yang nak buat." Rungut Airis.
YOU ARE READING
BUNGA MILIKNYA | C
Romancemy 1st story "Aku nak kau buatkan kerja math yang Cikgu Zurina bagi semalam, aku tahu selepas rehat kau dah siapkan. Kalau tak, tahu la apa aku nak buat" " - Emir Ayden "Saya tak rasa saya sempat nak siapkan ni, sekarang dah masuk waktu rehat" - Ai...