"Nak air mir?" tanya Datin Emma kepada anaknya. Emir hanya mengangguk lemah.
"Te-terima kasih ma," suaranya serak akibat koma yang panjang. Setelah sekian lama terbaring di katil hospital, dia cuba untuk bercakap. Keluarganya, Lukman, Amsyar, Dahlia dan Mawar berada di sekelilingnya. Namun, seorang sahaja yang tidak kelihatan.
"Kau macam mana, Mir? Okay ke?" Amsyar bertanya dengan nada risau.
Emir mengangguk. "Okay je bro. Jangan risau, aku okay. Setakat kepala dan tangan berbalut, biasa lah tu." Dia cuba bersikap santai, walaupun tubuhnya masih lemah.
"Kau suruh aku tenang? Kau tahu kitorang risau tengok kau macam tu hari tu? Gila betul mamat ni," kata Amsyar dengan nada marah yang lembut.
Emir gelak. Rindunya dia untuk bergurau dengan mereka, rasa macam bertahun tidak berjumpa. Mereka sambung berbual pelbagai topik dalam bilik wad vvip itu. Gelak ketawa mereka terdengar sampai keluar. Semua topik mereka bercerita cuma Emir tidak pernah membuka mulutnya untuk tanya keberadaan Airis.
Airis boleh dengar gelak ketawanya di luar. Memang dia tertunggu-tunggu untuk Emir sedar tapi bila lelaki itu sedar, dia jadi takut untuk berjumpa depan-depan dengannya. Airis hanya dengar perbualan mereka di luar wad saja, tiada keberanian untuk sertai mereka.
Seketika kemudian, pintu bilik wad di buka dari dalam. Airis yang berdiri di tepi dinding itu terus berdiri tegak, terkejut dia.
"Eh, Airis? Kenapa tak masuk?" Aisy yang baru keluar untuk membeli minuman bertanya, matanya tertumpu pada Airis yang kelihatan canggung.
Airis menggelengkan kepalanya. "Tak apa lah Aisy, saya takut nak masuk. Takut abang awak marah saya."
"Tak ada lah. Abang saya okay je. Masuklah, join diorang," pujuk Aisy.
"Tak apa lah, nah awak ambil ni sebagai buah tangan untuk diorang," kata Airis sambil menghulurkan satu bakul buah-buahan dan tiga kuntum bunga ros.
"Siapa tu Aisy? Airis ke?" Datin Emma, yang baru sahaja sedar anaknya ada di pintu, bertanya.
"Haah mama. Dia takut nak masuk," jawab Aisy sambil menjenguk ke dalam. Airis menelan liur bila mendengar namanya disebut. Emir yang sedang bergelak ketawa berhenti seketika apabila mendengar nama Airis. Riak mukanya berubah menjadi kosong.
"Ajak dia masuk, tak perlu takut-takut," ajak Datin Emma dengan senyuman lembut.
Mendengar ajakan tersebut, Aisy tersenyum kecil dan menarik lembut hujung lengan baju Airis untuk masuk. Airis terkejut dengan tindakan Aisy itu. "Eh eh," dia cuba menyesuaikan langkahnya dengan Aisy.
Setelah masuk, kehadirannya diperhatikan oleh semua orang di situ, termasuk Emir di atas katil pesakit yang menatapnya dengan riak wajah kosong. Airis menundukkan kepalanya.
"Sini Airis," panggil Datin Emma, menarik tangan Airis lembut untuk berdiri di sebelahnya. Airis mengikuti dengan rasa takut yang mendalam.
"Emir, ni Airis. Dah lama dia tunggu kamu sedar," kata Datin Emma sambil tersenyum.
"Siapa ni ma?" Emir bertanya dengan kening berkerut, memandang Airis.
Bilik itu menjadi sunyi. Semua mata tertumpu pada Emir, tiga perkataan yang dikeluarkan membuat semua terkejut. Datin Emma terdiam, senyumannya perlahan-lahan pudar. Airis juga terus merenung wajah Emir dengan riak tidak percaya Sedaya upaya dia menahan kesedihan yang menguasai dirinya.
'Betul ke dia betul-betul lupakan aku?' bisik hati Airis.
"Mir, ni Airis, takkan mir tak kenal?" tanya Datin Emma sambil memegang tangan Airis.
Emir hanya menggelengkan kepalanya perlahan, pandangannya kosong.
"Mir, kau serius ke tak ingat Airis?" tanya Amsyar dengan nada keliru.
"Kau nampak muka aku macam main-main ke sekarang ni?" jawab Emir dengan dingin, menyebabkan semua memandang antara satu sama lain.
Airis rasa dunianya runtuh. Dia cuba menahan air mata, tetapi hatinya terlalu lemah.
"Aw-awak tak ingat saya Emir?" tanya Airis dengan suara bergetar, memandang Emir dengan penuh rasa takut.
"Tak. Aku tak kenal kau," jawab Emir dengan nada dingin, seolah-olah pisau yang menoreh hatinya. Airis cuba tersenyum, walaupun hatinya hancur. Dia mengangguk perlahan, menahan air mata yang semakin berat.
"Tak apa... Aunty sebenarnya Airis datang ni sekejap je untuk bagi buah tangan tu je. Airis ada hal dekat office dan kena balik sekarang ni, urgent" kata Airis dengan suara hampir pecah. Dia cuba mencari alasan untuk pulang, dia tak kuat untuk berada di sini terlalu lama.
"Eh takkan kau nak balik dah Airis. Kerja apa yang urgent dekat office? Aku tak dapat pun." Mawar menyampuk dia pelik dengan kawannya ini, tiba-tiba saja. Dia tahu Airis cuba mencari alasan untuk pergi. Dia sudah faham dengan perangai kawannya yang sorang itu.
"Adalah aku baru dapat tadi." Airis menjawabnya dengan perlahan.
"Aunty, uncle. Airis balik dulu, ye. Lagipun saya dekat sini lama-lama pun tak ada guna sebab Emir tak ingat saya. Nanti makanlah buah-buahan tu supaya awak cepat sembuh," kata Airis dengan suara perlahan sebelum menunduk menyalami tangan Datin Emma dan meminta diri. Hatinya terasa seperti tertinggal di dalam bilik itu bersama lelaki yang dia tunggu untuk sedar selama ini.
Semua yang ada di situ memandang sayu pada Airis.
"Tapi sayang, duduklah sini dulu. Mama rindu pada Airis. Emir betul ke tak ingat Airis?" tanya Datin Emma sambil memegang tangan Airis dengan mata berkaca.
Emir hanya diam, tidak memberikan respon. Emir yang tidak memberikan sebarang respon itu membuatkan Airis rasa dia tidak boleh lama di sini, empangan di matanya bila-bila masa saja akan pecah. Airis menggeleng kepalanya pada Datin Emma, memberikan senyuman nipis.
"Tak apa aunty, lain kali Airis datang lagi. Kita jumpa lagi ye." Airis melepaskan genggaman tangan Datin Emma dan mengelap air matanya sebelum ingin beredar.
Namun, sebelum dia sempat pergi, Emir tiba-tiba memegang lengannya yang berlapik dengan lembut.
"Tunggu," kata Emir sepatah. Dan air mata Airis mengalir di pipinya.
Airis terdiam. Suaranya tersekat di kerongkong, tidak berani berpaling menghadap wajah Emir. "Tunggu. Aku nak cakap dengan kau," kata Emir dengan nada dingin.
"Ma, boleh bagi Emir dan dia bercakap berdua?" tanya Emir kepada ibunya.
Semua terkejut dengan permintaan itu. Akhirnya, Datin Emma mengajak yang lain keluar, meninggalkan Emir dan Airis berdua di dalam wad.
Airis melepaskan genggaman Emir dengan lembut. "Apa...apa yang awak nak cakap dengan saya? Awak...tak ingat saya," tanyanya, masih membelakangi Emir.
Emir diam, lalu menarik lembut lengan Airis untuk menghadap ke arahnya. Airis menunduk apabila memandang ke arah Emir. Tanpa Airis sedari, Emir tersenyum sinis melihat reaksinya.
"Risau jugak awak dekat saya, ye?" kata Emir dengan senyuman, memandang wajah Airis dengan tatapan penuh makna.
- Tak baik tau Emir ni hm 😔-
YOU ARE READING
BUNGA MILIKNYA | C
Romancemy 1st story "Aku nak kau buatkan kerja math yang Cikgu Zurina bagi semalam, aku tahu selepas rehat kau dah siapkan. Kalau tak, tahu la apa aku nak buat" " - Emir Ayden "Saya tak rasa saya sempat nak siapkan ni, sekarang dah masuk waktu rehat" - Ai...