BAB 31

554 25 0
                                    

*BAM*

Kereta Honda Civic itu terus meluncur pergi, meninggalkan mereka berdua dalam keadaan cemas di tepi jalan. Suasana di sekeliling menjadi hening, hanya dipenuhi oleh getaran emosi dan ketakutan. Airis tergamam, tubuhnya menggigil melihat Emir terbaring lemah di atas jalan raya. Kejadian yang berlaku di depan matanya cukup membuat dirinya menggigil ketakutan. Buat kali yang kedua lelaki itu membahayakan diri sendiri untuk menyelamatkannya.

Tanpa berlengah, Airis berlari ke arah Emir. Lalu, dia duduk melutut di sebelahnya, dan meletakkan kepala Emir di atas pehanya. Air mata mula membasahi pipinya.

"E-emir..." Airis memanggilnya dengan suara yang bergetar.

"E-emir bangun please... Please jangan tinggalkan saya Emir" rayu Airis dengan teresak-esak.

Dia mengharapkan Emir untuk menyahut panggilannya tapi malangnya tiada respon oleh lelaki itu.

"Emir bangun la emir! Awak jangan main-main dengan saya!!" Airis menepuk-nepuk pipi Emir dengan rasa cemas untuk sedarkan lelaki itu semula.

"Sesiapa tolong!!" Airis menjerit meminta bantuan, sementara itu kawan-kawan mereka yang melihat kejadian itu berlari ke arah mereka dengan wajah cemas.

"Ya allah, Emir! Airis!" Kata mereka serentak, terkejut dengan apa yang berlaku.

"Ko-korang please call ambulans please." Kata Airis dengan tangisan yang menjadi-jadi.

Lukman laju saja menghubungi ambulans.

"Ai-airis." terdengar suara Emir yang lemah memanggilnya. Laju Airis memandang wajah Emir yang sudah dibasahi dengan darah itu. Semakin menggigil tubuhnya, melihat keadaan Emir yang begitu lemah.

"Emir bertahan Emir, kejap lagi ambulans sampai." Kata Airis dengan air mata yang mengalir deras.

"Ai-airis, sa-saya minta maaf. Ja-jangan menangis, tak ca-cantik." Kata Emir dengan tersekat-sekat tapi masih terselit senyuman nipis walaupun sedang menahan kesakitan yang teramat.

"Ja-jangan salahkan diri awak kalau apa-apa jadi dekat saya" sambung Emir lagi 

Airis menggelengkan kepalanya. "Tak-tak awak kena hidup. Awak kena hidup Emir. Bukak mata awak kalau awak sayangkan saya Emir!" Kata Airis dengan rasa takut yang menjadi-jadi. Dahlia dan Mawar yang melihat kawan mereka seperti itu turut menangis bersama.

"Bro bertahan bro! Jangan tutup mata kau, ambulans dah nak sampai. Kau janji nak bagi reward kat kitorang jangan tutup mata kau Emir!" Kata Amsyar dengan nada yang cemas jugak.

"Sa-sakit bro..." Terbatuk-batuk Emir sehingga mengeluarkan cecair merah.

"A-aku nak rest kejap je bro, bagi saya rest kejap Airis." Kata Emir lemah dan lama -kelamaan dia menutup matanya perlahan-lahan.

Kawan-kawan mereka yang berada di situ terdiam. Tidak menjangkakan keadaan akan menjadi sebegini serius.

Airis menggelengkan kepalanya. "Tak Emir tak!! Awak tak boleh tinggalkan saya. Jangan tinggalkan kami Emir...." kata Airis dengan rasa serba salah dan sedih.

"Tolong bukak mata awak Emir!!" Airis menampar-nampar lagi pipi Emir tetapi kalini tiada respon langsung darinya.

"Saya minta maaf" Airis merintih, merasa kekosongan saat ini.


🌷🌷🌷


Disebabkan terlalu banyak menangis, mata Airis mula bengkak dan sembab.

"Airis, cukuplah. Jangan menangis lagi. Emir pun tak nak tengok kau macam ni," pujuk Dahlia lembut, sambil menyentuh bahu Airis yang kelihatan lemah.

"Dahlia, dah tiga jam dia dalam bilik tu. Tak keluar-keluar." Suara Airis bergetar, matanya kosong. "Ini kali kedua, Dahlia. Dia korbankan diri untuk selamatkan aku. Kalau apa-apa jadi dekat dia... aku takkan maafkan diri aku."

Airis menghela nafas panjang, berusaha menahan kesedihan, namun air matanya terus mengalir. "Semuanya berlaku terlalu cepat. Dari surprise birthday... ke lamaran, lepas tu... kemalangan. Dahlia, aku tak boleh hadam semua ni..." 

Tangisannya semakin menjadi-jadi bila teringat kejadian yang berlaku beberapa jam yang lepas. Dahlia pula tak mampu melihat sahabatnya yang begitu rapuh. Dia memeluk Airis erat, cuba menenangkannya.

"Shh, bukan salah kau, Airis. Semua ni berlaku tiba-tiba. Emir tak akan salahkan kau," Mawar yang duduk di sebelahnya berkata dengan penuh kasih, sambil mengusap belakang Airis.

Di sudut lain, Amsyar dan Lukman masih berdiri kaku, bersandar pada dinding hospital. Wajah mereka tegang, penuh kegusaran.

"Kau tahu tak, kau dengan Emir... dua-dua sama ego." Suara Amsyar tiba-tiba pecah keheningan. Mata Airis segera tertumpu ke arahnya.

"Dulu, dia yang ego sebab tak bagi kau peluang. Sekarang kau pula ego sebab perkara yang sama." Amsyar berkata dengan nada tegas, tapi tidak beremosi.

"Awak!" Dahlia membentak, marah. Namun Airis hanya menggeleng perlahan, memberi isyarat kepada Dahlia bahawa dia tak mengapa.

Airis menarik nafas dalam-dalam, suaranya hampir berbisik, "Aku tahu. Aku tahu aku salah. Aku reject dia, walaupun aku nampak effort dia. Tapi aku sendiri tak faham kenapa aku buat macam tu. Aku..aku cuma ragu-ragu dengan dia..."

Amsyar menghela nafas perlahan, nadanya tetap tenang. "Sepanjang enam tahun kau hilang, dia tak pernah berhenti cari kau. Dia cuba hubungi kau, semua platform socmed, WhatsApp, call, semuanya. Tapi satu pun kau tak balas. Sampai satu tahap, dia buntu tak tahu nak buat apa lagi."

Kata-kata Amsyar bagaikan panah menembus hati Airis. Matanya kembali basah. Dia mula menyedari betapa dia telah mensia-siakan segala usaha Emir selama ini.

Tiba-tiba, satu suara yang dikenali memecah suasana. 

"Airis!"

Airis menoleh. Di pintu masuk wad kecemasan, kelihatan Datin Emma dan Dato' Amar dengan wajah penuh kerisauan. Airis terkejut, jantungnya berdegup kencang. Ketakutan mula menyelubungi dirinya. Takut jika kedua-dua orang tua itu akan memarahinya.

"Uncle, Aunty... maafkan Airis. Ini semua salah Airis. Emir cedera sebab Airis. Aunty... pukul lah Airis. Airis tak kisah." Tanpa sedar, Airis melutut di hadapan mereka. Ketakutan yang dia rasa membuatkan dia bertindak tanpa sedar.

Datin Emma dan Dato' Amar tergamam melihat tindakan Airis. Mereka segera membantunya bangun.

"Airis, bangun sayang... jangan melutut depan kami," kata Datin Emma lembut, cuba memujuk.

Namun Airis hanya menggeleng, air matanya terus mengalir. "Airis mengaku... ini semua salah Airis. Emir kemalangan sebab Airis. Apa saja aunty dan uncle nak buat, Airis terima."

Datin Emma terdiam seketika, hatinya sayu melihat keadaan Airis yang teramat ketakutan, tubuhnya sedikit menggigil, dan dress yang dipakai oleh Airis juga sudah dikotori dengan warna merah pekat sudah pasti itu darah milik anaknya.

Sebagai seorang ibu, hati Datin Emma hancur mendengar anaknya terlibat dalam kemalangan dan kini berjuang dalam wad kecemasan. Tapi, dia tahu ini semua takdir ini dan bukan salah sesiapa. Apa yang ditentukan oleh Tuhan, pasti akan berlaku.

Dengan penuh kasih, Datin Emma menarik Airis ke dalam pelukannya. "Dah sayang... mama tak salahkan Airis. Ini semua takdir. Tak ada siapa boleh mengubahnya." Airis teresak-esak dalam pelukan Datin Emma, berulang kali memohon maaf.

Dahlia dan Mawar memandang sahabat mereka dengan hati yang berat, merasakan kesedihan yang turut menjalari diri mereka.

Tiba-tiba, pintu bilik operation terbuka. Pelukan Datin Emma dan Airis terlerai serta-merta. Semua mata tertumpu ke arah doktor yang baru muncul.

"Siapa keluarga Emir Ayden di sini?" tanya doktor dengan tenang.

"Saya... saya ibunya," jawab Datin Emma dengan suara yang bergetar. "Bagaimana keadaan anak saya, doktor?"

"Anak Datin baru saja melepasi tahap kritikal, tetapi..." ujar doktor, membuat semua orang menahan nafas dalam penuh debaran, menunggu berita selanjutnya.

BUNGA MILIKNYA | CWhere stories live. Discover now