BAB 6

529 19 0
                                    

"Adik, macam mana sekolah baru ni? Okay ke tak" tanya Aakif pada adiknya yang sedang membuat ulangkaji di meja ruang tamu itu.

Memandangkan Aakif tengah cuti semester ini, jadi mereka satu keluarga akan luangkan masa bersama. Tiada la rumah itu berasa sunyi kalau Airis keseorangan.

"Erm okay je bang kif" Airis jawab nak tanak je.

"Eh budak ni orang tanya dia, dia balas macam tak nak layan kita pulak, kenapa ada masalah ke? Ceritalah dengan abang. Mana tahu abang boleh selesaikan masalah Ris. Ke Ris tengah bercinta nii" saja Aakif mahu menyakat adiknya itu.

"Eee apa abang ni mana ada orang bercintalah. Tak ada masa la Ris nak bercinta orang nak exam tau" Airis terus masuk dalam mood untuk marah abangnya. Ada ke cakap kita bercinta padahal orang tengah stres nak hadap dua makhluk dekat sekolah tu.

"Aakif mula la tu nak menyakat adik tu" kata Encik Azhar sambil jalan ke arah mereka.

"Ehe takde la ayah, orang dah lama tak kacau budak ni rindu dengan dia" terus Aakif menayang sengih dekat ayahnya sambil menggosok rambut adiknya. Terus cemburut muka Airis.

"Ayah, ibu mana tak turun ke" tanya Airis.

"Ouh ibu kamu dia baru lepas solat tadi, tengah pakai skincare la tu. Ha kamu berdua ni dah solat Isyak belum" tanya Encik Azhar kepada kedua anaknya itu. Encik Azhar dan Puan Julia sangat mementingkan didikan agama dalam kehidupan anak-anak mereka. Kalau kita berjaya dalam dunia sahaja tetapi akhirat ke mana tiada gunanya juga.

"Dah ayah" kata mereka berdua serentak.

Tengah mereka sedang layan movie horror di ruang tamu, Puan Julia datang dengan membawa minuman panas untuk mereka. "Nah minum lah, Ibu ada buatkan minuman panas"

"Terima kasih ibu" ucap Aakif dan Airis serentak.

"Ibu ada nak bagitahu ni, tadi Datin Emma ada call ibu. Dia ajak kita satu keluarga pergi rumahnya minggu hadapan. Ada birthday party cucu katanya pastu ada makan-makan sikit. Kalau semua tak busy jom lah kita pergi. Tak manis pulak kalau kita tak pergi kan orang dah ajak?" tanya si ibu kepada keluarganya.

Terus terhenti tangan Airis yang hendak menulis tadi 'Boleh tak kalau aku bagi alasan dekat ibu? Malasnya nak kena hadap mamat tu lagi urgh' fikir Airis.

'Airis kalau kau tak pergi pun tak pe kot' menung dia seketika untuk berfikir.

"Datin Emma? Siapa tu ibu" tanya Aakif.

"Ouh kamu tak tahu lagi eh Aakif, Datin Emma ni isteri Dato' Amar ingat tak waktu mula-mula pindah ada dua orang lelaki tegur kita dekat luar tu. Ha itu isteri dia" kata Encik Azhar. Aakif hanya mengangguk tanda dia faham sambil itu menyirup air yang dibuat ibunya tadi.

"Aakif okay je kalau nak pergi tengah free ni". "Abang pun sama okay jugak, dah lama tak bertanya khabar dengan diorang busy memanjang" Aakif dan Encik Azhar bersetuju untuk pergi ke rumah jirannya itu. Semua telah bersetuju cuma tinggal seorang je lagi yang tidak bersuara.

"Airis?" Panggil Puan Julia. Terus terhenti lamunannya. "Ha ye ibu?" tanya Airis yang terpinga-pinga.

"Airis pergi sekali ye? Takkan nak tinggal rumah sorang pulakkan malam tau diorang buat." Ajak ibunya.

"Er ibu kalau Airis tanak pergi boleh ke. Hm Airis malas lah ibu" Airis cuba mencari alasan. Dia sebenarnya malas dan masih takut untuk menghadap Emir sejak kejadian yang berlaku beberapa hari yang lepas.

"Ris berani ke duduk rumah sorang-sorang, malam pulak tu." Tanya ayahnya.

"Tah dik, ikut je lah bukan lama pun Ris boleh la teman ibu nanti, kau dah la takut gelap ni pulak nak duduk sorang malam-malam" Aakif cuba yakinkan adiknya.Terangguk-angguk Puan Julia mengiyakan kata anak lelakinya itu.

BUNGA MILIKNYA | CWhere stories live. Discover now