BAB 7

525 20 0
                                    

Airis sedang bermain dengan Edrian di sebuah meja makan yang berada di bawah khemah. Tak tahu macam mana budak 1 tahun ini boleh ngam dengan Airis. Mungkin kerana senyuman yang menawan dan sikap lemah lembutnya buat anak kecil itu berasa selesa dengannya. Ini pun kerana kak Erin mahu menolong apa yang patut di dalam jadi dia meminta tolong Airis untuk tengok-tengokkan anaknya.

“Wah Edrian dah ada kawan baru eh” terhenti pergerakan Airis apabila mendengar suara itu lalu dia melihat gerangan yang sedang menarik kerusi berhampirannya.

“Tak nak kawan dengan pak su dah ke Edrian” Aisy buat muka sedih dekat Edrian. Tapi apakan daya anak kecil itu langsung tak layan Aisy kerana sibuk bermain dengan lipstick Airis.

“Er awak nak dia ke? Sorry tadi kak Erin suruh saya tengokkan dia sekejap.” Terus dia dukung Edrian mahu bagi ke Aisy.

“Eh tak apa la awak jaga je dia. Saya saja je cakap macam tu nak menyakat budak hehe” kata Aisy.

“Erm btw saya Aisy. Eidlan Aisy adik Emir” senyum dia saat memperkenalkan dirinya kepada Aisy.

“Saya Airis Emyra. Boleh panggil Airis. Kawan sekelas abang awak” Airis membalasnya semula.

“Saya panggil awak mine je la, awak manis sangat” Aisy dah mula dengan mulut manis dia tu. Airis yang mendengarnya dah terpinga-pinga. “Ha apa dia?” tanya Airis.

“AHAHAHAHA tak ada lah saya bergurau je. Pandai awak jaga budak. Edrian ni bukan nak sangat dengan orang. Tapi saya pelik dengan awak dia selesa je” Aisy berkata sambil membelai rambut anak buahnya itu.

“Er tak ada lah saya layan dia biasa je. Saya anak bongsu so tak ada lah pandai mana.” gelak kecil Airis melihat telatah Edrian yang sedang cuba membuka penutup lipsticknya yang dari tadi tidak berjaya.

“Macam ni la Edrian bukak dia” kata Aisy sambil menunjuk caranya.

Dan terus mereka sambung berborak dan gelak ketawa. Bagi Airis, perwatakkan Aisy dengan Emir seprti langit dengan bumi. Aisy peramah dan boleh bergurau tapi kalau Emir lambat lagi, lelaki itu sangatlah dingin dengannya. Tanpa dia sedar ada mata yang memerhati tingkah laku dia dan Aisy dari tadi.

“Uit tengok apa sampai tak sedar kitorang duduk sebelah kau ni” Lukman cuit bahu Emir yang sibuk merenung Airis dari tadi. Jarak meja mereka takde lah jauh mana.

“Member tengah jealous ke tu adik sendiri tengah borak sakan dengan Airis. Airis pulak cantik malam ni tu yang member duk tenung dari tadi AHAHAHA” gelak Amsyar tengok perilaku Emir itu.

“Ish korang ni, mana ada aku tengok Airis. Aku tengok anak buah aku tu alahai” Emir cuba untuk cover riak mukanya agar tidak kantoi sekali lagi.

“Ala-ala cik abang tak yah menipu la. Ketat sangat muka tu tengok dari tadi.” Kata Lukman lagi.

“Tu la sibuk duk benci-benci kan dah hampir jatuh cinta. Bau-bau orang jealous aa kat sini” usik Amsyar lagi.

“Ah malas aku dengan korang ni. Baik aku amik anak buah aku.” Kata Emir dengan riak menyampah. Tak habis-habis nak kenenkan aku dengan budak tu. Terus dia berlalu pergi dekat anak buahnya.

Tergelak besar dua kawannya itu tengok Emir yang masih cuba mengawal macho padahal dah kantoi.

“Edrian meh kat pak ngah” kata Emir dengan nada tegas. Ada la suara cemburu dekat situ. Anak buah dia pun berpaling tanak dekat dia haih.

Terus terhenti perbualan Aisy dan Airis tadi apabila dengar suara Emir. Airis terus diam macam patung bila dia dapat rasa yang Emir memang berdiri hampir dengan tempat duduknya.

BUNGA MILIKNYA | CWhere stories live. Discover now