BAB 64

677 36 0
                                    

Sudah beberapa hari berlalu, Airis dan Areez sudah dibenarkan pulang. Alhamdulillah, bayi kecil mereka tidak mengalami demam kuning, dan kedua-duanya berada dalam keadaan yang sihat. Di lobi hospital, Airis duduk dengan penuh sabar sambil memangku Areez yang lena tidur dalam dakapannya. Wajahnya nampak tenang. Matanya sesekali memandang ke sekeliling menanti kelibat Emir yang masih belum tiba.

"Lamanya papa Areez ambil kereta ni, sayang," bisik Airis lembut sambil mengusap pipi gebu anaknya. Hatinya tersentuh setiap kali menatap wajah mungil yang sangat mirip dengan Emir itu. Bibirnya mengukir senyum tipis, tidak pernah puas menatap keajaiban kecil di tangannya.

Sesekali matanya kembali melirik ke arah pintu hospital, namun bayang Emir masih belum kelihatan.

Tak lama kemudian, sebuah Mercedes berhenti perlahan di hadapan pintu hospital. Mata Airis menangkap pandangan itu, dan dia terus mengenali kenderaan yang dipandu oleh suaminya. Emir keluar dari kereta dengan langkah penuh yakin dan wajahnya dihiasi senyuman yang menawan, senyuman yang seringkali membuatkan hati Airis cair.

Airis menjeling manja dan mulutnya muncung kecil tanda merajuk. "Abang pergi mana tadi? Lama tau Ris tunggu dekat sini. Areez pun dah hampir bangun ni," rungutnya lembut.

Emir tergelak kecil, matanya bercahaya memandang isteri dan anaknya. "Tak ke mana pun, sayang. Abang ada buat sesuatu tadi."

Airis mengerutkan kening, cuba membaca maksud di sebalik kata-kata suaminya itu. "Abang buat apa?" tanyanya penuh ingin tahu.

"Haa... Meh abang tunjuk, jom," jawab Emir, senyuman misteri terukir di wajahnya. Dengan langkah penuh hatti-hati, dia menolak kerusi roda yang diduduki Airis menuju ke keretanya. Sebaik sampai, Airis terpandang sesuatu yang membuatkan matanya membesar sedikit. Sekeping kertas dilekatkan pada cermin belakang kereta, dengan tulisan yang jelas tertera di situ.

"In slow mode. Have newborn baby in the car"

Airis terpaku sejenak sebelum bibirnya mula mengukir senyuman kecil. Hatinya terusik. Tanpa perlu berkata apa-apa, perbuatan Emir sudah cukup membuatnya rasa dihargai. Mata Airis bertembung dengan pandangan suaminya, dan di situ dia lihat rasa cinta yang semakin mendalam.

"Abang ni..." bisik Airis dengan suara yang sedikit serak, menahan sebak. Air matanya hampir tumpah, bukan kerana kesedihan, tetapi kerana rasa bahagia yang melimpah di dalam hati.

Emir membalas senyuman itu dengan lembut, tangannya menyentuh lembut bahu Airis. "I will do anything for both of you. Jom kita balik, sian Areez lama-lama dekat luar."

Airis mengangguk, hatinya berbunga-bunga dengan kasih sayang suaminya. Emir kemudian membukakan pintu kereta dengan penuh cermat lalu dia mengambil Areez daripada dukungan Airis untuk memudahkan isterinya masuk. Setelah itu, dia menyerahkan kembali anak kecil mereka ke dalam pelukan Airis. Areez yang terjaga seketika hanya merengek kecil, dan Airis cepat-cepat menepuk perlahan belakangnya, mendodoikan dengan lembut.

Setelah memastikan Airis dan Areez selesa di dalam kereta, Emir menutup pintu. Dia melangkah ke tempat duduk pemandu, dan memulakan perjalanan pulang ke rumah Puan Julia.

Di sepanjang perjalanan, Airis memandang ke arah cermin sisi, memerhatikan jalan-jalan yang semakin dekat dengan rumah ibunya. Emir memandu dengan tenang, sesekali melirik ke arah isterinya yang jelas keletihan, namun wajahnya tetap berseri-seri memandang anak kecil mereka.

Setibanya mereka di rumah, Emir memarkirkan kereta di garaj yang tersedia. Sebaik enjin dimatikan, dia segera keluar dan berjalan ke sisi Airis untuk membukakan pintu.

"Meh sini sayang, abang pegang Areez," pinta Emir dengan senyuman, tangannya terhulur untuk mengambil anak mereka. Airis tersenyum manis sambil menyerahkan Areez dengan penuh hati-hati.

BUNGA MILIKNYA | CWhere stories live. Discover now