BAB 22

590 26 0
                                    

"Nak chat ke tak nak , nak ke tak nak." Emir jalan ke kiri dan kanan berulang kali sambil mengetuk-ngetuk kepalanya. Dia tidak tahu perlu ke dia chat gadis itu? Kalau tak chat apa function dia merayu pada Dahlia untuk beri nombor telefon gadis itu padanya?

<10 minit yang lepas>

Sedang dia mahu menyuapkan makanan dalam mulutnya, tiba-tiba fonnya berdering. "Emir? Ada apa mamat ni call aku malam-malamni?" Berkerut kening Dahlia. Dahlia menekan punat hijau. Telefon diletakkan di telinganya menggunakan tangan kiri.

"Ha ada apa kau call aku malam-malam ni. Kau kacau masa aku makan lah." Kata Dahlia tidak puas hati

"Sorry tapi aku urgent ni. Aku nak mintak tolong kau." Kata Emir

"Apahal mintak tolong aku? Kenapa bukan kawan kau dua orang tu?." Tanya Dahlia

"Kau je yang boleh tolong aku untuk hal ni. Tolong la weh." Merayu Emir sekali lagi.

"Hm apa yang urgent sangat tu?" Kata Dahlia sambil menyuap makanan dalam mulutnya.

"Aku nak nombor Airis weh" Emir tidak berbasa basi terus menyatakan hasratnya. Tersedak Dahlia mendengar permintaan Emir.

"Kau dah tak boleh tipu aku lagi dah Dahlia. Aku dah jumpa dia depan mata. Tolong la Dahlia aku nak nombor dia." Sambung Emir lagi.

"Ehem Emir aku bukan tak nak bagitahu tapi Airis tak kasi aku share la." Kata Dahlia dengan rasa serba salah

"Ala boleh la weh. Aku janji aku tak bagitahu yang kau yang bagi nombor tu dekat aku. Pleasee" kata Emir

"Ee gedik la kau ni. Ye la ye la aku bagi. Kau bagitahu siap kau eh. Aku tak nak tolong satu pun berkaitan dengan Airis nanti."

"Okay janji thank you Dahlia."

Terus di end call.

"Ah chat je lah, alang-alang dah ada nombor ni" Emir menaip mesej di phonenya lalu menekan button send. Cepat-cepat dia keluar dari aplikasi itu lalu mencampak phonenya dia atas katil kerana berdebar punya pasal.

🌷🌷🌷

Airis yang baru sahaja selesai membersihkan diri itu terus ke meja soleknya untuk memakai skincare. Itu la rutin setiap malamnya. Botol serum skintific di ambil dan diletakkan di tapak tangan sedikit. Sedang dia melakukan urutan pada mukanya, notifikasi dari telefonnya tidak berhenti masuk dari tadi.

"Haish siapa pulak yang ganggu aku malam-malam ni. Tak tahu ke sekarang pukul berapa?" membebel Airis bila bunyi notifikasi itu mengganggu malamnya. Lantas dia bergerak ke katil dan mengambil telefonnya.

"6 messages from 011-*******"

"Siapa pulak yang chat aku malam-malam ni. Mana dapat nombor aku? Tah-tah scammer" guman Airis sendirian. Airis membuka ruangan chat tersebut.

011-********

Assalamualaikum

Maaf kalau saya mengganggu malam awak

Saya nak pastikan

Ni betul ke nombor Airis?

Airis Emyra Binti Azhar Emran

EJ holdings?

"Macam mana dia tahu nama aku pulak ni? And tempat kerja aku sekali pulak tu?" Tanya Airis dengan perasaan hairan.

Airis 💗🌷

Waalaikumussalam

BUNGA MILIKNYA | CWhere stories live. Discover now