BAB 40

697 28 0
                                    

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Hari di mana Emir dan Airis akan bergelar pasangan suami isteri yang sah.Permintaan dari pengantin perempuan, dia tidak mahu majlis persandingan pada hari ini nampak terlalu grand hanya sederhana saja. Jadi, mereka hanya menjemput saudara mara dan kawam-kawan yang rapat.

Airis tampil anggun dalam persalinan serba putih. Gaun nikahnya tampak sederhana, namun wajahnya yang dihiasi solekan lembut oleh mua memancarkan seri yang luar biasa. Dahlia dan Mawar yang menemani Airis di bilik hotel terdiam seketika, terpegun melihat kecantikkan kawannya itu.

"Airis cantiknya kau." Dahlia memuji dengan mata yang berseri.

"Betul tu weh, cantik sangat. Kitorang yang tengok pun terpegun apa tah lagi bakal suami kau. Kawan aku sejak kecik ni dah nak kahwin dah" Kata Mawar dengan air mata yang bertakung. Ada juga terselit nada sayu di situ. Dia gembira melihat kawannya akan mencipta sebuah keluarga tapi dalam masa yang sama dia berasa sedih untuk melepaskan kawannya itu.

Airis hanya tersenyum nipis dengan pujian kawan-kawannya itu. "Janganlah nangis, Mawar nanti aku nangis jugak." Airis memandang Mawar dengan wajah yang sedih juga.

"Korang aku takut lah. Betul ke apa yang aku buat ni? Kalau aku batalkan sempat lagi tak?" tanya Airis dengan ragu-ragu.

"Airis apa kau cakap ni. Nanti apa pulak semua cakap kalau kau batalkan? Aku yakin ni terbaik untuk kau, kau jangan takut ye." Kata Mawar sambil menggosok-gosok lengan Airis untuk menenangkan kawannya. Dia tahu kawannya tengah nervous.

"Betul tu Airis. Kau jangan lah buat kerja gila lagi harini, cukup la dulu kau dah lari dari dia. Kau tak kesian ke dekat Emir? Kitorang boleh nampak dia betul-betul ikhlas dengan kau. Aku yakin dia boleh bahagiakan kau." Tambah Dahlia, dia cuba bantu untuk yakinkan Airis lagi.

Airis hanya tersenyum tipis mendengar kata-kata kawannya itu.


🌷🌷🌷


Pihak lelaki sudah lama tunggu di masjid, tetapi pengantin perempuan tidak sampai-sampai lagi. Mereka memilih masjid berdekatan dengan hotel resepsi agar mudah untuk berulang-alik untuk majlis persandingan nanti.

Emir yang sudah duduk bersedia di depan tok kadi melihat sekeliling. Dia mahu melihat jika pasangannya sudah pun sampai tapi tiada. Lukman yang nampak wajah Emir seperti bimbang terus memegang bahu lelaki itu.

"Tenang mir. Aku yakin Airis akan sampai, dia takkan tinggalkan kau lagi." Kata Lukman. Emir hanya tersenyum nipis untuk menutup rasa bimbangnya.

Ahli keluarga pengantin perempuan juga sudah cuba hubungi, tetapi tiada sebarang jawapan. Tok kadi yang sudah menunggu lama bersuara, "Maaf tapi pengantin perempuan lama lagi ke?".

Emir tersentak dengan soalan tok kadi. "Er kejap lagi tok, saya yakin dia akan sampai." Kata Emir dengan yakin. Tetamu yang hadir sudah berborak sesame sendiri, biasalah mak cik bawak masing-masing.

Tiba-tiba suara seseorang dari pintu masjid kedengaran. "Pengantin perempuan dah sampai!" laungnya

Emir dan keluarganya yang lain serta merta mengucapkan syukur. Airis melangkah masuk ke dalam masjid dengan lemah lembut dan sopan lalu mengambil tempat di sebelah ibunya di pelamin kecil yang tersedia. Emir terpegun melihat kecantikkan Airis pada hari Istimewa ini. Airis nampak lebih cantik dari biasa.

"Maaf tok, kami lambat sikit" kata Mawar sambil meminta diri untuk menemani Airis di pihak perempuan.

"Okay, boleh kita mulakan?" kata Tok kadi.

Tiba-tiba jantung Emir berdegup kencang. Dia menarik nafas yang panjang sebelum mengangguk. Airis juga merasa benda yang sama, jantungnya seperti mahu terkeluar saja saat ini.

BUNGA MILIKNYA | CWhere stories live. Discover now