Di sebalik cermin putih itu, seorang wanita berpakaian hospital sedang bercakap keseorangan dengan tangan yang digari pada kepala katil. Seperti yang dijanjikan oleh Emir, akhirnya lelaki itu membawa juga Airis untuk melawat Zara. Airis hanya dapat melawat Zara dari jauh saja, dia lihat dari sebalik cermin putih itu.
Ini kerana takut jika Zara bertindak luar kawalan. Emosi Zara sangat tidak stabil. Doktor ada beritahu mereka yang Zara sering bercakap sorang-sorang. Kadang-kadang dia marah, gelak tak pun menangis sendirian.
"Sian Zara kan abang?" Kata Airis dengan nada sayu bila melihat keadaan Zara yang tak terurus itu. Dengan rambut serabai dan wajah yang nampak kusut.
Emir hanya senyum nipis. "Dah takdir dia macam tu, Ris. Kita mampu doakan yang terbaik je untuk dia" lalu Emir memeluk pinggang Airis dari tepi.
"Abang..." Airis menoleh ke arah Emir
"Ye sayang?"
"Boleh ke kalau Ris nak minta abang buat permohonan untuk kurangkan hukuman Zara? Ris tahu dia banyak sakitkan kita tapi Ris kesian tengok dia. Lagipun Ris dah maafkan dia lama dah. Boleh abang?" Tanya Airis dengan wajah yang penuh harapan.
Emir terdiam sekejap sebelum senyuman nipis terbit di bibirnya. "Insyaallah sayang. Abang kena tanya Rayyan dulu, tapi Zara tetap kena hukuman juga sebab sayang tahu kan dia pernah buat apa dekat parents dia dulu?" Kata Emir sambil memandang wajah isterinya.
Airis mengangguk perlahan. "Terima kasih abang."
"Sama-sama sayang..." Katanya dengan tersenyum. Lalu dia menyamakan ketinggian dia dengan paras perut Airis.
Dia menyentuh lembut perut Airis dan bercakap dengan anaknya. "Baby, mama awak ni baik sangat lah kan. Macam mana la papa tak jatuh hati dengan dia." Kata Emir dengan terselit senyuman manis.
Seraya itu juga, dia terasa tendangan dari anaknya lagi. "Ha tengok! Dia setuju apa abang cakap" tergelak Emir.
Airis juga turut tergelak sama melihat reaksi Emir. Emir bangun semula dan dia memegang tangan Airis lembut sambil menatap mata isterinya. Airis juga memandang Emir dengan pandangan penuh cinta.
"Mulai sekarang, tak ada siapa boleh ganggu kita lagi. Abang janji, abang akan jaga keluarga kita dengan baik. Abang akan jaga Ris dan anak-anak kita. Okay sayang?" Kata Emir lembut.
Airis mengangguk dengan tersenyum lebar.🌷🌷🌷
Beberapa bulan kemudian, perut Airis semakin membesar, menunjukkan yang dia sudah sarat mengandung. Namun, keaktifan Airis masih sama seperti biasa. Dia sering bergerak ke sana sini, seolah-olah tidak terasa berat perut yang mengandungkan anaknya itu. Emir yang memerhatikan dari jauh hanya mampu menggeleng kepala, kekadang rasa kasihan melihat isterinya kehulur kehilir dengan perut besar, tapi dia tahu Airis tidak mudah duduk diam.
Hari itu, di rumah ibu Emir, Datin Emma juga tidak lepas dari merasa bimbang dengan kelakuan anaknya. "Airis, duduk la sekejap. Kaki Ris tu dah bengkak, dah banyak bergerak dari tadi," tegur Datin Emma sambil menjeling ke arah kaki Airis yang jelas kelihatan bengkak.
Airis hanya tersengih, "Ris okay, ma. Ris tak rasa sakit pun."
Datin Emma mengerutkan dahi, tak puas hati dengan jawapan menantunya yang degil. "Tak ada okay-okay. Kaki dah bengkak, mana boleh cakap okay. Dengar cakap mama sayang, meh duduk sini, rehat. Ris ni kan tengah sarat, bukannya boleh aktif macam dulu lagi." Datin Emma memanggil Airis untuk duduk bersamanya.
Airis akhirnya akur, walaupun dalam hatinya masih mahu bergerak. Dia duduk di atas sofa dengan perlahan, cuba mencari posisi yang selesa. Datin Emma terus bertegas dan bangun untuk mengambil minyak panas dari dapur.
YOU ARE READING
BUNGA MILIKNYA | C
Romancemy 1st story "Aku nak kau buatkan kerja math yang Cikgu Zurina bagi semalam, aku tahu selepas rehat kau dah siapkan. Kalau tak, tahu la apa aku nak buat" " - Emir Ayden "Saya tak rasa saya sempat nak siapkan ni, sekarang dah masuk waktu rehat" - Ai...