BAB 8

532 19 0
                                    

“Tak ada lah kawan abang dekat rumah ni” kata Aakif dengan membuat riak muka sedih.

“Haih abang ni, Ris pergi 3 hari je tau. Bang Kif biarkan Ris sorang-sorang dekat rumah boleh pulak” lantas Airis menyalam tangan abangnya sebelum beralih ke ibu dan ayahnya.

“Jaga diri ye Airis dekat sana. Kalau sakit terus beritahu cikgu” pesan ibu dan ayahnya.

“Baik Airis tahu jaga diri ibu ayah. Okay lah Airis pergi dulu tau.” terus dia menyalam tangan ibu dan ayahnya lalu melambai mereka sebelum masuk ke dalam sekolah.

Haih apakan daya nama mereka telah disusun untuk duduk didalam bas. Dia dan Dahlia terpisah sementara kerana namanya start dari A manakala Dahlia pula N. Bas 1 adalah untuk murid kelas 5 Marikh dan 10 orang nama terawal dari kelas 5 Zuhal. Jadi ini bermaksud dia akan duduk satu bas dengan Emir. ‘Haih lagi sekali’.

Airis memilih tempat duduk di hadapan sebelah tingkap. Dia redha je siapa yang akan duduk disebelahnya nanti memandangkan dia tidak la rapat mana dengan pelajar sekolah itu selain Dahlia.

Emir, Lukman dan Amsyar memilih tempat disebelah kanan bas hanya selang beberapa kerusi dari Airis. Lukman dan Amsyar duduk bersama manakala Emir duduk berseorangan.

"Eh Emir tak sangka kita satu bas, I duduk sebelah you boleh?" Tanya Zara. Dah ada peluang mesti dia tanak lepaskan. Emir hanya mengangguk saja dan terus memasang earbud ditelinga malas hendak melayan perangai gedik Zara itu.

"Sorry cikgu saya lambat" kata Arif Danish.

Arif terus naik bas itu tetapi ruang tempat duduk hanya tinggal satu sahaja iaitu di sebelah Airis. Lantas dia pergi ke arah Airis dan bertanya,

"Er Airis, sebelah awak ni kosong ke? Saya tengok dah tak ada tempat kosong dah boleh ke kalau saya duduk sebelah awak sementara?" Arif meminta izin manalah tahu Airis tidak selesa.

"Er duduklah" kata Airis.

Nak buat macam mana kan terpaksa la bagi lalu dia turunkan penghalang bagi mewujudkan jarak antara dia dengan Arif.

Emir yang berada di belakang hanya tengok saja babak itu. Tiba-tiba dia rasa tak puas hati bila lelaki lain duduk sebelah Airis. Terus dia bangun dan ingin bergerak ke arah Airis bersama begnya.

Langkahnya dihalang oleh Zara. "Eh you nak pergi mana ni, duduk la sini dengan I". Emir yang sudah berasa rimas itu terus menolak badan Zara ke tepi.

"Jangan halang aku" lalu dia pergi ke tempat duduk Airis.

"Kau bangun" arah Emir pada Arif. Arif melihat Emir dengan penuh tanda tanya. ' Dah pahal pulak jantan ni nak suruh aku bangun, ni tempat aku la'.

"Asal pulak" tanya Arif.

"Ni tempat aku, tempat kau kat belakang sana sebelah perempuan tu." kata Emir dengan nada tidak puas hati.

Arif mula rasa menyampah. Malas hendak berbalah dengan Emir itu terus dia memberi side eyes dekat Emir dan bangun dari tempat duduknya. Dia tahu kalau dia berbalah dengan Emir, dia takkan menang.

Airis terkejut dengan tindakan Emir itu. Emir terus duduk sebelah Airis. "Eh bila masa ini tempat awak, tak ada nama awak pun dekat sini. Suka hati awak je halau dia, awak dah duduk belakang kan tadi" bebel Airis.

First, dia pelik kenapa lelaki ini bertindak seperti itu. Second, sekarang dia rasa macam nak melompat dari bas ni sebab kena duduk sebelah lelaki yang dia menyampah sepanjang perjalanan ini. Tadi dia kata dia redha kalau sesiapa duduk disebelahnya tapi sekarang dia rasa sebaliknya.

"Asal tak boleh ke aku nak duduk sini? Suka hati lah aku nak pindah ke nak keluar ke nak apa ke tak ada kena mengena dengan kau" kata Emir sambil menjeling Airis yang disebelah.

Ah cakap dengan Emir ni buat sakit hati saja. "Dah lah suka hati awak la nak buat apa, malas saya nak layan. Jangan langgar border ni" Airis menunjukkan penghalang itu lalu memandang keluar tingkap sambil memasang earbud ditelinganya.

Zara yang melihat Arif duduk disebelahnya terus bertanya "eh asal kau pulak duduk sini, ni tempat Emir lah" tanya dia dengan rasa tidak puas hati.

"Kau bukak mata tu tengok depan, dah jangan kacau aku serabut" kata Arif sambil menunjuk ke arah Emir yang sedang duduk di sebelah Airis itu.

"WHAT?!" kata Zara dengan sedikit kuat. 'Huh sampai hati kau Emir, sekarang kau dah berpaling dekat budak tak guna tu ke?' kata hati Zara.

'Jangan ingat kau boleh dapat dia Airis, kau tunggu dan lihat apa aku akan buat'

Sepanjang perjalanan Airis hanya tidur saja. Dia mahu membaca buku tetapi setiap kali membaca dia akan berasa pening jadi lebih baik dia tidur dari tak buat apa-apa. Emir tengok saja Airis yang sedang tidur bertutupkan plushie kucingnya itu. Mungkin dia tanak orang tengok gaya dia tidur agaknya.

Tidak tahu mengapa tangan Emir mengangkat sedikit plushie Airis untuk melihat muka gadis itu. 'Haih tidur pun comel' kata hati Emir.

Apabila dia tersedar dengan perbuatannya itu terus dia melepaskan pegangan dan menampar pipinya tak begitu kuat. 'Eh Emir apa masalah kau dua tiga harini, haih wake up Emir wake up!' katanya pada diri sendiri.

🌷🌷🌷

"Bangun semua, kita dah sampai ke destinasi. Tolong kejutkan rakan sebelah kamu yang masih tidur lagi" arah Cikgu Qaisar kepada murid-muridnya.

Emir yang melihat Airis masih tidur itu pelik takkan perempuan ini tidur mati kot sampai tak dengar suara cikgu. "Oi Airis bangun dah sampai" Emir mengejutnya tetapi masih tiada tanda-tanda untuk Airis bangun. 'Eh perempuan ni memang nak tinggal sini ke'

Tiba-tiba satu idea jahat terlintas dalam fikiran Emir.

*PAK*

Satu jentikan di dahi gadis itu diberikan. Terus Airis bangun lalu menggosok dahinya. "Ish sakitlah" Airis mengerut keningnya tanda marah dengan tindakan Emir.

"Tu lah aku kejut elok-elok tanak bangun, kau yang meminta cara tu. Dah sampai bangun, kalau kau nak tinggal sini aku tak kisah" terus Emir bangun dan berlalu keluar dari bas.

"Ish tak ada adab langsung" luah Airis dengan tidak puas hati lalu dia pun turut keluar dari bas.

Sampai sahaja di kawasan berkumpul, Airis mencari sosok Dahlia terlebih dahulu. "Dahlia!!" panggil Airis dengan kuat apabila nampak rakannya itu seakan-akan sedang mencarinya. Dahlia terus berlari ke arah Airis.

"Huwaa Airis bosannya tak ada kau, aku tidur je tau tadi. Kau okay ke dalam bas tu. " Mengadu Dahlia.

"Hm samalah aku pun tidur tadi, tak ada kawan nak borak. And lagi satu argh tak best la duduk dalam bas tu" merungut Airis. Dahlia yang melihat reaksi kawannya itu terus bertanya kenapa.

Airis berbisik di telinga Dahlia dan menceritakan semua yang terjadi di dalam bas itu tadi. Dengan terkejutnya Dahlia terus menjerit "WHAT?! serius lah". Suaranya cukup membuat mereka menjadi perhatian orang-orang disekitar itu. Terus Airis menekup mulut Dahlia.

"Ish kau ni senyap sikit la, malu orang dengar" Airis menegurnya namun Dahlia hanya menayang sengih malu.

"Okay murid-murid, semua telah diberi nombor bilik masing-masing kan. Jadi harini tiada aktiviti kamu cuma rehat untuk harini dan turun untuk makan malam nanti. Aktiviti kita akan bermula pada pagi esok. Semua boleh bergerak ke bilik masing-masing ye" arah salah satu cikgu bertugas di situ kepada murid-muridnya.

"Baik cikgu" semua akur dengan arahan gurunya tadi lalu masuk ke bilik masing-masing untuk berehat.

BUNGA MILIKNYA | CWhere stories live. Discover now