Selepas habis saja berpantang di rumah ibunya, mereka pulang ke rumah mereka sendiri. Keadaan rumah sangat terjaga walaupun tiada penghuni di rumah itu.
"Abang...kenapa rumah ni nampak berkemas je? Kita dah lama tak balik sini kan?" Tanya Airis dengan nada penuh ingin tahu sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam rumah itu.
"Abang yang kemas. Setiap kali balik kerja abang akan singgah sini dulu untuk kemas rumah ni, tak ada la macam ada penghuni lain yang tinggal nanti." Kata Emir bersahaja.
Airis mengangguk faham, "terima kasih abang..." Ucap Airis dengan nada yang ikhlas seraya itu dia memandang Emir disebelah. "Abang dah banyak buat semua benda untuk keluarga kita." Jujur Airis.
Emir tersenyum. "Sama-sama sayang. Abang tak kisah pun, abang sanggup buat apa saja untuk keluarga kita. Untuk sayang, untuk Areez." Katanya sambil mengusap kepala anaknya yang berada dalam dukungan isterinya.
"Hm.. apa kata harini Ris masak special untuk abang? Ris dah lama tak masak untuk abang, boleh ek?" Kata Airis sambil berjalan untuk duduk di atas sofa. Rasa penat pula berdiri lama dengan Areez yang berada dalam dukungan.
Areez tak boleh berenggang langsung dengan Airis. Nanti mulalah puteranya itu merengek.
"Hm macam best jugak. Tengok ni.." Emir menunjuk perutnya. "Abang dah kurus sebab dah lama tak makan air tangan Ris" kata Emir sambil ketawa.
Airis turut ketawa, "Ee mengadalah abang ni! Okayy nanti time Ris masak, abang jaga Areez sekejap eh." Kata Airis dengan mata bersinar.
"Boleh sayang.." kata Emir dengan senyuman terukir dibibirnya.
Sedang Airis sibuk masak di dapur, Emir menjaga anaknya diruang tamu. Areez diletakkan di atas tilam baby yang berada di ruang tamu. Anaknya sudah celik kan mata, membuatkan Emir tersenyum.
"Hai anak papa. Bangun dah dia?" Bisik Emir sambil membelai pipi tembam milik anaknya.
Anaknya mengeliat sedikit dan mata bundarnya memandang mata Emir.
"Ee comel betul awak ni. Macam mama awak, geram" kata Emir dengan rasa geram. Nak je dia cubit-cubit anak dia lembut. Dengan kulit putih dan gebunya lagi membuatkan Emir rasa geram dengan anak kecil itu."Areez ni lengkap tau comel ye hensem pun ye. Hensem mesti lah ikut papa." tergelak Emir bila memuji dirinya sendiri.
"Awak ni lapar ke, hm? Sampai terjaga ni?"
"Mama awak tu baru berenggang sekejap tau, cuba bagi chance dekat papa pulak. Asik Areez je nak dengan mama, papa ni bila?" Suara Emir ada kedengaran sedikit cemburu. Dengan anak sendiri pun boleh cemburu ye.
Areez yang seperti faham papanya seperti salahkan diri dia mula untuk meraung.
Emir gelabah bila Areez mula meraung. Susah untuk pujuk anak dia semula nanti. "Hey hey, tak mau la macam ni." Emir menepuk-nepuk peha anaknya lembutnya mahu memujuknya. Tapi tangisan Areez semakin kuat sehinggakan Airis yang berada di dapur juga dengar.
"Abang, kenapa ni?" Tanya Airis yang datang dari dapur dengan apron yang masih tidak ditanggal.
"Ha? Aa tak tahu la abang tiba-tiba je. Maybe Areez lapar kot?" Kata Emir dengan suara gagap.
Airis melihat jam di dinding. "Ouh mungkin ye kot abang. Sekarang dah pukul 4, time ni selalu Ris bagi dia susu."
"Tak apa la jap. Ris settlekan sikit lagi lepastu Ris bagi dia susu. Abang pujuk dia kejap tau!" Kata Airis sebelum dia berlalu ke dapur semula untuk mengemas barang masakannya.
Emir menurut saja lalu dia mendukung anaknya dengan lembut dan memujuknya untuk berhenti menangis.
"Shh sayang dah-dah. Kejap lagi mama awak datang ye." Emir menepuk-nepuk lembut belakang badan anaknya
YOU ARE READING
BUNGA MILIKNYA | C
Romantikmy 1st story "Aku nak kau buatkan kerja math yang Cikgu Zurina bagi semalam, aku tahu selepas rehat kau dah siapkan. Kalau tak, tahu la apa aku nak buat" " - Emir Ayden "Saya tak rasa saya sempat nak siapkan ni, sekarang dah masuk waktu rehat" - Ai...