"Assalamualaikum ibu!!" Airis memberi salam dengan ceria, tak menyempat Emir mematikan enjin wanita itu sudah berlari keluar dulu. Emir menggelengkan kepala serta terselit senyuman nipis melihat telatah isterinya itu.
"Waalaikumussalam, eh Airis! Tak bagitahu ibu pun nak balik." Kata Puan Julia yang baru keluar dari dapur.
"Ehe saja je nak buat surprise." Kata Airis lalu memeluk ibunya dengan erat.
"Ris rindu ibu dengan ayah" sambungnya lagi dengan suara yang kendur.
"Eh budak ni, baru berapa hari berpisah dah rindu dah? Kamu ada suami tau sekarang ni ingat tu." Kata Puan Julia dengan gelak yang kecil. Puan Julia melihat sekeliling mana keberadaan menantunya.
"Ni Emir mana?" Tanya Puan Julia pada Airis. Belum sempat Airis mahu berkata, seseorang memberi salam
"Assalamualaikum ibu" Emir melangkah masuk lalu menyalam tangan ibu mertuanya. Puan Julia tersenyum melihat menantunya.
"Panjang umur kamu mir. Ibu baru je sebut nama kamu." Kata Puan Julia dengan senyuman. Emir juga memberi senyuman pada ibu mertuanya.
"Ibu sihat? Ayah dengan Aakif mana bu? Senyap je rumah ni" tanya Emir
"Alhamdullilah sihat. Ayah kamu keluar sekejap pergi beli barang dapur nak masak kejap lagi, si Aakif macam biasa la mana nak lekat dekat rumah waktu macam ni." Kata Puan Julia.
Emir mengangguk faham. "Sian ibu sorang-sorang, tak apa la ris temankan ibu eh" Airis mengendeng di bahu ibunya ,manja.
"Eh tak payah nak kesian dekat ibu. Selama ni ibu sorang okay je. Dari temankan ibu, baik kamu temankan suami kamu, dapat pahala. Kamu dah ada suami tau ingat tu." Kata ibunya lalu menolak Airis ke Emir dengan lembut. Terus cemberut muka Airis bila mana ditolak ibunya. Emir tergelak melihat reaksi isterinya.
Lantas Airis memberi jelingan tajam pada suaminya, "gelak la gelak suka sangat". Dan pada masa yang sama Puan Julia memukul lengannya lembut.
"Apa cakap dengan suami macam tu, tak baik tau." Tegur Puan Julia. Airis terdiam seketika
"Dah-dah ni kamu berdua pergi rehat dulu, nanti kita makan sama-sama" kata Puan Julia
"Baik ibu"
🌷🌷🌷
"Wahh! Ibu masak tomyam lauk favourite Ris!" Teruja Airis melihat makanan yang telah dihidang oleh ibunya. Dengan tak menyabar dia terus tarik tangan Emir untuk duduk disebelahnya.
"Ya Allah sabar sayang." Emir mengawal langkahnya sebelum duduk di sebelah Airis. Tersenyum kedua-dua orang tuanya melihat kemesraan anak menantunya.
"Mestilah ibu masakkan lauk favourite Ris, sebab Ris balik harini. Tapi maaf ye Emir kalau ada lauk yang kamu tak makan. Ibu tak tahu makanan favourite kamu apa." Kata Puan Julia dengan senyuman nipis.
Emir menggelengkan kepala dan tersenyum, "tak apa ibu, makanan semua ni Emir makan je. Terima kasih ibu". Lega hati Puan Julia mendengarnya.
Sedang Airis mencedokkan nasi dekat semua orang, tiba-tiba Encik Azhar bersuara.
"Lama ke kamu berdua bermalam dekat sini?" Tanya Encik Azhar
"Tak ayah, kitorang bermalam harini je. Esok nak pergi airport dah." Kata Emir.
"Airport? Kamu berdua buat apa dekat sana?" Tanya Encik Azhar dengan riak ingin tahu.
"Pergi Paris yah, honeymoon. Papa bagi kitorang ticket pergi sana, memandangkan tengah cuti ni kami gunakan masa ni untuk pergi sana." Kata Emir dengan tersenyum
YOU ARE READING
BUNGA MILIKNYA | C
Romancemy 1st story "Aku nak kau buatkan kerja math yang Cikgu Zurina bagi semalam, aku tahu selepas rehat kau dah siapkan. Kalau tak, tahu la apa aku nak buat" " - Emir Ayden "Saya tak rasa saya sempat nak siapkan ni, sekarang dah masuk waktu rehat" - Ai...