*PAK*
Sekarang ni dia bukan rasa dihempap oleh besi tetapi dirinya yang menghempap seseorang. Airis membuka matanya dan melihat wajah Emir yang berada di depan matanya.
"Awak gila ke berdiri macam tunggul dekat situ! Kalau pape jadi tadi saya nak jawab apa dekat parents awak" kata Emir dengan nada yang cemas. Airis memandang Emir dan masih terdiam kaku kerana terkejut.
Dia kini berada di sisi Emir dalam keadaan Emir memeluk bahunya. Sekarang dia dan Emir dua-dua berada di atas tanah. Airis boleh nampak Emir seperti tercungap-cungap mengambil nafas akibat cemas dengan kejadian tadi. Dia tidak tahu apa yang dia perlu jawab pada papanya bila ada kemalangan yang berlaku.
Emir membantu Airis untuk duduk dan memegang kedua- dua bahu gadis itu. "Sorry... saya-saya tak ada niat nak marah awak ataupun peluk awak tadi. Kalau saya tak buat macam tu awak boleh mati kena hempap dengan besi tu tahu tak. Awak okay?" Kata Emir dengan nada yang tegas dan terselit cemas di situ. Dia menunduk sedikit untuk melihat muka gadis di depannya ini.
Emir yang lihat Airis senyap dari tadi lagi bertambah risau. "Hello Airis, awak dengar tak saya cakap apa ni?" Emir melambai-lambai tangannya di hadapan muka Airis.
"Da-darah..." kata Airis gagap dan matanya turut bergenang. 'Emir cedera sebab nak selamatkan aku? Salah aku dia cedera?' kata hati Airis
"Huh?" Emir mengerutkan keningnya tanda tidak faham.
Airis mengambil sapu tangan dalam poket seluarnya lalu ditekap pada luka di belakang kepala Emir. Dia pasti kepala Emir terkena sedikit dari hentakan besi itu.
"Auch" Baru sekarang dia terasa pedihnya. Tangannya yang memegang bahu Airis tadi dilepaskan lalu dia memegang belakang kepalanya. Dilihat pada tapak tangan, ye banyak darah yang keluar.
"Ke-kepala awak berdarah Emir...se-sebab saya." Kata Airis dengan air mata yang sudah mengalir.
"Tak-tak jangan menangis Airis. Bukan salah awak, semua benda ni terjadi tanpa sengaja." Emir cuba menenangkan Airis yang sudah menangis di depannya sambil menekap luka di belakang kepalanya.
"Kita-kita pergi hospital Emir. Da-darah awak tak berhenti mengalir." Kata Airis teresak-esak
Emir hanya diam melihat Airis yang begitu cemas di hadapannya. Mawar dan May yang baru sampai di situ turut terkejut melihat keadaan baju kemeja Emir yang penuh dengan darah itu. Dari berwarna putih terus bertukar jadi separuh merah pekat.
"Bos, okay tak?!" "Ya Allah Encik Emir apa jadi ni" kata mereka berdua serentak.
"May, Mawar to-tolong saya bawak Encik Emir pergi hospital. Da-darah dia terlalu banyak..." kata Airis dengan nada yang cemas. Dia jadi panik bila melihat darah yang terlalu banyak.
"Okay-okay, saya drive. Awak dengan bos duduk dekat belakang." Kata May lalu mereka semua bergerak ke kereta May yang berada berhampiran dengan tapak pembinaan itu. Airis membantu Emir untuk bangun dan masuk ke dalam kereta.
🌷🌷🌷
Airis setia menunggu di luar bilik rawatan. Dia sangat risau dengan keadaan Emir tadi. 'Kenapa dia sanggup risikokan diri sendiri untuk selamatkan aku?' getus hatinya. Airis menekup mukanya menggunakan kedua-dua tangan untuk menghilangkan rasa cemas di hatinya.
"Airis kau okay?" tanya Mawar. Dia nampak Airis yang begitu cemas sekali bila melihat Emir cedera. Airis mengangguk.
"Dia cedera sebab aku Mawar. Semua salah aku sebab tak berhati-hati." Kata Airis dengan rasa serba salah.
"Tak Airis. Ni bukan salah kau, benda tu berlaku di luar jangkaan kau. Aku rasa Encik Emir pun takkan salahkan kau Airis. Kau bertenang je okay?" Kata Mawar sambil menggosok belakang badan Airis untuk menenangkan gadis itu.
"Betul tu, Emyra. Saya tak rasa bos akan marah awak." May juga cuba untuk menenangkan Airis. Mereka bertiga masih menunggu Emir yang sedang di rawat oleh doktor di dalam bilik rawatan itu.
Pintu bilik rawatan itu di buka dari dalam dan terjengul Emir dengan kepala yang sudah berbalut dengan balutan kain putih.
"Okay Encik Emir, lagi seminggu awak boleh datang semula untuk buka balutan di kepala awak tu. Saya bagi awak mc untuk seminggu just rest saja minggu ni" kata Doktor Amelia merangkap doktor peribadi keluarga Emir.
"Baik doktor. Terima kasih" kata Emir dengan senyuman
Airis terus berdiri dan mendekati ke arah Emir. "A-awak okay Emir? Doktor cakap apa?" perasaan cemasnya datang kembali bila melihat kepala Emir yang berbalut tu.
"Saya okay Airis, awak jangan risau. Doktor kata kepala saya cuma terkoyak sikit je mungkin sebab terkena besi tu." Kata Emir dengan lembut. 'Haih tak habis risau lagi ke dia ni.' Kata hati Emir sambil memandang ke arah Airis.
"Ni bos nak terus balik ke? Kalau ye saya boleh hantarkan." Kata May.
"No, it's okay saya boleh drive sendiri" Emir menolak pertolongan May dengan baik. Dia tak nak susahkan siapa buat masa sekarang, cukuplah mereka dah hantarnya ke hospital.
"No, dengan keadaan awak macam ni awak nak drive? May, awak bagi kunci kereta Encik Emir dekat saya biar saya hantarkan dia. Awak balik dengan Mawar boleh kan? Nanti Mawar hantarkan awak balik ke office." Laju saja Airis membantah kata-kata Emir.
Semua yang berada di situ tercengang dengan kata-kata Airis termasuklah Emir sendiri. 'Dia offer nak hantar aku balik? Seriously?" kata hatinya. Disebalik rasa terkejutnya terselit juga rasa teruja sebab ini pertama kali dia nampak Airis risau sangat akan dirinya.
"Err boleh cik Emyra. Ni kunci keretanya" Kata May lalu memberikan kunci kereta Emir pada Airis.
"Mawar aku jumpa kau esok eh. Hati-hati balik tu" kata Airis.
"Okey, kau pun hati-hati drive." Balas Mawar.
🌷🌷🌷
Suasana di dalam kereta itu sangat lah sunyi. Kedua-duanya hanya mendiamkan diri dari mereka keluar dari hospital sehinggalah berada di atas jalan raya.
"Saya minta maaf." Ucapan maaf dari Airis itu memecahkan kesunyian antara mereka.
Emir mengerutkan keningnya. "Sebab?"
"Se-sebab saya awak cedera." Airis gagap lagi.
"Haih Airis, berapa kali saya nak cakap bukan salah awak dan saya tak salah kan awak pun. Benda dah nak jadi Airis kita tak jangka. Stop blaming yourself." Kata Emir tegas
"Mungkin saya kena ni pun balasan sebab saya buat awak dulu." Sambung Emir lagi sambil melihat Airis di sebelahnya. Airis hanya mendiamkan diri sahaja.
"Airis pasal dulu tu saya nak minta maaf. Saya sedar silap saya tak bagi awak jelaskan dulu. Saya menyesal dengan perbuatan saya pada awak 6 tahun lepas. Bagi saya peluang untuk tebuskan balik kesalahan saya tu." Kata Emir dengan suara yang merayu.
"Sorry Emir. Saya dah lupakan kejadian 6 tahun lepas tu. Mungkin orang lain akan nampak benda tu macam kecik tapi bagi saya besar Emir. Awak malukan saya depan semua orang sampai saya rasa malu untuk bergaul. Untuk beri awak peluang saya tak tahu, mungkin buat masa sekarang saya tak boleh..." Kata Airis dengan riak yang kosong.
"Tapi Airis, please bagi saya peluang untuk tebus balik kesalahan saya. Lepas je kejadian tu awak lari dari saya, saya rasa kosong Airis. Hari saya tak sama macam selalu. Hidup saya kosong." Rayu Emir lagi.
"Tolong la faham saya kalini je Emir! Susah ke untuk awak faham? Saya susah nak lupakan perkara tu Emir. Tolong bagi saya masa. Mungkin setakat ni kita cuma berhubung atas sebab kerja tak lebih dari tu." Kata Airis dengan nada tertahan.
"Maaf." Itu saja yang keluar dari mulut Emir. Dia buntu tak tahu bagaimana lagi untuk pujuk gadis ini. Hatinya sangat keras, betul la apa yang dikatakan oleh Amsyar padanya dulu.
Dan suasana dalam kereta itu kembali sunyi dan tegang.
YOU ARE READING
BUNGA MILIKNYA | C
Romancemy 1st story "Aku nak kau buatkan kerja math yang Cikgu Zurina bagi semalam, aku tahu selepas rehat kau dah siapkan. Kalau tak, tahu la apa aku nak buat" " - Emir Ayden "Saya tak rasa saya sempat nak siapkan ni, sekarang dah masuk waktu rehat" - Ai...