BAB 4

558 21 0
                                    

Dahlia menunggu Airis di koperasi sekolah hampir 10 minit, tetapi langsung tiada kelibat gadis itu dikawasan koperasi. "Mana pulak si Airis ni tadi kata kejap je ni dah nak habis waktu rehat dah ni" sambil melihat jam tangannya.

Dahlia nampak sosok Amsyar yang sedang berjalan ke koperasi. 'Hm nasib dia seorang senang la aku nak tanya pasal Airis kalau ada si singa tu huh susah sangat'. Dahlia menahan Amsyar dari terus berjalan.

"Amsyar jap!!". Amsyar terus berhenti dengan mengejut. "Ha ada apa awak tahan saya ni".

"Ni saya nak tanya , awak nampak Airis tak? Saya dah tunggu dia dekat 10 minit dekat sini dia kata kejap je tadi. Sekarang waktu rehat pun nak habis"

"Ouh Airis? Dia ada dalam kelas" jawab Amsyar bersahaja

"Aik dia tak habis buat nota lagi ke, tadi dia bagitahu saya sikit je nota dia nak buat tapi takkan sampai sekarang tak turun" tanya Dahlia dengan hairan.

"Erm mana tak turunnya dah dia kena buat kerja Emir-" lantas Amsyar tutup mulutnya. 'Aduhai Amsyar apahal kau terlepas cakap ni mampus kalau Emir tahu ni Amsyar aduhai'

Sikap Amsyar ni dia terlalu jujur sehingga kan sering terlepas cakap apabila bercakap dengan orang.

"APAA!! Ish Emir ni memang nak kena la. Sian Airis berapa kali dah dia kena. Airis pun satu baik sangat." kata Dahlia dengan nada marah. Dahlia mahu berlalu pergi untuk mencari Emir tapi ditahan oleh Amsyar.

"Eh tepi la awak jangan halang saya. Emir tu memang kena ajar."

"Erm tak yah la awak ,awak diam-diam je eh. Nanti kalau Emir tahu mati saya awak. Awak rahsiakan je eh. Nanti pandai-pandai la saya dengan Lukman ceramah kan dia tu" Amsyar menyakinkan Dahlia. Dia takut kalau kena luku dengan si Emir sebab dia terberitahu Dahlia.

"Huh okay, kalau pape jadi dekat Airis lepas ni siap awak." Dahlia terus menukar langkahnya untuk ke kelas sebelum tu dia membeli roti untuk Airis buat alas perut.

"Hah siap pun, ish dah lah pemalas pastu menyuruh je kerjanya" terus Airis meletakkan buku math itu dia atas meja si empunya buku.

'Haih laparnya, dah la pagi tadi tak sempat sarapan sebab terlewat bangun. Ni rehat pun dah nak habis.' gumam Airis sendirian lalu duduk kembali dikerusinya sambil meletakkan kepala diatas meja.

Sementara menunggu sesi pembelajaran seterusnya dia ingat mahu melelapkan mata seketika kerana terlalu penat. Tidak sampai 10 minit, kelas 5 Zuhal dipenuhi oleh murid-murid kelas tersebut.

Dahlia yang baru sahaja masuk ke kelas terus nampak Airis yang kelihatan letih di mejanya. Dahlia terus ke tempat duduknya dan menggoncang lembut lengan Airis.

"Airis bangun" kata Dahlia. Airis senang terjaga jika ada pergerakan, lantas Airis menggosok matanya untuk menjelaskan lagi penglihatannya. "Ouh Dahlia ,awak dah masuk? Sorry tadi saya tak turun rehat sebab saya tak larat nak turun penat sangat. Lepas saya buat nota tadi terus saya lelapkan mata" tipu Airis sebab kalau dia cerita hal sebenar dia tahu Dahlia akan membebel kerana dia mendengar sahaja arahan si Emir ni.

Tapi tanpa pengetahuan Airis ,Dahlia dah tahu semuanya.

Dahlia senyum dekat Airis. "Takpe Airis ,saya okay je. Ni saya ada belikan roti dengan vitagen kegemaran awak. Awak makan la sikit alas perut nanti awak sakit, saya tengok awak pun macam pucat je." risau Dahlia dengan kawan dia ni.

"Aa susah-susah je Dahlia, terima kasih. Nanti awak bagitahu ye berapa nanti saya bayar balik". Airis ambil huluran dari Dahlia lalu membuka bungkusan tersebut untuk mengalas perut. Dia bersyukur kerana dikurniakan kawan yang sentiasa ingat pasal dia walaupun ada benda yang pahit disini. Terus Airis memberikan senyuman kepada Dahlia.

Sambil-sambil itu ,masuklah tiga sekawan Emir ,Amsyar dan Lukman ke dalam kelas. Nampak saja mereka Dahlia terus memberi jelingan maut kepada mereka bertiga. 'Sampai hati korang buat kawan aku ye' kata Dahlia dalam hati.

Emir terus duduk di tempatnya dan nampak bukunya berada di atas meja. Terdapat juga sticky note di atas buku tersebut. "Saya dah siapkan seperti yang awak minta".

Emir membelek buku mathnya satu persatu.

"Bagus-bagus". Terangguk-angguk kepalanya melihat kerja yang disiapkan. Tiada la dia kena marah selepas ni.






Datin Emma sedang bersiap ingin keluar rumah pada hari minggu ini. Seperti yang dia pernah katakan dia mahu bertegur sapa dengan jiran barunya. Baru sekarang dia mempunyai masa untuk bertegur sapa dengan jirannya.

"Emir, cepat nak kata nak ikut mama pergi rumah jiran baru tu" Datin Emma panggil anaknya dari tingkat satu itu.

"Ya ma jap!! Emir dah nak turun dah" spray minyak wangi sikit terus dia menutup pintu bilik dan turun kebawah.

"Wanginya kamu ni macam nak mengorat anak dara orang"

"Ehe tak ada la ma, Emir kan memang sentiasa jaga penampilan Emir" puji dirinya sendiri sambil menolak rambut nya kebelakang.

"Ada-ada je kamu ni" menggeleng Datin Emma melihat telatah anaknya sorang tu.



"Assalamualaikum" salam diberi oleh Datin Emma lalu menekan loceng rumah yang disediakan.

"Waalaikumussalam" pintu pagar dibuka oleh Puan Julia dan menyalami Datin Emma tanda hormat. "Ye Puan cari siapa ye?" Tanya Puan Julia.

"Ouh tak saya ni jiran hujung sana ,saja saya kesini nak berkenalan. Haritu suami saya ada datang sini masa kamu baru berpindah Amar namanya." Jelas Datin Emma sambil tersenyum mesra.

"Ouh Dato' Amar, betul-betul dia ada datang berborak dengan kami haritu. Maaflah saya tak tahu. Saya Julia, Datin?" Tanya Puan Julia.

"Saya Emma, tak yah berdatin-datin la segan saya. Panggil je Emma. Ni anak saya Emir saja bawak dia nak berkenalan jugak katanya" senyum Datin Emma sambil menarik anak lelakinya.

Tersengih Emir "Hai Aunty, saya Emir" Emir memperkenalkan dirinya.

"Segak anak awak ni Emma, Marilah masuk kita sembang kat dalam takkan nak berdiri sini je kan panas ni" Puan Julia mempelawa Datin Emma dan Emir masuk kedalam rumah.

"Cantik decoration rumah awak ni Julia ,minimalist saja" puji Datin Emma. "Tak ada lah Emma biasa je, duduk la sekejap. Saya panggilkan anak perempuan saya sekejap minta buatkan air dan minum petang" lalu Puan Julia terus ke bilik anak perempuannya untuk meminta pertolongan.

Puan Julia membuka pintu bilik anaknya. "Airis boleh tolong ibu?"

"Boleh ibu, ibu nak Ris tolong apa." tanya Airis.

"Tolong ibu buatkan air dan minum petang untuk tetamu boleh, ada jiran kita kat bawah. Pakai tudung ya." kata Puan Julia dengan lembut

"Ouh boleh ibu kejap lagi Airis turun ya"

Sedang sibuk Puan Julia dan Datin Emma berbual, Airis datang ke ruang tamu lalu meletakkan minum petang di atas meja.

"Emma ni la anak perempuan saya Airis , abangnya si Aakif masih belajar di universiti jadi tiada kat rumah buat masa sekarang ni" Puan Julia memperkenalkan Airis kepada Datin Emma.

Emir yang sedang bermain handphone itu terkaku mendengar nama itu. 'Tidak, bukan dia maybe nama sahaja yang sama'

"Assalamualaikum aunty" lantas Airis menyalami tangan Datin Emma dengan penuh sopan.

"Cantiknya anak awak Julia, lemah lembut orangnya" puji Datin Emma

'Suara itu sama dengan dia' hati Emir berbicara. Terus lelaki itu memandang gadis dihadapannya.

Pandangan mereka saling bertaut, dua-dua insan tersebut terkedu kerana tidak menyangka yang mereka juga merupakan jiran.

'Habislah' kata hati kepada dua-dua insan itu.

BUNGA MILIKNYA | CWhere stories live. Discover now